CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7558|Reply: 7

Gerai Durian Beri Percuma Musang King, Udang Merah Seberat 1,000 Kilogram Bernilai RM52,192

[Copy link]
Post time 1-7-2024 07:26 PM | Show all posts |Read mode






SINGAPURA – Sebuah gerai durian di Hougang, Singapura memberikan secara percuma sejumlah Musang King dari Pahang dan variety lain seberat 1,000 kilogram bernilai S$15,000 (RM52,192)  kepada orang ramai, lapor portal berita asiaone semalam.


Pemberian durian itu berlangsung selama dua setengah jam baru-baru ini,  selepas buah itu ‘licin’ diberikan kepada orang ramai yang beratur untuk mendapatkannya, lapor akhbar Shin Min Daily News.


Sebelum ini, gerai sama dilaporkan akan menjual durian premium Musang King atau Mao Shan Wang pada harga S$5 (RM17.39) sebiji, maksimum dua biji bagi setiap pelanggan warga emas yang merupakan Generasi Perintis dan pemegang kad Skim Bantuan Kesihatan Komuniti.


Namun, pemilik gerai menukar rancangan apabila mengumumkan akan memberikan sebiji durian bersama sebotol air minuman kepada  setiap warga emas berkenaan yang tergolong dalam Generasi Merdeka.


Pemilik gerai itu, Stella Soh, 51, memberitahu bahawa jumlah kos pemberian itu ialah S$15,000 dengan jenis durian terdiri daripada Udang Merah dari Johor serta Musang King dari Pahang.


“Kami berharap melalui acara ini, kami dapat menyebarkan kegembiraan kepada mereka yang mungkin tidak mempunyai kemewahan untuk membeli durian dalam masa yang mencabar ini,” katanya.


Tambah Soh, ini adalah kali pertama dia memberikan durian secara percuma. – AGENSI



Sumber : Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2024 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedekah durian..yummy !!
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2024 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Uish...beratur panjang
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2024 05:44 PM | Show all posts
x nmpk plk boyan dlm gmbr tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2024 06:30 PM | Show all posts
Nampak Apek beratur rupa macam golongan yang kurang kemampuan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2024 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow uncle tu manyak berani pakai baju hijau neon
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2024 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnyer  durian udang merah.dah lama x mkn
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2024 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa ni kat kebun durian/kedai durian muncul la kawan2 lama....politician....abam2 enforcement
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.096267 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list