CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1532|Reply: 9

[Dunia] 5 terperangkap atas pokok

[Copy link]
Post time 8-7-2013 07:55 AM | Show all posts |Read mode
Banda Aceh: Lima lelaki terperangkap di atas pokok sejak tiga hari lalu selepas dikejar oleh beberapa ekor harimau Sumatera.
Seorang rakan mereka mati dibaham haiwan berkenaan.

Polis berkata, lima harimau masih berada di bawah pokok itu selepas mengejar lelaki berkenaan Khamis lalu.


Kejadian berlaku selepas lelaki itu yang mencari kayu gaharu di Taman Negara Hutan Leuser di puncak Sungai Rengas, Tenggulun, kawasan Aceh Tamiang, membunuh seekor anak harimau secara tidak sengaja.

Konflik antara manusia dengan haiwan semakin menjadi-jadi di Indonesia. Tetapi, dalam kebanyakan kes, ia berakhir dengan padah menimpa haiwan terbabit.

Ketua Polis Tamiang, Dicky Sondani berkata, selain mencari gaharu, lelaki berkenaan turut memasang perangkap untuk menangkap rusa tetapi secara tidak sengaja memerangkap anak harimau berkenaan.

Harimau dewasa itu menyerang keenam-enam lelaki terbabit dan membaham seorang daripada mereka yang dikenali sebagai David. Lima yang lain - Adi Susilo, Mujiono, Budi Setiawan, Suriadi dan Awaludin - menyelamatkan diri dengan memanjat pokok, kata Dicky.

Menurutnya, 30 orang terdiri daripada polis dan tentera sudah melancarkan gerakan menyelamat mangsa kelmarin selepas dia dan tiga anggotanya terpaksa berpatah balik setelah melihat harimau itu.

Dicky juga berkata, usaha untuk mendapatkan khidmat pawang harimau sehingga semalam masih belum berhasil.

Anggota penyelamat mungkin mengambil masa dua hingga tiga hari untuk tiba di kawasan terbabit. Lebih buruk lagi, mereka juga terpaksa berdepan dengan harimau dan binatang liar lain, termasuk gajah.

Harimau Sumatera adalah harimau paling kecil di dunia. Hanya 400 hingga 500 ekor dipercayai masih hidup.

“Jika harimau itu masih berada di bawah pokok, kami mungkin terpaksa menembak mereka, paling tidak dengan ubat pelali, untuk menyelamatkan kelima-lima mangsa,” kata Dicky. - Agensi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2013 12:10 PM | Show all posts
siap nak panggei pawang? biar betul..

tp cadangan tuk ubat pelali tu aku sokong...
takkan la nak tembak harimau tu kut! huhu kejamm
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 12:12 PM | Show all posts
masuk hutan berani...jumpa harimau takut...ni la dia puak2 aceh baka asal keturunan melayu utara kedah...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 12:19 PM | Show all posts
yindon ni bukan ngan manusia jer, ngan hewan pun berkonflik. tinggal blom berkonflik ngan pokok2 jer.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 12:21 PM | Show all posts
jonlabu posted on 8-7-2013 12:19 PM
yindon ni bukan ngan manusia jer, ngan hewan pun berkonflik. tinggal blom berkonflik ngan pokok2 jer ...

sat lagi si nolya datang kasi tarbiyah lu....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 12:22 PM | Show all posts
lavacall posted on 8-7-2013 12:21 PM
sat lagi si nolya datang kasi tarbiyah lu....

bukan tarbiyah...dia bagi wa pantun 20 kerat..abis laa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2013 03:27 PM | Show all posts
kelaparan la duk atas pokok...kencing kasi hancing la kebawah ape lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2013 03:28 PM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 8-7-2013 12:12 PM
masuk hutan berani...jumpa harimau takut...ni la dia puak2 aceh baka asal keturunan melayu utara ked ...

prtt..kedah lain..aceh lain..harap maklum
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2013 03:31 PM | Show all posts
the_killer posted on 8-7-2013 03:28 PM
prtt..kedah lain..aceh lain..harap maklum

kihkihkih...kenapa kedah ada yg muka mcm cina??? kenapa kedah sebut kau "ang" mcm bahasa minangkerbau sikit2...dan... dan...kenapa ada orang kedah dan perlis mengaku bahawa orng utara ni....ada....ada... susur galur dari aceh....dan ...dan...kenapa...dan kenapa....kat pineng ada tempat nama lebuh aceh...tempat aceh berlabuh barangkali...

ngahahahahahhaha

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 03:36 PM | Show all posts
oh kesiannye. Harimau malaya pandai main bola
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi V77
NadiabellaHanis Haizi V77
Views : 39456 Replies : 1109
Ahlan wa Sahlan, Ronaldo!
JoyahMengayahAhlan wa Sahlan, Ronaldo!
Views : 1687 Replies : 30
PMX kata kerajaan mungkin benarkan dwikewarganegaraan bagi menggalakkan  profesional Malaysia tinggal di luar negara menyumbang kepada pembangunan negara.Negara apa anda mahu jika terlaksana?
YgBenarPMX kata kerajaan mungkin benarkan dwike
Views : 1594 Replies : 35
Misteri Banglo terbiar di Bukit Segambut, tepi jalan Segambut Dalam - Mont Kiara
qqOfficialMisteri Banglo terbiar di Bukit Segambut
Views : 8786 Replies : 43
Ex-bini Cat Farish sudah kahwin daaa
kecepohEx-bini Cat Farish sudah kahwin daaa
Views : 57846 Replies : 241
[JTBC/Netflix 2023] BEHIND YOUR TOUCH - Han Ji Min, Lee Min Ki, Suho
Rahah[JTBC/Netflix 2023] BEHIND YOUR TOUCH -
Views : 4867 Replies : 137
Radzi Jidin nafi terbabit rasuah RM80 juta
JoyahMengayahRadzi Jidin nafi terbabit rasuah RM80 ju
Views : 805 Replies : 9
Bapa 11 anak, Muhammad Faiz Hashim tiada pilihan membeli beras sama ada harga naik atau tidak
YgBenarBapa 11 anak, Muhammad Faiz Hashim tiada
Views : 2439 Replies : 44
Benda boleh gaduh,buat apa bincang:Saya yakin kamu peliwat, saya yakin Tambun peliwat,” kata Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Radzi Jidin marah kepada PMX dalam Dewan Rakyat.
YgBenarBenda boleh gaduh,buat apa bincang:Saya
Views : 19480 Replies : 170
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 188304 Replies : 1225

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

24-9-2023 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.094751 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list