View: 24610|Reply: 13
|
Anak Sulung Eyra Hazali Bengkak Usus, Terpaksa Tahan Wad. “Sakit Perut & Cirit -Birit”
[Copy link]
|
|
Pelakon Eyra Razali berdepan dugaan sekali lagi apabila anak pertamanya, Hayder Qhalish pula dimasukkan ke hospital kerana mengalami bengkak usus.
Melihat keadaan Hayder tidak bermaya sejak keluar dari hospital minggu lalu, Eyra terus bergegas ke hospital selepas anaknya itu cirit-birit.
“Hayder keluar wad pada hari Khamis tetapi dia mengadu sakit perut serta cirit -birit. Boleh kata 20 kali ulang-alik ke tandas.
“Semalam Hayder sakit sangat dan nampak tak bermaya, kami buat keputusan untuk bawa dia ke hospital. Memang dehidrasi, jadi doktor cakap kena masud wad.
“Hari ini buat ultrasound rupanya usus Hayder bengkak. Kemungkinan sebab tak betul-betul sembuh semasa di hospital tempoh hari serta kerap cirit yang membuatkan ususnya bengkak,” kongsinya menerusi Instagram.
Pun begitu Eyra kini lega bila mana diberitahu keadaan Hayder tidak membimbangkan.
“Sampel najis pun tidak mengesan rotavirus atau apa-apa yang merisaukan.
“Jadi, sekarang Hayder makan antibiotik, insya-Allah ambil masa beberapa hari untuk kurangkan bengkak,” ujarnya.
Ibu kepada dua cahaya mata ini juga turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya lebih-lebih kepada dua anaknya yang masih kecil.
“Terima kasih semua yang mendoakan Hayder. Semoga Allah membalas jasa baik semua,” tuturnya.
Sumber : Seeni.my
Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bengkak usus budak2 ni sama dgn ulcerative colitis? @ipes2
|
|
|
|
|
|
|
|
mak nya pun jual produk macam2 kan susu kurus la, makanan tambahan la, biskut kurus la, minuman coklat la.. semua tu ada bagi anak consume ke? takut la kalau overclaim sihat & selamat untuk bebudak.. orang tua yang usus berselirat, perut dah keras pun boleh sakit kalau consume memacam suppliment.. |
|
|
|
|
|
|
|
So?
Aku tak berkenan dgn minah poyo ni. Berlagak mcm dpt kawin Prince William. Mampuslah kau sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Ulcerative Colitis (UC) ni agak rare pada kanak2
lebih2 lagi umur macam kes ini.
UC ialah sebahagian dari Inflammatory Bowel Disease (IBD); satu bahagian lagi ialah Crohn's Disease (CD).
'Bengkak Usus' adalah layman's term yg sy sendiri tidak pasti apakah maksud nya
Mungkin colitis lah ye? (ie inflammation of the Colon ie Large Intestine)
Kids jika kena diarrhoea and vomiting, slelaunya adalah keran Viral illness lah
ie Viral Gastroenteritis eg disebabkan oleh Rotavirus, Norovirus, Coronavirus, Adenovirus etc (kdg2 bacteria pon boleh, tetapi jauh lebih teruk)
|
|
|
|
|
|
|
|
ipes2 replied at 19-7-2024 05:39 AM
Ulcerative Colitis (UC) ni agak rare pada kanak2
lebih2 lagi umur macam kes ini.
UC ialah sebahagi ...
Doktor kat sini dia selalu sebut ulcerative colitis sebagai bengkak usus. Ada gak doktor guna term orang kampung - uluran.
|
|
|
|
|
|
|
|
skrg ni mmg bersambung2 sambung sakitnye
start dgn demam selsema batuk pastu tau2 influenza
xpn cirbir pastu demam tp bile test xtau kenapa |
|
|
|
|
|
|
|
Gws.. Lama dia ni tak berlakon |
|
|
|
|
|
|
|
Salah makan ke? Or sbb lama tak membuang. Doctor selalu pesan mkn byk buah bg membuang setiap kali kalau ckp migraine ke sakit kepala. Iolls sampai tak larat iyakan. Haha. |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa replied at 18-7-2024 10:35 PM
So?
Aku tak berkenan dgn minah poyo ni. Berlagak mcm dpt kawin Prince William. Mampuslah kau sana. ...
Hahahaha..i igt iolsss je perasan bangganya dia dpt kawen pemain bola sepak..mmg poyo... |
|
|
|
|
|
|
|
semoga adik hayder cepat sembuh dan sihat sentiasa..amin |
|
|
|
|
|
|
|
Joysparta replied at 21-7-2024 09:12 PM
Hahahaha..i igt iolsss je perasan bangganya dia dpt kawen pemain bola sepak..mmg poyo...
Memang poyo dia ni. Semak. Mcmlah laki dia pemain bola terkaya mcm Ronaldo or Messi.
Ehh pegi jalan lah! Kang laki ko dah injured, aku nak tgk, poyo tak lagi?? Kemain dulu, dia ada kata pemain bola adalah perwira negara, mcm tu. Aler Utoh! |
|
|
|
|
|
|
| |
|