CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ganjaran RM3,000 jejak lelaki lapah kucing

25-6-2024 09:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11059| Komen: 52


PETALING JAYA – Persatuan Haiwan Malaysia menawarkan RM3,000 bagi mana-mana saksi yang boleh memberikan maklumat berkaitan tindakan kejam seorang lelaki melapah kulit seekor kucing.

Menerusi video dan gambar yang dikongsikan persatuan tersebut di Facebook hari ini, lelaki terbabit dilihat seperti warga asing ekoran dialek bahasanya.

“Lelaki yang sedang melapah kucing ini dipercayai berbangsa Myanmar dan berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan pelat warga asing.

“Ganjaran RM3,000.00 ditawarkan kepada saksi yang menyalurkan maklumat dan boleh mengesahkan kejadian hingga tertangkapnya pelaku dan dapat dibuktikan bersalah dan dijatuhi hukuman,” katanya.

Dalam pada itu, pihak persatuan turut meminta saksi untuk tampil berkongsi maklumat agar siasatan lanjut dapat dilakukan.

“Sahabat, saudara, kenalan, jiran atau sesiapa sahaja di negara ini yang pernah lihat lelaki yang sedang lapah kucing ini mohon salurkan maklumat lengkap kepada Persatuan Haiwan Malaysia (0146345464) supaya satu laporan rasmi dapat diajukan kepada pihak berkuasa.

“Satu siasatan menyeluruh mengenai pembunuhan kucing ini perlu dilakukan untuk mengenal pasti kaedah mematikan kucing dan niat mematikan kucing sama ada ia bertujuan untuk dijadikan makanan atau bertujuan suka-suka,

“Jika siasatan mendapati kucing sengaja dibunuh dan untuk tujuan konten media sosial. Pelaku perlu ditangkap, disiasat secara menyeluruh, seterusnya dihadapkan ke muka pengadilan,” tegasnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tiggybiru 25-6-2024 09:37 AM
Omggg sampainya hatii.walaupun ia kucing jalanan tapi gmaknya buat mcm tu
Quote dua_chzy 25-6-2024 09:38 AM
Cuba korang anggap kucing tu macam ayam ka lombu. Cuba. Or arnab. Lapangkan hati gitu terima kucing ni delicacy for some.
Quote dua_chzy 25-6-2024 09:39 AM
Kalau dia lapah huntok makan, aku ok ja. Jangan disiat2 kuliy kucing tu hidup2 untuk seksa, dah.
Quote ifanonline 25-6-2024 09:39 AM
di lapah suka2 atau lapah utk di makan?

kalau lapah utk di makan, bagi la dier makan kucing tu

sama jaga dgn anjing, sape2 nak makan, silakan
Quote shida81 25-6-2024 09:48 AM
Dasar la warga asing dtg sini buat onar... Sial sungguh
Quote SWORKS27 25-6-2024 09:59 AM
harap si pelaku dpt dijumpai..kita pelapah dia pulak
Quote _blackbird 25-6-2024 10:01 AM
org nyanmar kan mmg makan kucing. kalau dia lapah utk makan who are we to judge mmg culture dia gituh. kalau lapah tuk seksa, suka2 tu mmg jahat
Quote KamikuP 25-6-2024 10:03 AM
sIANNYA KUCING TU. mOGA pelaku dapat covid2024
Quote Tiggybiru 25-6-2024 10:06 AM
Takleh chuols..meols ada kucing di rumah..meols tak gamak..
Quote Tiggybiru 25-6-2024 10:07 AM
Okayy dats y meols pun tak post pasal sembelih lembu masa korban bg menghormati bangsa india
Camtu la juga meols rasa bila tgok dia lapah kucing ini walaupun utk tujuan makanan dia
Quote cantthinkofany 25-6-2024 10:21 AM
arwah bonda aku pernah bercerita...bini jiran yg ngidam makan rendang daging kucing....ngidam yg nazak tul...sampai tak mahu makan benda lain selagi tak dapat...so usban mmg terpaksa cari la....

mungkin mamat ni pun dalam situasi ni....done husnuzon...
Quote ifanonline 25-6-2024 10:33 AM
di malaysia kan banyak kucing, anjing, burung gagak, merpati, etc...sape2 nak tangkap dan makan, dipersilakan...who are we to judge makanan manusia lain?

umat islam ikut syarat agama kita, itu shj
Quote zarulnazmi 25-6-2024 10:39 AM
ifanonline: di malaysia kan banyak kucing, anjing, burung gagak, merpati, etc...sape2 nak tangkap dan makan, dipersilakan...who are we to judge makanan manusia la ...


Masalahnya mereka bukan setakat makan kucing-kucing dan anjing-anjing jalanan tapi curi haiwan peliharaan orang lain.

Kita tak judge cara mereka makan tapi tak kan haiwan peliharaan orang pun nak dirembat juga?
Quote ifanonline 25-6-2024 11:19 AM
zarulnazmi replied at 25-6-2024 10:39 AM
Masalahnya mereka bukan setakat makan kucing-kucing dan anjing-anjing jalanan tapi curi haiwan pel ...

sekiranya binatang peliharaan tidak di jaga dlm kompaun masing2 dan dibiarkan di kwsn public...tiada undang2 yg melarang penangkapan binatang di kwsn public, even though milik perseorangan...sebagaimana lembu/kambing/ayam berkeliaran di jalanraya awam
Quote zarulnazmi 25-6-2024 12:08 PM
ifanonline replied at 25-6-2024 11:19 AM
sekiranya binatang peliharaan tidak di jaga dlm kompaun masing2 dan dibiarkan di kwsn public...tia ...

Bukan tak dijaga tapi biasanya org Myanmar ni guna umpan untuk tarik perhatian haiwan peliharaan yang berada dalam kawasan rumah berpagar. Malah ada juga yang panjat pagar rumah orang untuk curi kucing yang lepak depan pintu. Maksudnya mereka sanggup ceroboh kawasan kediaman untuk curi haiwan peliharaan yang ada pemilik.

Quote FOTHER-MUCKER 25-6-2024 12:10 PM
Dah itu makanan dia orang.
Quote Kurex 25-6-2024 12:22 PM
masa kucing iols hilang hari tu, iols memang rosau.. sebab kucing iols gemuk.. alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, dapat jumpa balik lepas 3 hari hilang. kawasan rumah iols banyak kucing tapi pendapat asing busuk hanyir tak berani sentuh sebab penduduk2 rumah iols gangster siap warning, jangan makan kucing
Quote DeluluMelulu 25-6-2024 12:31 PM
Bak kata omputih, the usual suspect!
Bangsa terpaling caprut dari negara terpaling miskin kebulor nak mampos datang negara orang nak provok-provok dengan isu azan dan bungkusan bertulisan ayat Al-Quran!

Selayaknya miskin nak mampos negara tuh sampai kiamat!
Quote aint 25-6-2024 01:35 PM
kalo nak makan kucing / anjing, sila berambus balik ke negara asal yer...

dtg msia, sila ikot undang2 msia...

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.166945 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top