Pelakon Hollywood, Tobey Maguire, 49, dikhabarkan sedang menjalin cinta dengan model Lily Chee, 20, yang memiliki darah kacukan Malaysia. Pasangan terbabit juga dilihat bersama menghadiri sebuah pesta anjuran jutawan Michael Rubin, baru-baru ini. Mencuri perhatian, hubungan itu menjadi perdebatan memandangkan jurang umur mereka yang sangat jauh selain Maguire terkenal sebagai kaki perempuan. Bagaimanapun, bekas isterinya Jennifer Meyer tampil mempertahan Maguire sebenarnya cuma menghulur bantuan kepada Lily sewaktu mereka dilihat bersama. Menurutnya, pelakon itu cuma membawa model berkenaan ke kereta dan dia adalah seorang lelaki yang budiman. "Sekarang dia dikecam di internet kerana bercinta dengan seseorang yang bukan kekasihnya. Tapi terima kasih atas komen biadap kamu," katanya. Terdahulu, foto Maguire merangkul Lily meninggalkan acara itu mencetuskan spekulasi mengenai status hubungan mereka.
Lily dilahirkan di Atlanta dan bapanya rakyat Malaysia manakala ibunya dari Scotland. Sementara pelakon dan penerbit dari Amerika Syarikat, Maguire mula aktif dalam dunia seni sejak 1989 terbabit dalam pelbagai drama dan filem antaranya Get Duked!, Babylon, Brothers, Wonder Boys, Spider-Man dan banyak lagi. Sumber : Harian Metro |
BoongaKertas replied at 10-7-2024 09:55 AM
x sangka mamat ni player. muka nerd cenggitu.
delia3003 replied at 10-7-2024 01:00 PM
Dah tua makin menggatal, cari pucuk muda baya anak, ikut perangai Leo, best friend. Geli.
delia3003 replied at 10-7-2024 09:00 PM
Dah tua makin menggatal, cari pucuk muda baya anak, ikut perangai Leo, best friend. Geli.
BoongaKertas replied at 10-7-2024 09:55 AM
x sangka mamat ni player. muka nerd cenggitu.
anony-mous replied at 17-9-2024 04:46 PM
Iols pon x sangka he kaki prempuan sbb jarang keluar gosip plus muka inesen baik jah
ADVERTISEMENT