CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gaji RM4,000 Dah Sangkut ‘Loan’ Honda Civic, Lelaki Kesal Kerana Mahu Dihormati Rakan – “Saya Ingat Saya Mampu..”

8-7-2024 09:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 30247| Komen: 68



Seorang lelaki meluahkan rasa kesal apabila tindakannya membeli kereta Honda Civic baru berakhir tragedi apabila dia tidak mampu menampung kehidupan sementara menunggu gaji.

Lelaki itu yang memperoleh gaji RM4,000 sebulan dan bekerja di sektor swasta mengakui keputusannya membeli kereta Honda Civic berkenaan adalah satu keputusan yang tidak matang dan terburu-buru.

Pada fikirannya, jika dia mempunyai kereta jenis itu, rakan-rakannya akan memandang dirinya dengan lebih hormat dan dianggap kaya.


"Selepas saya membeli kereta tersebut, saya sedar saya tidak mampu untuk menampung hutang bulanan yang lain."


Selain membayar insurans kereta, lelaki itu perlu juga menanggung cukai jalan, servis, sewa rumah, yuran parkir, insurans peribadi , tol dan makanan harian.

"Ada kalanya bila saya tidak dapat bayar, saya gunakan kad kredit untuk menampung perbelanjaan bulanan. Saya rasa keputusan itu adalah salah kerana ia memaksa saya untuk menyusun semula hutang saya."

Sangat penting untuk seseorang itu memahami beban kewangan yang perlu ditanggun sebelum memiliki sesuatu aset atau liabiti seperti kereta dengan pendapatan yang diperoleh setiap bulan.

SUMBER : Harian Metro/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote honam 8-7-2024 10:14 AM
thread dah ada la
Quote kaedahnya 8-7-2024 10:14 AM
jual la balik dik. cari kereta mur mur.
Quote laksmanabentan 8-7-2024 10:47 AM
kaedahnya replied at 8-7-2024 10:14 AM
jual la balik dik. cari kereta mur mur.

uikkk... gengsi laa uoollsss..
malu la kalau down grade kannn...
Quote damian_lee 8-7-2024 11:18 AM
macam mana boleh berani loan civic dengan gaji 4k je????

ramai gaji 5 figures pun masih fikir banyak kali nak bercivic
Quote Radzor 8-7-2024 11:43 AM
Buat silap awal usia ok. Jadi pengajaran. Jgn jadi mcm pakcik habeskan kwsp 700000 3 tahun tu
Quote Tinot7 8-7-2024 11:52 AM
Gaji ciput tapi napesu besaq
Quote Tinot7 8-7-2024 11:52 AM
Biaq papa asal bergaya
Quote Nnasda53 8-7-2024 11:55 AM
Nyesal pun tak guna hadap je la.
Quote Perawankota 8-7-2024 12:37 PM
Budak2 skang, gaji 2000. Loan kereta je 700..
Quote Goodluckdontcry 8-7-2024 12:46 PM
Itulah bila ego dan takde rs merendah diri..org skrg berkejar sungguh nak jd kaya, nampak kaya walau hakikatnya nan hado...so terima lah nasib yg ko cipta sendiri...
Quote ninja boy 8-7-2024 12:55 PM
4000 hanya boleh axia jah
Quote Thunderclouds 8-7-2024 01:41 PM
4k aku berani pakai p2 jah.
6k pn tetap beli p2.
Aku tanak belanja besar utk keta.
Function utk bwk aku point a to point b.
Takdan nk membongak, hidup ni keras.
Quote sfrnna 8-7-2024 01:43 PM
Agak2 4k tu boleh beli axia, saga, bezza jah. Tu je le kalau duduk KL. Ko masuk salah circle la nak kena pakai civic baru rasa ada status..
Quote bebulu 8-7-2024 01:57 PM
Ku setia dengan my king of the road. Banyak jasa bawa aku demi mencari rezeki.
Masa adik tukar kereta, mak aku pun dok acum aku suruh tukar kereta baru. Hak alah. Aku senang je jawab , kalau tukar kereta baru (bersaing dengan kereta adik) , tak dapat la nak bagi mak duit bulan2 nanti sambil jelaskan kos2 lain yang nak ditanggung bila pakai kereta baru yang lagi bergaya dari King kononnya.
Quote noor2 8-7-2024 01:59 PM
Mcm ni jugakla anak sedara aku...nafsu beso..keja pun x tentu secure..yela lainla keja gomen..
Quote airmineral 8-7-2024 02:28 PM
Mau bulan² dlm1.2k juga kan kalau loan 9 tahun atau lebih?
Quote kotakbaju 8-7-2024 02:37 PM
bebulu replied at 8-7-2024 01:57 PM
Ku setia dengan my king of the road. Banyak jasa bawa aku demi mencari rezeki.
Masa adik tukar kere ...

Pastu mak uol kata apa
Quote green~tea 8-7-2024 02:47 PM
Edited by green~tea at 8-7-2024 02:48 PM

Masa aku kat uni 20 yrs ago.. aku ada attend this adjunct lecture on financial management

Tak kira gaji ko berapa, tp rule of thumb bila nak beli  kereta mesti lah installment less than 10% gaji

Kalo budak ni gaji  4k... cari le keta installment less 400 hengget

Bersepah kot kat tiktok kasi nasihat kewangan
Quote plywood 8-7-2024 03:04 PM
Dengar cakap orang sehingga boleh menyebabkan kita hidup terikat dengan pengiktirafan orang adalah perkara malang.

"Woah pakai civic, hebatlah kau" .. kemaruk sgt pujian ssampai huruhara kehidupan

Bila dah besar, diri sendirilah yang lebih tahu bagaimana nak manage kehidupan sendiri sepatutnya. Belanja berdasarkan berapa pendapatan tu... tu jer simple guidancenya pun.

Perkara lain diluar kemampuan diri abaikan.. skrng, kesilapan spt diatas, orang akan lihat sebagai satu kebodohan.. 'bodohlah kau pakai civic" ..

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.063348 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top