CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

OIC kecam pembunuhan Ismail Haniyeh

31-7-2024 10:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 36684| Komen: 5



KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas dan bekas Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.

Dalam kenyataan akhbar yang dipetik daripada laman sesawang rasminya, OIC menyampaikan ucapan takziah kepada kepimpinan dan rakyat Palestin, termasuk meminta pihak berkuasa Israel bertanggungjawab atas tindakan jenayah ini.

Ia berkata peningkatan berbahaya ini mewakili lanjutan daripada pembunuhan harian yang dilakukan terhadap rakyat Palestin dalam pelanggaran terang-terangan terhadap semua norma, piagam dan undang-undang antarabangsa.

“Pertubuhan ini juga menegaskan pendiriannya yang tegas dalam menyokong rakyat Palestin dalam perjuangan sah mereka untuk memperoleh hak-hak mereka yang tidak boleh dinafikan iaitu kepulangan, kebebasan, kemerdekaan.

“Ia termasuk penubuhan negara Palestin yang merdeka di sempadan 4 Jun 1967 dengan Al-Quds Al-Sharif sebagai ibu kotanya,” kata OIC.


Hamas mengumumkan awal pagi Rabu bahawa Ketua Biro politiknya Ismail Haniyeh telah dibunuh dalam serangan udara Israel yang mensasarkan kediamannya di ibu negara Iran, Tehran, lapor Agensi Anadolu.

“Hamas bersedih  bersama-sama rakyat Palestin yang hebat, negara-negara Arab dan Islam, dan  semua orang yang bebas di dunia, saudara, pemimpin, syahid, Mujahid Ismail Haniyeh, Ketua Pergerakan, yang dibunuh dalam serangan Zionis  ke atas kediamannya di Tehran selepas menghadiri majlis angkat sumpah Presiden baharu Iran,” katanya dalam satu kenyataan di Telegram.

Televisyen negara Iran juga melaporkan kematian Ismail Haniyeh, sambil menyatakan bahawa siasatan terhadap pembunuhan itu sedang dijalankan dan hasilnya akan diumumkan tidak lama lagi.

Israel belum membuat sebarang pengumuman rasmi mengenai insiden itu.


Sumber : Buletin TV3


Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 31-7-2024 10:25 PM
Hemes      
Quote felinecat 31-7-2024 10:42 PM
Kecam..budak boleh kecam..tu je lah kuasa oic
Quote latocalle4 1-8-2024 09:07 AM
hari yang paling sedih
Quote sharfox 1-8-2024 02:06 PM
Apa jwe la yg OIC buat selain mengecam? 300 hari orang2 Palestin kena sembelih pun dia kejam je dekat 300 kali. Nak tekan penjenayah perang pun x berani. Hanya berani angkat mikrofon dan kecam je.
Quote Decaffeinated 1-8-2024 02:50 PM
Apakah OIC ni bakal menerima nasib seperti Malakat Mall?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.054816 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top