Ipoh: Keadaan paras air tasik di Taman Tasik Taiping dekat Taiping yang mengalami pengeringan drastik hingga menampakkan bahagian dasarnya akan dibiarkan pulih secara semula jadi. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata ia berikutan tasik kawasan itu hanya berperanan sebagai tempat rekreasi, tidak seperti Tasik Bukit Merah (Empangan Bukit Merah) yang airnya adalah bagi kegunaan domestik serta pengairan pertanian. Menurutnya, tiada langkah mitigasi dilakukan kerana ia membabitkan kos agak mahal serta tidak setimpal dengan peranan tasik itu. "Keperluan mendesak lebih kepada Tasik Bukit Merah. "Kita biarkan sahaja, kita tunggu ia (paras air kembali) seperti mana biasa, secara semula jadi iaitu air masuk semula ketika musim hujan. "Tak ada sebab (untuk pam air dari sungai berdekatan) kerana ia memerlukan kos," katanya ketika ditemui pemberita selepas program Townhall Wanita Perak : Mic On With Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad di Hotel Casuarina @Meru, Meru Raya, di sini hari ini.
Hadir sama Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed. Hari ini, media melaporkan biarpun bandar Taiping dikenali sebagai 'Bandar Hujan' namun ia tidak terkecuali dari impak musim kemarau apabila difahamkan sudah lebih sebulan ia tidak menerima hujan. Dalam perkembangan berkaitan, Saarani berkata sumber air bawah tanah yang sebelum ini pernah dilapor terdapat berdekatan Loji Rawatan Air (LRA) Gunung Semanggol, Bagan Serai terletak tidak jauh dari Empangan Bukit Merah hanya dapat menampung keperluan proses rawatan dan pembersihan air di LRA terbabit bagi kegunaan penduduk sekitar. Katanya, justeru itu sumber air bawah tanah terbabit difikirkan tidak mampu menyelesaikan masalah pengairan yang disebabkan oleh pengeringan paras air Tasik Bukit Merah, sebaliknya hanya mampu menampung bagi kegunaan Lembaga Air Perak (LAP). "Punca air bawah tanah itu adalah projek kepunyaan LAP yang mana ia tidak sama seperti Tasik Bukit Merah. Tasik Bukit Merah ini kita perlu penuhkan takungan (dalam tasik) itu, (namun) dikatakan sumber air bawah tanah itu bukan dalam kawasan tasik itu (Tasik Bukit Merah). "Sumber air (bawah) tanah itu di luar (kawasan tasik).... (jadi) ia tidak akan menyelesaikan masalah. Ia hanya boleh digunakan untuk mereka (penduduk) di sekitarnya sahaja, bukan untuk pertanian.... Ia adalah alternatif kepada LAP," katanya. Sumber: Harian Metro Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
akido_kido replied at 26-7-2024 12:36 AM
Cetek je rupanya tasik
plywood replied at 26-7-2024 09:30 AM
apa ayat "tak ada sebab kerana ia memerlukan kos". sepautnya ada sebablah kerana air dah kering
ay ...
Cassieopeia replied at 26-7-2024 09:17 AM
huish kering kontang. hujung taun lps g sini penuh air..
kucingitam replied at 26-7-2024 11:56 AM
betullah tak ada sebab..air tasik ni bukan digunakan utk salirkan air kat penduduk tepeng pun nak ...
asamfish replied at 26-7-2024 12:57 PM
ye....lebih kurang mcm kita nak tengok snow kat negeri omputih, tapi pegi time summer, haruslah na ...
ADVERTISEMENT