CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36658|Reply: 5

OIC kecam pembunuhan Ismail Haniyeh

[Copy link]
Post time 31-7-2024 10:23 PM | Show all posts |Read mode






KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas dan bekas Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.


Dalam kenyataan akhbar yang dipetik daripada laman sesawang rasminya, OIC menyampaikan ucapan takziah kepada kepimpinan dan rakyat Palestin, termasuk meminta pihak berkuasa Israel bertanggungjawab atas tindakan jenayah ini.


Ia berkata peningkatan berbahaya ini mewakili lanjutan daripada pembunuhan harian yang dilakukan terhadap rakyat Palestin dalam pelanggaran terang-terangan terhadap semua norma, piagam dan undang-undang antarabangsa.


“Pertubuhan ini juga menegaskan pendiriannya yang tegas dalam menyokong rakyat Palestin dalam perjuangan sah mereka untuk memperoleh hak-hak mereka yang tidak boleh dinafikan iaitu kepulangan, kebebasan, kemerdekaan.


“Ia termasuk penubuhan negara Palestin yang merdeka di sempadan 4 Jun 1967 dengan Al-Quds Al-Sharif sebagai ibu kotanya,” kata OIC.


Hamas mengumumkan awal pagi Rabu bahawa Ketua Biro politiknya Ismail Haniyeh telah dibunuh dalam serangan udara Israel yang mensasarkan kediamannya di ibu negara Iran, Tehran, lapor Agensi Anadolu.


“Hamas bersedih  bersama-sama rakyat Palestin yang hebat, negara-negara Arab dan Islam, dan  semua orang yang bebas di dunia, saudara, pemimpin, syahid, Mujahid Ismail Haniyeh, Ketua Pergerakan, yang dibunuh dalam serangan Zionis  ke atas kediamannya di Tehran selepas menghadiri majlis angkat sumpah Presiden baharu Iran,” katanya dalam satu kenyataan di Telegram.


Televisyen negara Iran juga melaporkan kematian Ismail Haniyeh, sambil menyatakan bahawa siasatan terhadap pembunuhan itu sedang dijalankan dan hasilnya akan diumumkan tidak lama lagi.


Israel belum membuat sebarang pengumuman rasmi mengenai insiden itu.




Sumber : Buletin TV3




Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My


Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2024 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Hemes      
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kecam..budak boleh kecam..tu je lah kuasa oic
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 09:07 AM | Show all posts
hari yang paling sedih
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 02:06 PM | Show all posts
Apa jwe la yg OIC buat selain mengecam? 300 hari orang2 Palestin kena sembelih pun dia kejam je dekat 300 kali. Nak tekan penjenayah perang pun x berani. Hanya berani angkat mikrofon dan kecam je.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 02:50 PM | Show all posts
Apakah OIC ni bakal menerima nasib seperti Malakat Mall?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.039922 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list