CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anda ‘Single’? Bolehlah Ke Gerai Ini Untuk ‘Claim’ Durian Percuma! – “First Time Orang Single Dihargai…”

14-7-2024 08:52 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 49448| Komen: 7


Kalau anda single tidak kira lelaki mahu pun wanita bolehlah ke gerai durian ini untuk dapatkannya secara percuma.

Tular perkongsian seorang wanita baru-baru ini di platform TikTok ketika dia mengunjungi sebuah gerai menjual durian di Seberang Takir, Terengganu.


Ketika sedang memilih matanya terlihat pada tanda nama jenis durian yang ada tertulis nota berbunyi,

"Kalau single dapat free."

Dia dan rakannya kemudian bertanya kepada sekumpulan lelaki yang mengusahakan gerai itu untuk kepastian dan mereka kemudian menjawab apa yang tertera itu benar.

"Betul (dapat percuma), kena datang seorang diri,” kata salah seorang peniaga itu."


Hantaran itu mendapat perhatian warganet yang tertarik dengan promosi peniaga tersebut dan ramai yang bertanya tentang lokasi tepat gerai tersebut kerana mahu ‘claim’ durian percuma mereka.

Ada yang berseloroh dan berkata ini adalah kali pertama dalam hidup mereka sebagai seorang yang bujang terasa diri dihargai.


Seorang individu pula berkata ia mungkin taktik digunakan peniaga durian yang mungkin mencuba nasib untuk mencari jodoh mereka. Sambil menyelam minum air bak kata peribahasa.

SUMBER : TikTok/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote antidote 14-7-2024 11:06 AM
Tokey durian tu pun single. Dia cuba nasib je tu klau dpt customer single dia bleh ajak kawin
Quote OshinDaSolja 14-7-2024 05:30 PM
untung la org single wlaupun tahu dh marketing strategy je......kenapa la 20 tahun dlu takde promo2 mcm ni ek...
Quote Kancilkering 14-7-2024 09:52 PM
örg yg pakai cermin mata jantan kan…sebab nampak halkum sore kepit tapi
Quote renko 14-7-2024 10:58 PM
Semua acah2 jadi single tersakiti
Mcm beruk sekor2 komen nk menunjukkan diri tu single sgt
Quote Safirania 15-7-2024 01:04 AM
Kancilkering replied at 14-7-2024 09:52 PM
örg yg pakai cermin mata jantan kan…sebab nampak halkum sore kepit tapi

Jantan. Nama tiktoknya ervan ridzuan.
Quote Suchi 15-7-2024 07:03 AM
Kancilkering replied at 14-7-2024 09:52 PM
örg yg pakai cermin mata jantan kan…sebab nampak halkum sore kepit tapi

[tiktok]7342732256936512786[/tiktok]
Ya lelaki, influencer teganu tu
Dulu selalu wat content lawak2
Selamba je budak kecik ni sound dia hahah
Quote BungaSuri 15-7-2024 01:03 PM
kemain durian punya marketing

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.068844 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top