CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kaji semula dasar, prosedur bantuan kecemasan

2-7-2024 11:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 22980| Komen: 9

Description: KUALA LUMPUR: Persekutuan Badminton Dunia (BWF) akan mengkaji semula secara menyeluruh dasar dan prosedur berhubung bantuan kecemasan susulan kematian tragis pemain badminton remaja China, Zhang Zhi J ...


KUALA LUMPUR: Persekutuan Badminton Dunia (BWF) akan mengkaji semula secara menyeluruh dasar dan prosedur berhubung bantuan kecemasan susulan kematian tragis pemain badminton remaja China, Zhang Zhi Jie.

Zhi Jie secara tiba-tiba rebah di gelanggang ketika aksi menentang pemain Jepun, Kazuma Kawano dalam Kejohanan Badminton Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, kelmarin.

Pemain berusia 17 tahun itu menerima bantuan kecemasan daripada pasukan perubatan kejohanan di gelanggang sebelum dikejarkan ke hospital.

Dia kemudiannya disahkan meninggal dunia pada jam 11.20 malam kelmarin akibat serangan jantung.

Susulan insiden malang itu, tular rakaman video perlawanan yang menunjukkan pasukan perubatan lambat untuk memberikan bantuan kecemasan sejurus pemain itu rebah di gelanggang.

Bagaimanapun, jurucakap Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI), Bruto Happy ketika sidang media semalam mempertahankan tindakan pasukan perubatan apabila menjelaskan mereka perlu menunggu kebenaran daripada pengadil sebelum boleh memasuki gelanggang.


BWF dalam satu kenyataan, hari ini, berkata badan induk itu akan mengambil semua langkah yang perlu bagi mengkaji semula prosedur bantuan kecemasan bersama Badminton Asia dan PBSI.

"BWF sedang menunggu laporan rasmi daripada Badminton Asia dan Jawatankuasa Penganjur untuk mengkaji sama ada prosedur perubatan yang betul diikuti dalam memberikan bantuan kecemasan kepada Zhang apabila dia rebah di gelanggang," kata kenyataan BWF.

"Menurut garis panduan, doktor kejohanan di atas arahan pengadil bertanggungjawab untuk bertindak terhadap situasi kecemasan di gelanggang termasuk serangan jantung dan dalam senario ini perlu memberikan bantuan kecemasan sehingga perkhidmatan perubatan yang betul boleh disediakan.

"Apabila melaksanakan garis panduan ini, ia ditekankan bahawa semua kakitangan perlu bersedia pada setiap masa untuk bertindak memberikan bantuan perubatan yang diperlukan secepat mungkin.

"Selepas penilaian kami selesai, kami akan menentukan sama ada aspek tertentu dalam garis panduan perlu diubah."

Kejohanan Badminton Remaja Asia berada di bawah bidang kuasa Badminton Asia tetapi BWF mempunyai garis panduan dan arahan perubatan secara keseluruhan yang boleh digunakan oleh badan pengelola lain (serantau atau kebangsaan) yang menganjurkan kejohanan yang diiktiraf oleh BWF.

Bagaimanapun, terpulang kepada setiap badan pengelola untuk menentukan cara ia melaksanakan protokol dan amalan perubatan di tempat kejadian semasa kejohanan dianjurkan.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 3-7-2024 08:06 AM
Nak tanya, bole ke mak bapak mendiang ni saman pihak yang berkaitan sbb lambat ambik tindakan yg sewajarnya?
Quote BoongaKertas 3-7-2024 08:22 AM
boleh jer saman ni. cuma nak kena buktikan kecuaian dr segala sop & team perubatan tu susah sikit lah meols rasa.
Quote Kakalongmu 3-7-2024 08:22 AM
Apa punya bangang la. Dah nampak orang tu menggelupur boleh la pulak toleh kiri kanan tunggu arahan. Hopefully parents mendiang saman kaw2 penganjur. Bodoh yahamat
Quote airmineral 3-7-2024 12:21 PM
pengadil pun kena cakna isu kecemasan kesihatan yg camni ya
tp perawat mesti tau benda yg jadi ni very kritikal
Quote bbasir 3-7-2024 12:23 PM
tunggu pengadil? apa bodohnya.... medic team ni harus tau keadaan seseorang tu... kalau well experienced medic... dia akan tau org tu perlukan bantuan ke tak... nonsense!
Quote ulamalu 3-7-2024 01:22 PM
Medic team patut dash out dan berikan bantuan medical dah tengok player on court mcm tu.  Peduli apa pengadil bagi permission ke tak.  Nyawa lg penting, x pyh takut kena saman x ikut peraturan.
Quote grouper 3-7-2024 01:28 PM
Mana ada bantuan pun rasanya..klau betul doktor terlatih ada kat situ dia mesti dah wat cpr dah sebelum hantar p hospital..
Quote Bungatulip1171 3-7-2024 03:31 PM
Biasalah benda dah berlaku baru kita nk bertindak..kita terlepas pandang hal ini..mgkn sebab dia jarang atau x pernah berlaku
Quote Ytee 5-7-2024 05:27 PM
Bungatulip1171: Biasalah benda dah berlaku baru kita nk bertindak..kita terlepas pandang hal ini..mgkn sebab dia jarang atau x pernah berlaku
kannn

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.051216 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top