CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

5 terperangkap atas pokok

8-7-2013 09:32 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2581| Komen: 9

Banda Aceh: Lima lelaki terperangkap di atas pokok sejak tiga hari lalu selepas dikejar oleh beberapa ekor harimau Sumatera.

Seorang rakan mereka mati dibaham haiwan berkenaan.

Polis berkata, lima harimau masih berada di bawah pokok itu selepas mengejar lelaki berkenaan Khamis lalu.


Kejadian berlaku selepas lelaki itu yang mencari kayu gaharu di Taman Negara Hutan Leuser di puncak Sungai Rengas, Tenggulun, kawasan Aceh Tamiang, membunuh seekor anak harimau secara tidak sengaja.

Konflik antara manusia dengan haiwan semakin menjadi-jadi di Indonesia. Tetapi, dalam kebanyakan kes, ia berakhir dengan padah menimpa haiwan terbabit.

Ketua Polis Tamiang, Dicky Sondani berkata, selain mencari gaharu, lelaki berkenaan turut memasang perangkap untuk menangkap rusa tetapi secara tidak sengaja memerangkap anak harimau berkenaan.


Harimau dewasa itu menyerang keenam-enam lelaki terbabit dan membaham seorang daripada mereka yang dikenali sebagai David. Lima yang lain - Adi Susilo, Mujiono, Budi Setiawan, Suriadi dan Awaludin - menyelamatkan diri dengan memanjat pokok, kata Dicky.

Menurutnya, 30 orang terdiri daripada polis dan tentera sudah melancarkan gerakan menyelamat mangsa kelmarin selepas dia dan tiga anggotanya terpaksa berpatah balik setelah melihat harimau itu.

Dicky juga berkata, usaha untuk mendapatkan khidmat pawang harimau sehingga semalam masih belum berhasil.

Anggota penyelamat mungkin mengambil masa dua hingga tiga hari untuk tiba di kawasan terbabit. Lebih buruk lagi, mereka juga terpaksa berdepan dengan harimau dan binatang liar lain, termasuk gajah.

Harimau Sumatera adalah harimau paling kecil di dunia. Hanya 400 hingga 500 ekor dipercayai masih hidup.

“Jika harimau itu masih berada di bawah pokok, kami mungkin terpaksa menembak mereka, paling tidak dengan ubat pelali, untuk menyelamatkan kelima-lima mangsa,” kata Dicky. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote khailya 8-7-2013 12:10 PM
siap nak panggei pawang? biar betul..

tp cadangan tuk ubat pelali tu aku sokong...
takkan la nak tembak harimau tu kut! huhu kejamm
Quote pakwetizzaqyah 8-7-2013 12:12 PM
masuk hutan berani...jumpa harimau takut...ni la dia puak2 aceh baka asal keturunan melayu utara kedah...
Quote jonlabu 8-7-2013 12:19 PM
yindon ni bukan ngan manusia jer, ngan hewan pun berkonflik. tinggal blom berkonflik ngan pokok2 jer.
Quote lavacall 8-7-2013 12:21 PM
jonlabu posted on 8-7-2013 12:19 PM
yindon ni bukan ngan manusia jer, ngan hewan pun berkonflik. tinggal blom berkonflik ngan pokok2 jer ...

sat lagi si nolya datang kasi tarbiyah lu....
Quote jonlabu 8-7-2013 12:22 PM
lavacall posted on 8-7-2013 12:21 PM
sat lagi si nolya datang kasi tarbiyah lu....

bukan tarbiyah...dia bagi wa pantun 20 kerat..abis laa..
Quote mute 8-7-2013 03:27 PM
kelaparan la duk atas pokok...kencing kasi hancing la kebawah ape lagi
Quote the_killer 8-7-2013 03:28 PM
pakwetizzaqyah posted on 8-7-2013 12:12 PM
masuk hutan berani...jumpa harimau takut...ni la dia puak2 aceh baka asal keturunan melayu utara ked ...

prtt..kedah lain..aceh lain..harap maklum
Quote pakwetizzaqyah 8-7-2013 03:31 PM
the_killer posted on 8-7-2013 03:28 PM
prtt..kedah lain..aceh lain..harap maklum

kihkihkih...kenapa kedah ada yg muka mcm cina??? kenapa kedah sebut kau "ang" mcm bahasa minangkerbau sikit2...dan... dan...kenapa ada orang kedah dan perlis mengaku bahawa orng utara ni....ada....ada... susur galur dari aceh....dan ...dan...kenapa...dan kenapa....kat pineng ada tempat nama lebuh aceh...tempat aceh berlabuh barangkali...

ngahahahahahhaha

Quote izamahmed 8-7-2013 03:36 PM
oh kesiannye. Harimau malaya pandai main bola

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.095309 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top