London: Manchester United didakwa 'tidak menghormati' Cristiano Ronaldo selepas dia gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika menentang Slovenia pada Euro 2024. Ronaldo mensia-siakan peluang untuk meraih gol pertama dalam kejohanan itu selepas sepakan penaltinya pada masa tambahan diselamatkan oleh Jan Oblak. Ronaldo bagaimanapun menebus kegagalan itu apabila menyempurnakan tugasnya dengan baik ketika perlawanan terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti. Dia mengambil penalti pertama Portugal ketika penentuan sepakan penalti dan kali ini disempurnakan dengan baik. Pemain Man United, Bruno Fernandes dan pemain Manchester City, Bernardo Silva, kemudiannya masing-masing menyempurnakan sepakan penalti dengan baik untuk Portugal menang dengan keputusan 3-0 selepas Diogo Costa menyelamatkan ketiga-tiga sepakan penalti Slovenia.
Fernandes tenang menyempurnakan sepakan penalti dan United pantas memuji pemain itu. Tetapi, dengan berbuat demikian, peminat Ronaldo menganggap kelab itu 'tidak menghormati' pemenang Ballon d'Or lima kali itu. Man United menyiarkan imej Fernandes disertakan dengan kapsyen: "Bruno Fernandes tahu bagaimana hendak menjaringkan penalti ketika detik penting." Tetapi penyokong Ronaldo menyelar tindakan yang dianggap tidak menghormati bintang Portugal itu. Seorang pengguna X menulis: "Jangan tidak menghormati legenda kami." Tweet kedua: "Tiada dibenarkan memfitnah Ronaldo. Saya peminat Man United sejak 2006 dan Ronaldo membuatkan saya jatuh cinta dengan kelab ini." Sumber : Harian Metro |
supernaturalee replied at 4-7-2024 10:57 AM
genapkan 40 baru bersara
ADVERTISEMENT