CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pak cik Man bakal ke matahari - “Saya akan bertolak pagi esok pukul 5 pagi, saya cipta mesin ke matahari ini dengan hasil duit poket sendiri"

19-7-2024 10:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 48720| Komen: 105


PETALING JAYA – Hanya mengambil tempoh tiga hari, seorang lelaki yang gelarkan dirinya sebagai pak cik Man bakal bergelar manusia pertama akan jejakkan kaki ke sumber utama orbit iaitu matahari.

Melalui penjelasan lelaki tersebut dalam satu klip video yang tular di media sosial ketika ini, dia dikatakan telah menyiapkan mesin angkasanya dengan duit poketnya sendiri selama ini.


“Rakyat Malaysia sepatutnya berbangga kerana saya rakyat negara ini yang pertama akan sampai ke matahari, dijangka akan mengambil masa selama tiga hari sahaja.

“Saya akan bertolak pagi esok pukul 5 pagi, saya cipta mesin ke matahari ini dengan hasil duit poket sendiri. Pakcik Man orang pertama akan ke matahari, banggalah rakyat Malaysia,” jelas lelaki tersebut.

Rata-rata orang ramai yang menyaksikan klip video tersebut ternyata terkejut dan geli hati dengan gelagat lelaki warga emas itu dan menyifatkan dia mungkin tidak berada dalam dunia realiti.

“Jauh pakcik nak pergi tu, bekal jangan lupa bawa. Pandangan saya pakcik pergi agak-agak biarlah sampai sebelah malam. Sebab say risau pakcik akan garing nanti,” jelas Khaiman Man.

“Mungkin campuran bahan toksik yang dimakan pakcik ini menjadi sangat. Saya harap impian pakcik Man naik ke matahari tercapai dengan selamat. Panas cuaca di sana tu pakcik,” kata Paksu Farm. 

Sumber: Kosmo



Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 20-7-2024 01:41 AM
Berikan beliau dato plss
Quote pooh~key 20-7-2024 01:48 AM
Heshe mungkin maksudkan lubang bunga matahari kot dek, a.k.a lubang jubo dek?
Quote mojarean_X 20-7-2024 02:24 AM
Jalan baik2 ye
Quote kemaruk 20-7-2024 02:25 AM
tak jauh beza dari fantasi dan khayalan pensokong2 sesetengah ahli politik
Quote kemaruk 20-7-2024 02:26 AM

harap2 sampai sebelum siang le

kalau tak, panas
Quote kaedahnya 20-7-2024 04:52 AM
ke nak pi matahari buatan kan china tu
Quote any42 20-7-2024 06:35 AM
Bye cik man
Quote B40tastePosh 20-7-2024 06:37 AM
Tolong check urine dia dan hantar dia ke lokap.
Quote teen_angelJB 20-7-2024 07:27 AM
Safely arrive pakcik man..
Betul la tu ckp forumer
G sebelum pagi.. X panas sgt

Kot silau.. Bawak spek cik man

Quote ezacbee 20-7-2024 07:39 AM
Rasanya dah gerak ni. Xde live ke???

Quote Leon_Moka 20-7-2024 07:47 AM
ezacbee replied at 20-7-2024 07:39 AM
Rasanya dah gerak ni. Xde live ke???

Hahaha ????
Quote lolipopmanish 20-7-2024 08:03 AM
Dah sampai ke belum?
Quote dubuk 20-7-2024 10:35 AM
semoga cik Man tak hilang dalam terang..

[youtube]CjJ9YeKIvDI?si[/youtube]


Quote dubuk 20-7-2024 10:38 AM
lihatlah bulan masih mengambang dan cik Man pun berhenti dipinggir planet..
Quote Kunci_Spy 20-7-2024 10:53 AM
Jauh sgt pigi nii acikk, nii confirm kalu tak cap senapang, donlop
Quote Purestteam1 20-7-2024 10:53 AM
balik hari je ni
Quote ReginaGeorge 20-7-2024 11:08 AM
Dah balik bumi ke masih stuck kat matahari cik?
Quote renko 20-7-2024 11:14 AM
Orang gila mana lak ni
Quote Ai_kiu 20-7-2024 11:14 AM
Tudiaaaa p matahari pakcik...
jgn lupa pakai spek itam DIY.
Elak silauuuu

Lihat semua komen(105)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.129584 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top