CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36190|Reply: 11

Semakin ramai lihat kerajaan tak jelas hala tuju – Kajian

[Copy link]
Post time 31-7-2024 10:00 PM | Show all posts |Read mode






KUALA LUMPUR: “Sebuah kajian yang dilakukan oleh sebuah universiti awam di negara ini mendapati sebanyak 48 peratus daripada responden menyatakan bahawa kerajaan pada hari ini adalah sebuah kerajaan yang tidak jelas hala tujunya.”


Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa (atau Cikgu Zai)  berkata, kajian itu adalah keputusan yang selari dengan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap yang menyaksikan kekalahan gabungan kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).


“PRK baru-baru ini menyaksikan momentum itu meningkat dengan begitu hebat sekali. Jarang-jarang momentum di PRK meningkat sehingga tiga kali ganda dengan peningkatan itu adalah selari mengikut kaum.


“Orang Melayu makin meningkat sokongannya. Orang Cina yang dahulunya memberikan ‘zero’ (kosong) kepada Perikatan Nasional (PN), tetapi kali ini memberikan lima peratus sokongan.


“Begitu juga orang India yang dahulunya memberikan 15 hingga 16 peratus, kali ini lebih 35 peratus,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam program Bicara Hd bertajuk, Nasib Rakyat di Ambang Getir Era Madani yang turut dihadiri oleh peguam dan aktivis kemanusiaan, Rafique Rashid Ali di sini, malam ini.


Tambah Mohd Zai, keadaan rakyat di peringkat bawah telah mengeluarkan ‘sikap’ dan ‘protes’ mereka dengan memberikan beberapa label kepada pihak kerajaan bagi menunjukkan rasa ketidakpuasan hati terhadap pemerintahan mereka.


“?Contohnya rakyat sekarang ini berani bercakap soal ‘kerajaan gagal’. Kemudian yang lebih hebat lagi, saya nak sebut pun malu, kencinglah, hancinglah.


“Sekiranya keadaan ini berterusan, lebih banyak label-label yang akan diberikan kepada kerajaan hari ini. Bermacam-macam label yang mungkin kita tidak fikir nanti.


“Dulu kalau rakyat marah, saya fikir tidak sampai ke tahap-tahap yang sampai sebegini. Apa yang telah mereka nyatakan itu macam ada buktinya,” ujarnya.


Ini kerana tambah beliau, antara isu yang paling mendapat perhatian rakyat sejak kebelakangan ini ialah isu pendirian kerajaan terhadap Palestin yang tidak jelas dan ia dibuktikan apabila kerajaan mengambil sikap untuk menjual sebahagian saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kepada BlackRock.


“Ini satu keadaan yang memperlihatkan kerajaan sangat tidak merit dalam keadaan polisi dan dasar-dasar kerajaan.


“Satu keadaan mereka menyatakan bahawa mereka menyokong Palestin, tetapi dalam satu keadaan lain mereka sebenarnya membuat tindakan yang sebaliknya,” katanya.


Sumber : harakahdaily




Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My


Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2024 02:54 PM | Show all posts
padan lah muka rakyat. terpengaruh dengan propaganda pembangkang semasa pru 14. akhirnya kerajaan campuran masingx2 sibuk jaga kepentingan dan sabotaj rakan bila masa hendak jaga rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 03:57 PM | Show all posts
sumber: Harakah daily??


Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 04:02 PM | Show all posts
. Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 1-8-2024 04:30 PM

apa yg x jelas..SUBSIDI DIESEL DH KENA TARIK.JELAS SANGAT LA....HALA TUJU KJAAN la ni...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti ditarik sabsidi baru boleh tengok mcmana sokongan sebenar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2024 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak jelas camne... Segala benda yg dia janji, dia langgar

Nak hapuskan penyakau, lepas menang dia lantik penyakau jadi TPM

Nak turunkan harga minyak, lepas menang dia naikkan harga minyak paling tinggi dalam sejarah

Tak tertaip lah dia punya hala tuju mabuk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp nuart x kesah pun korang maki dia, lg semangat dia spin nti

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2024 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
PADU tu dah senyap ke?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 05:52 PM | Show all posts
sakit dorang ni

sakit
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
dineyta replied at 1-8-2024 02:54 PM
padan lah muka rakyat. terpengaruh dengan propaganda pembangkang semasa pru 14. akhirnya kerajaan ca ...

Saya stujukkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 02:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.051865 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list