Tindakan spontan usahawan, Datuk Red atau Datuk Seri Adnan mengucup kepala bekas isteri, Adira Suhaimi ketika siaran langsung di TikTok mengundang kecaman ramai. Memetik mStar Online, Adira berkata sedar dengan kecaman itu bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dan mereka yang menonton live berkenaan boleh melihat reaksi wajahnya. “Saya rasa semua orang boleh nampak reaksi saya itu tapi kalau boleh saya tak nak komen apa-apa mengenai perkara ini. Saya enggan memanaskan perkara itu kerana ia tak mendatangkan faedah pun kepada saya,” katanya. Sementara itu, Adira berkata niatnya hanya mahu membantu bekas suaminya itu dalam perniagaan online dan enggan mengulas apabila ditanya sama ada dia menetapkan syarat kepada Datuk Red agar tidak berlaku kejadian sama.
“Itu pun saya tak nak komen sebab niat asal saya cuma nak membantu saja,” katanya. Terdahulu, Adira dan Datuk Red sah bercerai talak satu pada 24 April lalu selepas 9 tahun mendirikan rumah tangga. SUMBER: mStar Online/Rotikaya |
pearl.silver replied at 8-7-2024 10:18 AM
Ni sbb i agk was2 kapel yg dah serai tp still baik
Laki masih dtg bertandang umh janda
Mkn minum kt ...
noor2: Dah elok2 baik mintak cerai... ...
kmbg replied at 8-7-2024 11:52 AM
Demi content ke kaedahnya?nk jd bini no 1 plak ke si sumandak Sabah ni
hokeypokey replied at 8-7-2024 12:25 PM
tu anak sulung diaorg ke???
Shayang replied at 8-7-2024 01:12 PM
Anak sulong tok red tp bukan ngn adira la
hokeypokey replied at 8-7-2024 01:21 PM
anak datin red ke
ADVERTISEMENT