Pasangan pempengaruh yang ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan kes penyelewengan dana derma awam, disyaki sudah melakukan perbuatan itu sejak 2020. Sumber berkata, siasatan mendapati kutipan derma diseleweng apabila tidak disalurkan dengan cara yang betul. "Dianggarkan kutipan derma terbabit mencecah kira-kira RM3 juta dan siasatan masih di peringkat awal. "Pada masa sama, dua lagi suspek turut ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes sama," katanya. Keempat-empat suspek ditahan antara jam 6.30 petang hingga 11 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM. Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan pasangan suami isteri yang juga pempengaruh yang tular berhubung kes derma awam direman empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan. Turut direman, dua lagi lelaki iaitu pengarah dan pemegang saham terbesar platform kutipan derma berkait kes yang sama. Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin mengeluarkan perintah terhadap pasangan yang mencipta kontroversi berhubung masalah rumah tangga itu, selepas membenarkan permohonan daripada pihak SPRM. Sebelum ini, pempengaruh terbabit menerusi peguamnya menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah membabitkan dirinya seperti yang tular di media sosial baru-baru ini. Pasangan suami isteri itu turut menegaskan dia dan suami tidak pernah menggunakan wang itu untuk tujuan peribadi. Sumber : Harian Metro |
wikedsaikel replied at 11-7-2024 06:51 PM
2nd wife mana
azurro: Syarikat pengutip derma jaa.. ...
ADVERTISEMENT