CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Mengarut! Kalau Betul Saya Sakit Mesti Media Sudah Laporkan’ - Tak Pernah Derita Arthritis, Sheila Majid Buru Pemfitnah

5-7-2024 11:00 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5167| Komen: 11


BENGANG namanya sekali lagi dipergunakan untuk penyebaran iklan kononnya pernah menderita arthritis atau radang sendi, penyanyi Datuk Sheila Majid tampil menyelar tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu.

Ujar Sheila atau nama sebenarnya Shaheila Abdul Majid, 59, paparan berita palsu yang menggunakan nama media tertentu itu juga merepek apabila menyatakan dia terpaksa berkerusi roda akibat penyakit tersebut.

Memang mengarut, berita ini tidak benar. Lima tahun lalu, saya sibuk dengan kerja dan melancong sebelum fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Kalau benar saya menderita penyakit ini, tentu media tempatan sudah menyiarkan berita ini lima tahun lalu. Kenapa baru sekarang,” tulisnya dalam Instagram.

Melalui perkongsian sama, Ratu Jazz itu juga mempersoalkan tindakan pelaku yang sanggup mempergunakan namanya demi mengaut keuntungan secara mudah.


Kenapa perlu menipu semata-mata mahu melariskan produk? Adakah anda tidak mempunyai keyakinan hingga terpaksa mengaitkan nama saya demi menjual produk?

“Produk anda palsu, sama dengan artikel ditulis,” luahnya merujuk keratan berita yang disertakan dalam hantaran itu.

Sheila menegaskan tidak akan berdiam diri, sebaliknya akan memburu dalang yang didakwa dilakukan individu sama dan pernah memfitnahnya sebelum ini.

Saya sedang mencari pelaku yang sebelum ini pernah menuduh saya menggunakan produk pelangsing badan, namun kenyataan mereka tidak disertakan bukti.

“Sehingga kini saya masih gagal mengesan sumber terbabit. Mereka tahu cara untuk manipulasi situasi dan menyembunyikan diri.

Saya mohon Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bantu saya mengesan mereka supaya tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas mereka,” katanya.


Sebelum ini nama Sheila juga pernah ‘dijaja’ dalam laman sosial kononnya dia meninggalkan dunia hiburan selepas pembabitan dengan satu jenama memberi keuntungan lumayan. 

Sumber – HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 5-7-2024 11:16 PM
Anak sulung sheols masih menyanyikah? Suara tak sedap

Quote I.K.A888990 5-7-2024 11:48 PM
berani jgk yg buat ni siap guna logo malaysiakini lagi
Quote DARSITA 6-7-2024 03:16 AM
Aii pernah tgk interview dia .. seronok dengar dia bercerita. Kiranya pandai bercakap la tak mcm acik Ogy mengeletis mcm bbu
Quote hokeypokey 7-7-2024 01:34 AM
hai acik sheila
Quote fadz84 7-7-2024 10:11 AM
sharlenetexas replied at 5-7-2024 11:16 PM
Anak sulung sheols masih menyanyikah? Suara tak sedap

Masih je.. kayda tu lbh pada rapping bknlah menyanyi sgt hehehe
Quote notfound 7-7-2024 03:41 PM
Cerita tak sahih. Kesian Sheila
Quote notfound 7-7-2024 03:41 PM
Kesian Sheila
Quote hyie 7-7-2024 09:46 PM
tipah tertipu bang tipah tertipu (pekup muka)
Quote DeLuna85 8-7-2024 05:38 AM
Byk je tgk org share post2 bodoh mcmni dekat fb. Artis tu la meninggal artis ni la meninggal.
Quote cm_vungtau 8-7-2024 07:06 AM
Dia ni rileks je buat rambut gaya flat head camtu. Aku rasa tak semua orang boleh buat gaya gitu. Gaya sikat tengah pastu flat head
Quote bioessence 8-7-2024 07:54 AM
Muka makin tua makin jawa

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.267525 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top