CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11739|Reply: 5

Man United diselar tak hormat Cristiano Ronaldo - "Tiada dibenarkan memfitnah Ronaldo. Saya peminat Man United sejak 2006"

[Copy link]
Post time 4-7-2024 08:19 AM | Show all posts |Read mode




London: Manchester United didakwa 'tidak menghormati' Cristiano Ronaldo selepas dia gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika menentang Slovenia pada Euro 2024.


Ronaldo mensia-siakan peluang untuk meraih gol pertama dalam kejohanan itu selepas sepakan penaltinya pada masa tambahan diselamatkan oleh Jan Oblak.


Ronaldo bagaimanapun menebus kegagalan itu apabila menyempurnakan tugasnya dengan baik ketika perlawanan terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.


Dia mengambil penalti pertama Portugal ketika penentuan sepakan penalti dan kali ini disempurnakan dengan baik.


Pemain Man United, Bruno Fernandes dan pemain Manchester City, Bernardo Silva, kemudiannya masing-masing menyempurnakan sepakan penalti dengan baik untuk Portugal menang dengan keputusan 3-0 selepas Diogo Costa menyelamatkan ketiga-tiga sepakan penalti Slovenia.


Fernandes tenang menyempurnakan sepakan penalti dan United pantas memuji pemain itu.


Tetapi, dengan berbuat demikian, peminat Ronaldo menganggap kelab itu 'tidak menghormati' pemenang Ballon d'Or lima kali itu.


Man United menyiarkan imej Fernandes disertakan dengan kapsyen: "Bruno Fernandes tahu bagaimana hendak menjaringkan penalti ketika detik penting."


Tetapi penyokong Ronaldo menyelar tindakan yang dianggap tidak menghormati bintang Portugal itu.


Seorang pengguna X menulis: "Jangan tidak menghormati legenda kami."


Tweet kedua: "Tiada dibenarkan memfitnah Ronaldo. Saya peminat Man United sejak 2006 dan Ronaldo membuatkan saya jatuh cinta dengan kelab ini."


Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2024 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
yalah.. CR pun manusia juga. hukhukhuk... tanda2 CR kena bersara dh tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2024 10:57 AM | Show all posts
genapkan 40 baru bersara


olimpik di paris heols beraksi lg la kan
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2024 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
sensitip btul peminat2 bola ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2024 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 4-7-2024 10:57 AM
genapkan 40 baru bersara



Bola olimpik xhantar squad senior
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2024 02:35 PM | Show all posts
Ngefan sejak 2006 pun nak kecoh...iols lagi lama..sejak zaman...eh kantoi umo kang..ehek ehek.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.225795 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list