Seorang peguam yang dikenali sebagai Kak Ratu tampil memberikan pandangannya mengenai perkongsian yang dibuat pasangan pempengaruh Aliff Teega dan Aisyah Hijanah tentang pengalaman mereka yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), baru-baru ini. Menerusi hantaran di TikTok, Kak Ratu berpendapat Alif dan Aisyah tidak sepatutnya membuat siaran langsung dan berdiskusi tentang pengalaman mereka yang dilayan dengan baik sepanjang berada di bawah tahanan SPRM. "Ini pandangan peribadi saya sebagai seorang peguam. Alif dan Aisyah sepatutnya ‘zip’ mulut mereka berkenaan layanan SPRM semasa direman. Tak perlu buat ‘live’ dan berdiskusi tentangnya." "Mungkin niat mereka berdua adalah cuba untuk menunjukkan bahawa layanan SPRM adalah professional tetapi tidak ya."
Menurut wanita itu, kenyataan yang keluar daripada pasangan pempengaruh itu akan membuatkan orang ramai menganggap bahawa pihak berkuasa akan memberikan layanan yang baik terhadap Orang Yang Disyaki (OYDS). "Tanpa disedari kenyataan itu akan membuatkan orang lain berprasangka bahawa SPRM melayan OYDS terlalu baik dan tidak tegas dalam membuat siasatan terutamanya kepada orang yang disyaki melakukan jenayah." "Kalau dah dilayan seperti sahabat baik siap bahagia di dalam bilik berhawa dingin, makan makanan yang pegawai SPRM makan, adakah bermaksud mereka dilayan seperti VVIP?" "Apa gunanya reman?" Terdahulu, Alif & Aisyah memaklumkan bahawa pihak SPRM memberi layanan yang baik dan menyifatkan organisasi itu sangat profesional sepanjang mengendalikan kes mereka. Tambah pasangan itu, mereka juga ditempatkan dalam tempat berhawa dingin dan diberikan makanan yang sedap oleh pegawai SPRM yang bertugas. Sumber: OhBulan Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
ADVERTISEMENT