CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Aduh Lagu Apa Ni, Syok Sendiri” – Lirik Mengarut, Karya Terbaru Wany Hasrita Dikritik Peminat

10-7-2024 09:03 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15683| Komen: 57


“Kembalikan zaman Menahan Rindu”, begitulah kritikan netizen terhadap karya terbaru penyanyi Wany Hasrita iaitu lagu berjudul Madu Dua.

Klip video pendek sedutan lagu tersebut dilihat telah dimuat naik satu akaun TikTok sekaligus mengundang kritikan netizen terutamanya peminat Wany di media sosial.

Kata netizen, lagu terbaharu Wany itu tidak menepati standard dan seolah-olah sekadar ‘tangkap muat’.


Ada juga peminat yang meminta Wany untuk mengekalkan genre lagu yang membuatkan dia terkenal di mata peminat.

"Pelik-peliklah lagu sekarang ni. Macam syok sendiri."


"Dulu tahun 90-an bapak aku pernah berkata, apa la lagu zaman sekarang, sekarang aku faham."

Sekadar info, Wany Hasrita pernah memenangani anugerah Penyanyi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke031 pada tahun 2018.

Wany juga pernah tercalon dalam peringkat akhir Anugerah Juara Lagu yang ke-32 menerusi single pertamanya, Menahan Rindu.

SUMBER : TikTok/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anilanil 10-7-2024 09:10 AM
Mohon akak wani focus ke lagu leman. Biar je la Floor 88 yg nyanyi lagu2 mcm ni.
Quote prince_marhaen 10-7-2024 09:12 AM
Wani Barista masih feeling2 BBNU
Quote lucky_peace 10-7-2024 09:14 AM
Lagu she yg i suka terlalu memuja, tu pon lepas dgn kak wann bawak dlm gv feelnya, terus minat lagu tu.
Quote Prickford 10-7-2024 09:23 AM
Dulu satu, sekarang dua, mungkin tiga?? Apo!
Quote taji2906 10-7-2024 09:28 AM
lagu sekarang asal boleh je. lirik takde feel, maksud tersurat tersirat ke takde, melodi ok la boleh terima lagi walaupun lemah jek.

kat TT lalu lagu fimie don tu.. adoiii macamtu je buat lagu, asal boleh pastu acah2 deep. bbnu kata macam lagu kokspin la.. puiiii
Quote SalenaGomez 10-7-2024 09:36 AM
taji2906 replied at 10-7-2024 09:28 AM
lagu sekarang asal boleh je. lirik takde feel, maksud tersurat tersirat ke takde, melodi ok la boleh ...

Setuju. SG hope sangat akan ada pencipta lagu & penulis lirik mcm M nasir. Lagu best, lirik ada meaning. Semua generasi boleh enjoy lagu beliau
Quote shark_eow7 10-7-2024 09:37 AM
adoii.. nanti bergema la lagu ni kt tiktok..
Quote razzia 10-7-2024 09:40 AM
suara i tak sedap tak payah nyanyi
Quote taji2906 10-7-2024 10:01 AM
SalenaGomez replied at 10-7-2024 09:36 AM
Setuju. SG hope sangat akan ada pencipta lagu & penulis lirik mcm M nasir. Lagu best, lirik ada me ...

M.Nasir lepas Loloq takde, dia pun menyepi je. Penulis lirik dulu2 yg hebat2 da takde, arwah Loloq, arwah JS Kevin, arwah Juwie. Imran Iman pun dah meninggal.


Saari Amri pun menyepi, LY, Baiduri, Habsah Hassan, Budi Hikayat. ramai yg hebat sepi je sekarang. yang tinggal budak2 baru yang  takde ilmu lebih dalam sastera mungkin.


Quote pembacagosip 10-7-2024 10:03 AM
dia menang bintang popular dulu pon mcm x logik
sendu amat
Quote Mamason 10-7-2024 10:04 AM
Prickford replied at 10-7-2024 09:23 AM
Dulu satu, sekarang dua, mungkin tiga?? Apo!

Hahahahah kaan?
Quote selipar_hijau 10-7-2024 11:58 AM
dik wani ni meminta minta pulak yer
Quote Mary_jane 10-7-2024 12:01 PM
Single untuk anak dia tu best.
Quote haruslah 10-7-2024 12:04 PM
Masa dgr, x sangka WH nyanyi lagu ni
Igtkn set2 lagu gadis ke ape tah nama group tu
Pun lagu mcm ni gak lebih kurang
Quote princessmiang 10-7-2024 12:38 PM
Wany booster ni xde identiti
Quote ashilalat 10-7-2024 01:10 PM
Edited by ashilalat at 10-7-2024 01:13 PM

Sekadar info, Wany Hasrita pernah memenangani anugerah Penyanyi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke031 pada tahun 2018.

Hello...penulis tak buat homework ke? Wany ialah bekas pemenang Bintang Paling Popular ABPBH, bukan setakat pemenang penyanyi wanita popular je .

Kedudukan wany setaraf kedudukan siti, aishah, ziana ye. Even ella, fauziah latiff, misha, sharifah aini, yuna, shilalat x sampai ke tahap wany

P/S - Lagu mendoakan dapat madu soon ke? Semoga doa dek wany pada tok lakinya termakbul. Aminnnn.
Quote fadz84 10-7-2024 01:18 PM
ashilalat replied at 10-7-2024 01:10 PM
Sekadar info, Wany Hasrita pernah memenangani anugerah Penyanyi Wanita Popular di Anugerah Bintang P ...

Undian booster blh la.. hehe.. jauh sgt cicir dik Wany ni kalau compare ngn Ella, FL sume tu wlpun dorg x mng gelaran Artis Paling Popular..
Quote ashilalat 10-7-2024 01:23 PM
fadz84 replied at 10-7-2024 01:18 PM
Undian booster blh la.. hehe.. jauh sgt cicir dik Wany ni kalau compare ngn Ella, FL sume tu wlpun ...

Hahaha..mcm mana org nafikan pon, nama dia dah tertulis kat situ, walaupon hakikatnya berbooster berfanclub bagai. Nama ella, fauziah latiff x pernah ada kat situ...

Quote Lolalala 10-7-2024 01:38 PM
anilanil replied at 10-7-2024 09:10 AM
Mohon akak wani focus ke lagu leman. Biar je la Floor 88 yg nyanyi lagu2 mcm ni.

Hahahaha iolls cari gak sape buat lagu. Achoi floor88 ke?  Dah bunyik lagu² dia je

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.070344 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top