CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Air ‘mengarut’ RM89 kegilaan kanak-kanak

5-7-2024 11:04 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9920| Komen: 69

Description: PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita yang sanggup membelikan anaknya air minuman jenama dari negara Barat berharga RM89 mendapat perhatian orang ramai.

PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita yang sanggup membelikan anaknya air minuman jenama dari negara Barat berharga RM89 mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi perkongsian video oleh @mhmmdhsm di laman X, mereka membeli air tersebut daripada mesin automatik atau gedegang diikuti dengan satu bungkusan bar coklat dengan harga RM55.

Berdasarkan rakaman, rata-rata harga air minuman dalam botol dan makanan ringan yang dipaparkan pada mesin itu dalam lingkungan RM10 ke RM90.

Selain itu, wanita berkenaan turut meluahkan rasa kecewa apabila promosi beli satu, percuma satu tidak dapat diterima kerana sebotol lagi tersekat dan tidak dapat dikeluarkan dari mesin tersebut.


Meninjau ke ruang komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi.

“Air minuman bertenaga ini dari pengeluar Barat. Harga mahal sebab jenama dan shipping (penghantaran). Mereka tiada kilang pembuatan di Asia Tenggara untuk kurangkan kos dan jual murah,” komen @dauss.

“Tak ada yang istimewa pun, janganlah beli dengan harga mengarut. Di UK, beli 6 botol baru RM12 waktu promosi. Rasa macam air manis biasa saja, baik beli ‘slurpee’ di 7E,” komen @kent230518.

“Sudahlah mahal, berapa banyak gula dalam botol tu. Saya tak faham kenapa masih nak belikan untuk anak. Bukan isu ‘jangan kedekut dengan anak’ tapi masalahnya air itu tak sesuai untuk budak-budak,” komen @yanizainal. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tiggybiru 6-7-2024 01:06 AM
Kuasa membeli masih di tangan mak bapak kan?hg yg akan bayar kat cashier nnt kan..so hg juga boleh kata tidak utk bayar coklat rm30 dan air rm89 tu
Quote kenanga00 6-7-2024 05:00 AM
Air apa ni???
Quote yoppoy 6-7-2024 05:16 AM
Napa mak pak sama naik pilih untuk menjadi tak cerdik?
Jap lagi air rege lapan ribu pun menonong je la belikan
Sebab apa?
Sebab anak mintak
Quote Thunderclouds 6-7-2024 06:13 AM
Product logan paul nehh..
Prime hydration drink.
P la gugel sendri.
Quote Perawankota 6-7-2024 06:49 AM
Tgk kt shopee pon paling murah pon almost rm30.. apa yg bagus sgt air ni?
Quote Rogue98 6-7-2024 06:59 AM
Mak bapak bodoh camni lah...
Quote syamzana 6-7-2024 07:13 AM
dah buat news pasal air mahal ni, pasaipe blurr plak??
satu hal plak nak kene gugel

dah mak dia berduit, lantak la nak beli air beribu hengget pun. yg tak berduit mingir ke tepi
Quote Jitu 6-7-2024 07:23 AM
manjakan kan la sangat budak tu
nnt naik lemak
Quote shernazz 6-7-2024 08:20 AM
Air ape ni?
Adoi...
Iols tak ikut trend so tak tau air apa
Quote dubuk 6-7-2024 08:49 AM
air lap yu
Quote Samerosie 6-7-2024 08:58 AM
shernazz replied at 6-7-2024 08:20 AM
Air ape ni?
Adoi...
Iols tak ikut trend so tak tau air apa

Energy drink kan.. Takanlah mak budak ni tak tau.  Kalau gatorade tu ok lagi. Ke saja nak membongak beli anak drink mahal?
Quote bitterchoc 6-7-2024 09:13 AM

Energy drink?? Hah, meh sini aiols buatkan air kopi kawkaw. Lepas tu gerenti sinaps otak lightspeed dan rasa nak sprinting macam usain bolt.
Quote Prickford 6-7-2024 09:25 AM
Yg blurkan gambar kenapa? Tanak promote la konon2? Minum jelah air Coke. Air gini minum bayar mahal2, bukan ada tukang hidang pon.


61 mX5Dy5SL._SL1080_.jpg Air kencing logan paul.jpg

Quote MissVixen 6-7-2024 09:40 AM
Eeuwww. Caprutnya. Air logan paul tu je kot. Jijik
Quote Firenzza 6-7-2024 09:57 AM
Ada halal jakim ke?
Quote aechae 6-7-2024 10:05 AM
Firenzza replied at 6-7-2024 09:57 AM
Ada halal jakim ke?

Halal jakim msti lh xda sbb origin dr negara lain.
Halal dr negara pengeluarlh sepatutnya ada
Quote Firenzza 6-7-2024 10:17 AM
aechae replied at 6-7-2024 10:05 AM
Halal jakim msti lh xda sbb origin dr negara lain.
Halal dr negara pengeluarlh sepatutnya ada

Baik suh parents tu beli redbull ada halal cert, togok byk2 dpt free kencing manis
Quote aechae 6-7-2024 11:59 AM
Firenzza replied at 6-7-2024 10:17 AM
Baik suh parents tu beli redbull ada halal cert, togok byk2 dpt free kencing manis

Yg betulnya kanak2 x wajar pn minum air manis gini… coke sprite yg murah pn mak bapak patut kawal xkisah lh kaya byk duit mna pn.. budak2 perlu energy drink nk buat apa? Bkn keja angkat batu pn, homework pn blum tntu rajin nk buat hohohooo

Pastu muda2 kena sakit mcm2 salahkn vaksin tiberrr
Quote DawnAngeliCa 6-7-2024 12:02 PM
Air ni levelnya sama mcm 100plus. Nothing special pun. Husb beli kt london bwk balik utk anak sbb dok sibuk prime prime prime. Bila dh minum, dia x sebut dah . Kt sini tgk harga dia dekat rm60 sebotol. Apoo. Mmg xde laa nk beli dh.

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-7-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.057632 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top