Pelakon Eyra Razali berdepan dugaan sekali lagi apabila anak pertamanya, Hayder Qhalish pula dimasukkan ke hospital kerana mengalami bengkak usus. Melihat keadaan Hayder tidak bermaya sejak keluar dari hospital minggu lalu, Eyra terus bergegas ke hospital selepas anaknya itu cirit-birit. “Hayder keluar wad pada hari Khamis tetapi dia mengadu sakit perut serta cirit -birit. Boleh kata 20 kali ulang-alik ke tandas. “Semalam Hayder sakit sangat dan nampak tak bermaya, kami buat keputusan untuk bawa dia ke hospital. Memang dehidrasi, jadi doktor cakap kena masud wad. “Hari ini buat ultrasound rupanya usus Hayder bengkak. Kemungkinan sebab tak betul-betul sembuh semasa di hospital tempoh hari serta kerap cirit yang membuatkan ususnya bengkak,” kongsinya menerusi Instagram. Pun begitu Eyra kini lega bila mana diberitahu keadaan Hayder tidak membimbangkan.
“Sampel najis pun tidak mengesan rotavirus atau apa-apa yang merisaukan. “Jadi, sekarang Hayder makan antibiotik, insya-Allah ambil masa beberapa hari untuk kurangkan bengkak,” ujarnya. Ibu kepada dua cahaya mata ini juga turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya lebih-lebih kepada dua anaknya yang masih kecil. “Terima kasih semua yang mendoakan Hayder. Semoga Allah membalas jasa baik semua,” tuturnya. Sumber : Seeni.my Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X |
sharlenetexas replied at 18-7-2024 11:25 AM
Bengkak usus budak2 ni sama dgn ulcerative colitis? @ipes2
ipes2 replied at 19-7-2024 05:39 AM
Ulcerative Colitis (UC) ni agak rare pada kanak2
lebih2 lagi umur macam kes ini.
UC ialah sebahagi ...
Carcosa replied at 18-7-2024 10:35 PM
So?
Aku tak berkenan dgn minah poyo ni. Berlagak mcm dpt kawin Prince William. Mampuslah kau sana. ...
Joysparta replied at 21-7-2024 09:12 PM
Hahahaha..i igt iolsss je perasan bangganya dia dpt kawen pemain bola sepak..mmg poyo...
ADVERTISEMENT