Selalu kita dengar orang-orang tua akan berpesan untuk tidak lupa untuk mengangkat kain jemuran sebelum tiba waktu maghrib kerana percaya ia boleh menjadi faktor hal-hal yang tidak baik. Baru-baru ini, tular di platform Facebook apabila seorang pengguna berkongsi bahawa jin atau iblis akan menyihir pakaian yang disidai di ampian sehingga lewat malam. Kongsi pandangan mengenai dakwaan tersebut, Ustazah Asmak Husin yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) Ulama Malaysia berkata ayat terbabit tidak disebut dalam mana-mana hadis. Menurutnya, dari sudut hukum alam, tidak mempunyai masalah jika mahu menjemur kain hingga waktu malam. Namun begitu, ada yang hadis yang mengatakan tidak baik untuk seseorang berkeliaran di luar rumah ketika waktu Maghrib. Daripada sahabat Jabir radhiallahu’anhu, bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
Maksudnya: “Jika malam datang menjelang, atau kalian berada menjelang maghrib maka tahanlah anak-anak kalian (di rumah), kerana ketika itu syaitan sedang bertebaran. Jika telah berlalu sesaat dari waktu malam, maka biarkan mereka (jika ingin keluar). Dalam pada masa yang sama, Ustazah Asmak menjelaskan bahawa terdapat nasihat daripada orang yang terlibat dalam bidang perubatan Islam agar tidak meninggalkan baju di ampaian secara terbuka ketika waktu Maghrib kerana kebiasaannya muda disihir dan lebih elok jemur di kawasan tertutup. SUMBER : Majoriti/Beautifulnara
|
Firenzza replied at 30-6-2024 12:31 PM
Gambar atas tu, owner dia jual bundle underwear ke punya la byk sotong kering
Perawankota replied at 30-6-2024 01:32 PM
Kalau jemur baju dalam umah mcmana lak
ADVERTISEMENT