CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Muhammad Nigeria petah bercakap dialek ‘kelate’ - “Duduk sini dah dua tahun, boleh ‘kecek kelate’ (cakap Kelantan)"

28-6-2024 09:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 24036| Komen: 47



PETALING JAYA – Seorang ramaja lelaki berasal daripada Nigeria dikenali sebagai ‘Mat Nigeria’ yang petah bercakap dalam dialek Kelantan menarik perhatian orang ramai selepas video dirinya itu tular di media sosial.

Menerusi perkongsian video di laman TikTok @goleng120, Mat Nigeria juga aktif bermain bola sepak bersama penduduk Melayu lain semenjak dua tahun menetap di Kelantan selepas mengikut bapanya yang bekerja sini.


Difahamkan, remaja lelaki terbabit juga akan pulang semula ke negara asalnya selepas bapanya sudah selesai berkhidmat di sini.

“Nama aku Muhammad Al-amin Bin Abu Bakar, aku 14 tahun, ayah aku mari sini sebab nok ‘kijo’ (kerja). Lepas tu nok balik doh sebab ayah aku ada kontrak baru dekat sana.


“Duduk sini (Kelantan) dah dua tahun, boleh ‘kecek kelate’ (cakap Kelantan) sebab belajar dengan ‘saing-saing’ (kawan-kawan),” ujar Mat Nigeria dalam dialek Kelantan.

Meninjau ke ruang komen, rata-rata pengguna kagum dengan kebolehan remaja lelaki tersebut yang mampu untuk berkomunikasi dalam Bahasa Melayu menggunakan dialek Kelantan.

“Kenapa orang asing mudah belajar bahasa kita, sedangkan orang kita lahir sini pun masih tak pandai bercakap dalam Bahasa Melayu,” soal @miorfatdhil.

“Nampak sedih je dia, mungkin dia tidak sanggup nak tinggalkan tempat dia duduk sekarang ni. Mat mesti akan rindu Kelantan nanti,” komen @amal.

“Bangga tengok dia fasih cakap Kelantan walaupun baru sekejap duduk dekat sini, steady Mat Nigeria,” ujar @Kamal. 


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 28-6-2024 10:01 PM
"kasi IC la..bapak nigeria..mak,mek klate"-Mat Nigeria
Quote gigahertz 28-6-2024 11:50 PM
bawak budak ni jumpa perempuan nigeria yang pandai cakap utara tu
boleh tak ? apa ntah nama perempuan tu
Quote bintangct 29-6-2024 12:02 AM
pandai kwn² dia mengkecekkan mat nigeria ni
Quote hokeypokey 29-6-2024 12:03 PM
ok kagum la jugak.. tahniah dik
Quote nurkasih74 29-6-2024 01:24 PM
Ada lg sorg budak nigeria yg pandai ckp sarawak.. abdul razik nama dia.. ckp melayu key el kalah bdk2 melayu satu sekolah dgn dia.. pastu ikut makpak pindah sarawak..tetiba popular sbb pandai ckp swak..
Quote dua_chzy 29-6-2024 01:26 PM
Bijak ooo dalam 2 tahun dah boleh cakap Melayu klate.

Shame on you Cina bukit!
Quote dua_chzy 29-6-2024 01:27 PM
Tibe Cina Bukit.

Dah sapa suroh berpuluh tahun hidup di Malaysia, siap masuk IPTA, still bodoh BM macam kawan2 U aku dulu. Shameful warganegara!
Quote shernazz 29-6-2024 01:39 PM
Best kan..
Kat china.ada sorang ni nama dia rose..pandai sungguh cakap mandarin..
Udah mcm orang cina mainland dah cara cakap dia..
Quote dua_chzy 29-6-2024 01:46 PM
shernazz replied at 29-6-2024 05:39 AM
Best kan..
Kat china.ada sorang ni nama dia rose..pandai sungguh cakap mandarin..
Udah mcm orang cin ...

Rose tu humble n sempoi sangat. Yang baiknya dia diterima baik oleh family Anzai. Baru2 ni dia beranak, baik betul hubby n family hubby layan dia.
Quote shernazz 29-6-2024 01:48 PM
dua_chzy replied at 29-6-2024 01:46 PM
Rose tu humble n sempoi sangat. Yang baiknya dia diterima baik oleh family Anzai. Baru2 ni dia ber ...

