CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23550|Reply: 19

Peguam Tegur Alif Teega & Aisyah Hijanah Beria Kongsi Momen Ditahan SPRM – ‘Nanti Akan Buatkan Orang Fikir OYDS Dapat Layanan Baik’

[Copy link]
Post time 23-7-2024 09:42 PM | Show all posts |Read mode






Seorang peguam yang dikenali sebagai Kak Ratu tampil memberikan pandangannya mengenai perkongsian yang dibuat pasangan pempengaruh Aliff Teega dan Aisyah Hijanah tentang pengalaman mereka yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), baru-baru ini.


Menerusi hantaran di TikTok, Kak Ratu berpendapat Alif dan Aisyah tidak sepatutnya membuat siaran langsung dan berdiskusi tentang pengalaman mereka yang dilayan dengan baik sepanjang berada di bawah tahanan SPRM.


"Ini pandangan peribadi saya sebagai seorang peguam. Alif dan Aisyah sepatutnya ‘zip’ mulut mereka berkenaan layanan SPRM semasa direman. Tak perlu buat ‘live’ dan berdiskusi tentangnya."


"Mungkin niat mereka berdua adalah cuba untuk menunjukkan bahawa layanan SPRM adalah professional tetapi tidak ya."





Menurut wanita itu, kenyataan yang keluar daripada pasangan pempengaruh itu akan membuatkan orang ramai menganggap bahawa pihak berkuasa akan memberikan layanan yang baik terhadap Orang Yang Disyaki (OYDS).


"Tanpa disedari kenyataan itu akan membuatkan orang lain berprasangka bahawa SPRM melayan OYDS terlalu baik dan tidak tegas dalam membuat siasatan terutamanya kepada orang yang disyaki melakukan jenayah."


"Kalau dah dilayan seperti sahabat baik siap bahagia di dalam bilik berhawa dingin, makan makanan yang pegawai SPRM makan, adakah bermaksud mereka dilayan seperti VVIP?"


"Apa gunanya reman?"


Terdahulu, Alif & Aisyah memaklumkan bahawa pihak SPRM memberi layanan yang baik dan menyifatkan organisasi itu sangat profesional sepanjang mengendalikan kes mereka.


Tambah pasangan itu, mereka juga ditempatkan dalam tempat berhawa dingin dan diberikan makanan yang sedap oleh pegawai SPRM yang bertugas.






Sumber: OhBulan


Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My


Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2024 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko ni TT memang nak kena buat benang lain² ye utk tiap orang yg tegur laki bini ni? dorang ni retis ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
apparently oh bulan is an ultimate source for forum
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
hakikatnya yang arif,
org skrg bodo bodo
walau pakai semart fonnn

dgn kita semua dperbodohkan!!!!!!
hakkpthuihhhhhh!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah SPRM yang bagi diaorang makan sedap2.. duduk dlm bilik aircond...bagi special treatment..haruslah viral kan betapa bestnye kena panggil.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 02:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Katanya bilik siasatan je yang ada ekon..lokap tu sama je berkipas dan takde tilam..tapi yelah kita pun taktau sebab tak pernah masuk naudzubillah mintak simpang!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2024 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak ada keperluan rasanya nak cerita apa berlaku sepanjang kena tahan. Ada yg tanya ke sampai keluar pnyataan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 09:33 AM | Show all posts
tak tahu malu... akibat makan duit tak betul, otak mereng... sifat malu hilang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2024 10:17 AM | Show all posts
1) Diorang tak tahu malu or memang malu but nak cover. If you watch the live nampak sangat Aisyah Hijalang nak cover malu and resah.

2) They live and breathe social media. Semua benda nak announce kat social media.

Aku hanya boleh berharap yg kes diorang jadi lagi teruk.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 10:56 AM | Show all posts
lapar sohor nama dia couple ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 12:58 PM | Show all posts
mat lip siap sikukan hijah ni sbb hijah suka bercerita.. kahkahkah.. awkward kot
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 01:01 PM | Show all posts
mek esah just love all the attention ..psiko much
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Org lain kalau kena 5angkap ada lah rasa malu. Skrg bangga wei semua
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 01:27 PM | Show all posts
sikit lagi keluarlah buku tu ... "7 hari di tirai besi" berebut2 tololwer dia beli!
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 08:05 PM | Show all posts
Nijam aib ialah tiket utk konten, Sket hari lagi siaplah buku.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jasmeen at 24-7-2024 09:35 PM

dasar tak tau malu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2024 08:22 AM | Show all posts
tengok muka dedua ni pun rimas, macam mana netizen boleh sanggup dengar derang gebang
korang takde keje lain yang lebih berfaedah ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 09:12 AM | Show all posts
mcmc banned je la terus 2 makhluk ni. Perosak negara.. puiiiii

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 12:01 PM | Show all posts
bila nak diam laa lahanat berdua ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 12:37 PM | Show all posts
bila kes dorang ni kene sebut balik ek.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.184405 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list