CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Rusuk Kiri Saya Macam Mencucuk”- Datin Alyah Terpaksa Pulang Awal Ke Malaysia Dari Mengerjakan Haji

9-7-2024 08:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16904| Komen: 27


Penyanyi terkenal, Datin Alyah, yang sepatutnya pulang dari mengerjakan haji pada 17 Julai ini, terpaksa pulang lebih awal ke tanah air akibat masalah kesihatan yang dialaminya.

Alyah, yang berangkat ke Makkah pada 12 Jun lalu untuk menunaikan ibadah haji, tiba di Malaysia kelmarin dan kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, Selangor.



Alyah berkongsi melalui Instagram Story mengenai keputusan untuk pulang lebih awal. Menurutnya, batuk yang dialaminya tidak hilang selama hampir dua minggu, dan setiap kali batuk, rusuk kirinya terasa seperti dicucuk.

“Saya buat keputusan balik ke Malaysia pada 4 Julai walaupun sepatutnya saya pulang pada 17 Julai ini. Batuk saya tak hilang-hilang hampir dua minggu dan setiap kali batuk, rusuk kiri saya macam mencucuk.

Doktor bekalkan ubat tahan sakit sepanjang penerbangan pulang dan mendapatkan rawatan sejurus tiba di tanah air,” kata Alyah dalam perkongsian tersebut.

Alyah juga memohon maaf kepada semua pihak yang cuba menghubunginya tetapi tidak mendapat respon.

“Sekarang saya ditahan di hospital. Pada sesiapa yang menelefon atau menghantar WhatsApp, saya minta maaf banyak-banyak. Mohon doakan saya harap pagi ini keputusan x-ray dan darah saya tidak ada apa-apa,” ujarnya.



Berita mengenai keadaan kesihatan Alyah ini pastinya mengejutkan peminat dan orang ramai yang sentiasa mengikuti perkembangannya. Ramai yang mendoakan agar Alyah cepat sembuh dan kembali sihat seperti sediakala.

Dengan ujian kesihatan yang dihadapinya, Alyah menunjukkan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi cabaran ini. Semoga segala rawatan yang dijalani oleh Alyah membawa hasil yang positif dan beliau segera pulih.

Sumber : Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ytee 9-7-2024 11:22 AM
Semoga cepat sembuh
Quote noor2 9-7-2024 11:27 AM
Muka mcm kusam...mungkin jangkitan kuman dlm darah. Sb akak dulu jangkitan kuman dlm darah kulit jadi kusam. Nak bernafas sakit ngilu dada  . Moga cepat sembuh.
Quote doubleA 9-7-2024 12:09 PM
Gws hajjah tinlyah
Quote ira_229 9-7-2024 12:17 PM
noor2 replied at 9-7-2024 11:27 AM
Muka mcm kusam...mungkin jangkitan kuman dlm darah. Sb akak dulu jangkitan kuman dlm darah kulit jad ...

semasa sy buat umrah doctor nasihatkan supaya ambil meningitis & influenza vaccines alhamdulillah sakit tetap sakit tapi taklah teruk..sakit lepas ambil ice-cream panas buta dengan makan strawberries yg jual kat jalan..Peringatan hati2 kalau beli makanan yg jual kat tepi2 jalan bila berziarah. Immune system kita tak sama dengan mereka2 yg lebih kuat..

Mujur dia dah lepas buat haji..
Quote intan_smsb 9-7-2024 12:41 PM
ramai komen kata mcm tb sbb ade jg dpt simpton yg sma lps balik dr mekah
Quote TeropongThaico 9-7-2024 01:15 PM
Moga cepat sembuh
Mmg cuaca sana extreme sikit kan tahun ni
Quote hokeypokey 9-7-2024 01:24 PM
laki tua duk umah jaga anak ye..
Quote noor2 9-7-2024 01:39 PM
ira_229 replied at 9-7-2024 12:17 PM
semasa sy buat umrah doctor nasihatkan supaya ambil meningitis & influenza vaccines alhamdulillah s ...

Hanya kat Malaysia je kita yakin kebersihan ..kan?...negara mcm indon lagi la
Quote Itzy 9-7-2024 01:58 PM
Salah satu cara Allah nak hapuskan dosa umat islam yang beriman ialah dengan mendatangkan penyakit. Semoga alyah cepat sembuh dan sihat seperti sediakala.
Quote kuyu 9-7-2024 02:21 PM
Hopefully bukan sebab bariatric surgery
Quote Bungatulip1171 9-7-2024 03:05 PM
Semoga cepat sembuh
Quote pocongkiutss 9-7-2024 03:06 PM
kuyu replied at 9-7-2024 02:21 PM
Hopefully bukan sebab bariatric surgery

Bila dia buat ye? Padahal dia kira taklah obese kan..bahaya tu
Quote christmaseve 9-7-2024 03:11 PM
Edited by christmaseve at 9-7-2024 03:19 PM

Semoga diberikan kesembuhan. Diberi rezeki jejak kaki ke tanah suci dan diberi dugaan kesihatan ketika di sana. Allah sebaik baik pengharapan. Semoga sakit menjadi asbab menghapus dosa
Quote ct_earn 9-7-2024 05:37 PM
Syafakillah Datin...
Quote Lavender_Violet 9-7-2024 05:41 PM
kuyu replied at 9-7-2024 02:21 PM
Hopefully bukan sebab bariatric surgery

Seriau dengar ni
Quote imanjannah 9-7-2024 05:49 PM
semoga cepat sembuh
Quote annadonna 9-7-2024 05:53 PM
hokeypokey replied at 9-7-2024 01:24 PM
laki tua duk umah jaga anak ye..

Dia dah haji
Quote hokeypokey 9-7-2024 06:10 PM
annadonna replied at 9-7-2024 05:53 PM
Dia dah haji

patut la duk umah jaga anak kecik.. bagi laluan kt bini nk beribadah
Quote lucky_peace 9-7-2024 07:52 PM
Semoga cepat sembuh tin.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.046076 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top