CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gerai Durian Beri Percuma Musang King, Udang Merah Seberat 1,000 Kilogram Bernilai RM52,192

1-7-2024 07:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7525| Komen: 7

Description: SINGAPURA – Sebuah gerai durian di Hougang, Singapura memberikan secara percuma sejumlah Musang King dari Pahang dan variety lain seberat 1,000 kilogram bernilai S$15,000 (RM52,192) kepada orang ram ...


SINGAPURA – Sebuah gerai durian di Hougang, Singapura memberikan secara percuma sejumlah Musang King dari Pahang dan variety lain seberat 1,000 kilogram bernilai S$15,000 (RM52,192)  kepada orang ramai, lapor portal berita asiaone semalam.

Pemberian durian itu berlangsung selama dua setengah jam baru-baru ini,  selepas buah itu ‘licin’ diberikan kepada orang ramai yang beratur untuk mendapatkannya, lapor akhbar Shin Min Daily News.

Sebelum ini, gerai sama dilaporkan akan menjual durian premium Musang King atau Mao Shan Wang pada harga S$5 (RM17.39) sebiji, maksimum dua biji bagi setiap pelanggan warga emas yang merupakan Generasi Perintis dan pemegang kad Skim Bantuan Kesihatan Komuniti.

Namun, pemilik gerai menukar rancangan apabila mengumumkan akan memberikan sebiji durian bersama sebotol air minuman kepada  setiap warga emas berkenaan yang tergolong dalam Generasi Merdeka.


Pemilik gerai itu, Stella Soh, 51, memberitahu bahawa jumlah kos pemberian itu ialah S$15,000 dengan jenis durian terdiri daripada Udang Merah dari Johor serta Musang King dari Pahang.

“Kami berharap melalui acara ini, kami dapat menyebarkan kegembiraan kepada mereka yang mungkin tidak mempunyai kemewahan untuk membeli durian dalam masa yang mencabar ini,” katanya.

Tambah Soh, ini adalah kali pertama dia memberikan durian secara percuma. – AGENSI

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote QueenGambit 1-7-2024 08:31 PM
Sedekah durian..yummy !!
Quote Neno90 2-7-2024 05:33 PM
Uish...beratur panjang
Quote supernaturalee 2-7-2024 05:44 PM
x nmpk plk boyan dlm gmbr tu
Quote matabiru500 2-7-2024 06:30 PM
Nampak Apek beratur rupa macam golongan yang kurang kemampuan..
Quote bebulu 2-7-2024 07:08 PM
Wow uncle tu manyak berani pakai baju hijau neon
Quote alesandra 2-7-2024 07:11 PM
Bestnyer  durian udang merah.dah lama x mkn
Quote haruslah 2-7-2024 07:25 PM
Masa ni kat kebun durian/kedai durian muncul la kawan2 lama....politician....abam2 enforcement

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.039491 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top