CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki maut dibaham harimau ketika kencing

19-7-2024 10:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 41712| Komen: 17



JAKARTA – Seorang lelaki maut selepas diterkam seekor harimau ketika dia  membuang air kecil dalam serangan binatang buas itu di Siak, wilayah Riau, lapor portal berita Serambinews.com semalam.

Mangsa yang berusia 43 tahun diseret beberapa meter sebelum ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa.

Seorang rakan sekerjanya mendengar jeritan lelaki itu dan bergegas meminta pertolongan penduduk setempat.

Mangsa diterkam di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Penyengat, Riau, malam Selasa lalu.

Ketua Balai Pemuliharaan Sumbar Daya Alam (BBKSDA), Gennman Hasibuan berkata, mangsa  berasal dari Pinang Sebatang Timur dan bekerja di ladang kelapa sawit itu.

“Ya, memang ada kejadian pekerja ladang yang dibaham harimau hingga menjadi korban.

“Ketika ini, BBKSDA Riau sedang menanganinya di tempat kejadian,” kata Gennman. – AGENSI



Sumber: Kosmo



Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 20-7-2024 12:19 AM
Kesian harimau tu tak sempat makan arwah..
Quote Orix 22-7-2024 12:18 AM
imransulaiman: Kesian harimau tu tak sempat m ...


Apoooo komen chuols nihhh… yiiihhhh…
Quote sayurmayur88 22-7-2024 07:37 AM
klu itulah yg tertulis takdir bagi arwah..
Quote star_karat 22-7-2024 08:01 AM
Wujud jugak eh Kg Pinang Sebatang.
Quote copy_paste 22-7-2024 09:27 AM
xbgtau plak harimau tu dari mana,terlepas dari kandang ke acaner,
ingatkan dia kena terkam kat zoo
Quote lucky_peace 22-7-2024 10:16 AM
copy_paste replied at 22-7-2024 09:27 AM
xbgtau plak harimau tu dari mana,terlepas dari kandang ke acaner,
ingatkan dia kena terkam kat zoo

Harimau liar la tu rasanya.
Quote missbigrockstar 22-7-2024 10:56 AM
Jgn kerana marah, dibunuh pula harimau tu. Org kampung ni biasalah suka ambil tindakan sendiri. Haiwan terancam pula. Trap dan bawa ke habitat selamat.
Quote supernaturalee 22-7-2024 11:24 AM
nak kencin pun tak senang



Quote edayildiz 22-7-2024 11:30 AM
takde toilet ke umah dia p kencing kt kwsn itan..
hrp si comel oyen tu tak kena bunuh ngn penduduk situ
Quote Decaffeinated 22-7-2024 03:43 PM
Spesis harimau sumatera la ni, sepupu harimau malaya. Macam manusia juga, melayu sumatera dgn melayu malaya sama dna.


Quote Skuau 22-7-2024 03:46 PM
Edited by Skuau at 22-7-2024 03:49 PM

ini harimau misti bawa sini Malezia...kasi baham dia worang selalu kasi kincin sama lain worang la abang
Quote Decaffeinated 22-7-2024 03:50 PM
star_karat replied at 22-7-2024 08:01 AM
Wujud jugak eh Kg Pinang Sebatang.

Kabupaten Kuantan pun ada di Riau.

Quote eely_shana 22-7-2024 05:47 PM
Kat jakarta. Ingat msia
Quote copy_paste 23-7-2024 09:20 AM
lucky_peace replied at 22-7-2024 10:16 AM
Harimau liar la tu rasanya.

masih ade lagi ke harimau liar kat sana,
Quote Ytee 23-7-2024 01:36 PM
perghh seram
Quote afie_m 24-7-2024 03:57 PM
ish..seram, harimau ko

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.046527 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top