Kan...bagus sungguh.
Selalu cina2 ni tak suka orang gelap2
Tapi yang ni semua terima dengan baik
Dengan acik2 pasar basah pung sama

Tu la iols temgok dia beranak kat tempat selesa juga..cantik...
Quote Suchi 29-6-2024 01:51 PM
Sapa2 duk kelantan baru 2 hari dah buleh kecek kelate.
Tak duduk kelate pun boleh fasih kalau dah kat tempat keje penuh sek mu jaa hahahah

Sbb org kelate takkan kecek luar tak kira la ko org apa pun jd nak tanak ko kena belajar juga laa tidak susah nk berkomunikasi dgn dorang
Beza laa melayu kat selangor, ngn cina tiba jd lu gua ini macam kaaa? Takpun terus speaking je.
Ko ckp jela bhasa melayu cam biasa.
Quote ifanonline 29-6-2024 01:52 PM
buat malu aje rakyat malaysia yg dok bertahun tahun di sini takleh ckp bhs melayu
Quote dua_chzy 29-6-2024 01:57 PM
shernazz replied at 29-6-2024 05:48 AM
Kan...bagus sungguh.
Selalu cina2 ni tak suka orang gelap2
Tapi yang ni semua terima dengan baik

Maybe sebab deol Cina kampung pehtu tinggal di kabupaten perdesaan, tu yang meka open kat Rose. Ada Youtuber lain juga yang sekaum dengan Rose tu ternikoh Cina tapi tak ingat sapa. Tak silap, wilayah suami Rose tu ramai Cina menikoh orang2 kaum Rose.
Quote Suchi 29-6-2024 01:57 PM
dua_chzy replied at 29-6-2024 01:26 PM
Bijak ooo dalam 2 tahun dah boleh cakap Melayu klate.

Shame on you Cina bukit!

Cina hat duk kelate pun fasih gak melayu kelate
Hat duk key ell, selangor je kemain susah nak berbahasa sbb org sini pun bila dgn cina dorang speaking takpun ckp pelat cina
Dengan bangla ckp pelat bangla
Dengan indon pun sama
Org kelate jgn mimpi la nk dengar dorang tiba2 ckp pelat cina ngn cina.
Sek mu tetap kecek kelate ngan sesiapa pun.
Sama mcm ummah indon laa sapa2 duk sana jd cepat gak fasih indon.
Quote dua_chzy 29-6-2024 02:15 PM
Suchi replied at 29-6-2024 05:57 AM
Cina hat duk kelate pun fasih gak melayu kelate
Hat duk key ell, selangor je kemain susah nak berb ...

Sebenarnya ikut kawasan juga la.

Kalau kat Sabah ni, rata2 Cina fasih BM tapi BM Sabah. Yang tak fasih tu yang dok area bandaraya macam KK, Sandakan, Tawau. Tapi still boleh jumpa ramai yang fasih.

Pehtu Cina ni kalau biasa bergaul dengan lotsa mix lotsa kaum, BM dia elok. Macam ex kelig aiol Cina Segamat, pehtu Cina Sarawak dok pedalaman. Cina Kedah pun helok BM. Area Kelantan ngan Ganu ni ai tak ramai kawan Cina dari sana so takleh buat comparison cuma tau Cina Kelantan tu memang boleh kecek Klate macam air.
Quote noor2 29-6-2024 02:24 PM
Comeyyyyyy mattt
Quote noor2 29-6-2024 02:25 PM
Cina kelate meme fasih kecek kelate dan BM..
Quote krustykrab 29-6-2024 02:40 PM
Suchi replied at 29-6-2024 01:57 PM
Cina hat duk kelate pun fasih gak melayu kelate
Hat duk key ell, selangor je kemain susah nak berb ...

Penang satu lagi..puncanya dulu2 la org melayu sendiri yg dok pelat2 bila cakap dgn diorg. Lps tu ada gak cina2 ni yg tak mau bergaul dgn org melayu, dok pikir bangsa dia hebat sgt.
Quote honeybee1802 29-6-2024 03:14 PM
Suchi replied at 29-6-2024 01:51 PM
Sapa2 duk kelantan baru 2 hari dah buleh kecek kelate.
Tak duduk kelate pun boleh fasih kalau dah ka ...

Anak sedara asal2 dr ckp kay el...dok kelate tak dan sethn terus bau budu belaka...kecek melayu je ada pelat kelate + english... kecek english baru takde pelat...

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.046223 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top