CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 33685|Reply: 24

Tasik Taiping Kering Kontang : "Tak ada sebab (untuk pam air dari sungai berdekatan) kerana ia memerlukan kos," - MB Perak

[Copy link]
Post time 25-7-2024 11:41 PM | Show all posts |Read mode






Ipoh: Keadaan paras air tasik di Taman Tasik Taiping dekat Taiping yang mengalami pengeringan drastik hingga menampakkan bahagian dasarnya akan dibiarkan pulih secara semula jadi.


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata ia berikutan tasik kawasan itu hanya berperanan sebagai tempat rekreasi, tidak seperti Tasik Bukit Merah (Empangan Bukit Merah) yang airnya adalah bagi kegunaan domestik serta pengairan pertanian.


Menurutnya, tiada langkah mitigasi dilakukan kerana ia membabitkan kos agak mahal serta tidak setimpal dengan peranan tasik itu.


"Keperluan mendesak lebih kepada Tasik Bukit Merah.


"Kita biarkan sahaja, kita tunggu ia (paras air kembali) seperti mana biasa, secara semula jadi iaitu air masuk semula ketika musim hujan.


"Tak ada sebab (untuk pam air dari sungai berdekatan) kerana ia memerlukan kos," katanya ketika ditemui pemberita selepas program Townhall Wanita Perak : Mic On With Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad di Hotel Casuarina @Meru, Meru Raya, di sini hari ini.


Hadir sama Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed.


Hari ini, media melaporkan biarpun bandar Taiping dikenali sebagai 'Bandar Hujan' namun ia tidak terkecuali dari impak musim kemarau apabila difahamkan sudah lebih sebulan ia tidak menerima hujan.


Dalam perkembangan berkaitan, Saarani berkata sumber air bawah tanah yang sebelum ini pernah dilapor terdapat berdekatan Loji Rawatan Air (LRA) Gunung Semanggol, Bagan Serai terletak tidak jauh dari Empangan Bukit Merah hanya dapat menampung keperluan proses rawatan dan pembersihan air di LRA terbabit bagi kegunaan penduduk sekitar.


Katanya, justeru itu sumber air bawah tanah terbabit difikirkan tidak mampu menyelesaikan masalah pengairan yang disebabkan oleh pengeringan paras air Tasik Bukit Merah, sebaliknya hanya mampu menampung bagi kegunaan Lembaga Air Perak (LAP).


"unca air bawah tanah itu adalah projek kepunyaan LAP yang mana ia tidak sama seperti Tasik Bukit Merah. Tasik Bukit Merah ini kita perlu penuhkan takungan (dalam tasik) itu, (namun) dikatakan sumber air bawah tanah itu bukan dalam kawasan tasik itu (Tasik Bukit Merah).


"Sumber air (bawah) tanah itu di luar (kawasan tasik).... (jadi) ia tidak akan menyelesaikan masalah. Ia hanya boleh digunakan untuk mereka (penduduk) di sekitarnya sahaja, bukan untuk pertanian.... Ia adalah alternatif kepada LAP," katanya.




Sumber: Harian Metro


Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My


Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2024 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Cetek je rupanya tasik
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Haritu iols pegi,penuh melimpah air sampai ke tepi.nak jalan pun takut kalau2 ada buaya tetiba muncul
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Sampai sekering ini ye jadinya..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
sebulan x hujan dah camni, imagine kalau 3 bulan
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipoh ni antara tempat aku xpenah explore tp slalu singgah kalo mhala ke kedah @ blk dr kedah.
Hada gerai mkn kt dataran majlis ka hapa nama juai goreng² itik laki aku suka bwk singgah mkn kt situ.
Last yr p katanya dh pindah meru.
Malas nk musing carik la dh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2024 09:17 AM | Show all posts
huish kering kontang. hujung taun lps g sini penuh air..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 09:30 AM | Show all posts
apa ayat "tak ada sebab kerana ia memerlukan kos".  sepautnya ada sebablah kerana air dah kering

ayat kat atas tu dah cukup bagus, "tak mampu pam sebab ada kos... "
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2024 11:11 AM | Show all posts
Keputusan kerajaan Perak untuk membiarkan Tasik Taiping pulih secara semula jadi boleh difahami memandangkan fungsi utamanya sebagai kawasan rekreasi. Walau bagaimanapun, kekurangan rancangan konkrit untuk menangani isu itu, terutamanya memandangkan potensi kesan alam sekitar tasik pengeringan, adalah membimbangkan. Slope Game
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 11:55 AM | Show all posts

memey la cetek
tp kena igt once air tasik penuh, dasar die tanah lembut
maybe jgk berselut
so klu pijak mau tenggelam jgk at least paras nak dada utk ketinggian mcm alip tu

eh tiber masuk alip



Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 11:56 AM | Show all posts
plywood replied at 26-7-2024 09:30 AM
apa ayat "tak ada sebab kerana ia memerlukan kos".  sepautnya ada sebablah kerana air dah kering

ay ...

betullah tak ada sebab..air tasik ni bukan digunakan utk salirkan air kat penduduk tepeng pun nak beriya pam buat apa. ngabih duit ja. tasik tempat riadah ja ni, utk dating2 tepi tasik..gituh
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
beriya tunjuk tasik ni kt 'tempat menarik di taiping'...apa yg menarik kalo kering kontang...tolong kuarkan drp 'tempat menarik' tu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 12:53 PM | Show all posts
alaaaa....ini fenomena biasa je kat taman tasik tepen tu.....dari seingat2 aku mula boleh ingat, tahun 1977 sampai la sekarang, akan terjadi je fenomena ni...kering kontang sampai merekah mcm dlm gamar....nanti2 dalam beberapa minggu akan ada la balik air melimpah ruah dihiasi bunga2 teratai tu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 12:56 PM | Show all posts
Cassieopeia replied at 26-7-2024 09:17 AM
huish kering kontang. hujung taun lps g sini penuh air..

pegi time2 hujung tahun mmg la penuh sebab musim hujan....jadi merekah mcm ni bila tak hujan ditambah panas terik yg membara untuk beberapa hari/minggu.  okay je.  betullah report tu ckp tak perlu pam air masuk, membazir, sbb bila dah start hujan akan naik la air kat dlm tasik dan jadi cantik semula.

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 12:57 PM | Show all posts
kucingitam replied at 26-7-2024 11:56 AM
betullah tak ada sebab..air tasik ni bukan digunakan utk salirkan air kat penduduk tepeng pun nak  ...

ye....lebih kurang mcm kita nak tengok snow kat negeri omputih, tapi pegi time summer, haruslah nan hado....

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 02:19 PM | Show all posts
aikk tepen hat hari2 ujan tu pun tak ujan kaaa???

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2024 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tasik darulaman pun tak pernah kering mcm ni walau berbulan2 tak hujan kat jitra nu
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 02:30 PM | Show all posts
asamfish replied at 26-7-2024 12:57 PM
ye....lebih kurang mcm kita nak tengok snow kat negeri omputih, tapi pegi time summer, haruslah na ...

haha atau pi masuk Lavender Garden kat Cameron sebelum musim bunga berkembang..ada tanah dgn dedaun je..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 02:40 PM | Show all posts
tiap2 tahun kan macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.176412 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list