KUALA LUMPUR: “Sebuah kajian yang dilakukan oleh sebuah universiti awam di negara ini mendapati sebanyak 48 peratus daripada responden menyatakan bahawa kerajaan pada hari ini adalah sebuah kerajaan yang tidak jelas hala tujunya.” Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa (atau Cikgu Zai) berkata, kajian itu adalah keputusan yang selari dengan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap yang menyaksikan kekalahan gabungan kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). “PRK baru-baru ini menyaksikan momentum itu meningkat dengan begitu hebat sekali. Jarang-jarang momentum di PRK meningkat sehingga tiga kali ganda dengan peningkatan itu adalah selari mengikut kaum. “Orang Melayu makin meningkat sokongannya. Orang Cina yang dahulunya memberikan ‘zero’ (kosong) kepada Perikatan Nasional (PN), tetapi kali ini memberikan lima peratus sokongan.
“Begitu juga orang India yang dahulunya memberikan 15 hingga 16 peratus, kali ini lebih 35 peratus,” katanya. Beliau berkata demikian dalam program Bicara Hd bertajuk, Nasib Rakyat di Ambang Getir Era Madani yang turut dihadiri oleh peguam dan aktivis kemanusiaan, Rafique Rashid Ali di sini, malam ini. Tambah Mohd Zai, keadaan rakyat di peringkat bawah telah mengeluarkan ‘sikap’ dan ‘protes’ mereka dengan memberikan beberapa label kepada pihak kerajaan bagi menunjukkan rasa ketidakpuasan hati terhadap pemerintahan mereka. “?Contohnya rakyat sekarang ini berani bercakap soal ‘kerajaan gagal’. Kemudian yang lebih hebat lagi, saya nak sebut pun malu, kencinglah, hancinglah. “Sekiranya keadaan ini berterusan, lebih banyak label-label yang akan diberikan kepada kerajaan hari ini. Bermacam-macam label yang mungkin kita tidak fikir nanti. “Dulu kalau rakyat marah, saya fikir tidak sampai ke tahap-tahap yang sampai sebegini. Apa yang telah mereka nyatakan itu macam ada buktinya,” ujarnya. Ini kerana tambah beliau, antara isu yang paling mendapat perhatian rakyat sejak kebelakangan ini ialah isu pendirian kerajaan terhadap Palestin yang tidak jelas dan ia dibuktikan apabila kerajaan mengambil sikap untuk menjual sebahagian saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kepada BlackRock. “Ini satu keadaan yang memperlihatkan kerajaan sangat tidak merit dalam keadaan polisi dan dasar-dasar kerajaan. “Satu keadaan mereka menyatakan bahawa mereka menyokong Palestin, tetapi dalam satu keadaan lain mereka sebenarnya membuat tindakan yang sebaliknya,” katanya. Sumber : harakahdaily Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
dineyta replied at 1-8-2024 02:54 PM
padan lah muka rakyat. terpengaruh dengan propaganda pembangkang semasa pru 14. akhirnya kerajaan ca ...
ADVERTISEMENT