BEIRUT – Beribu-ribu pejuang kumpulan disokong Iran di Asia Barat bersiap sedia menuju ke Lebanon untuk berperang di samping kumpulan Hizbollah sekiranya konflik berskala penuh tercetus dengan Israel, lapor akhbar Arab News kelmarin. Perkembangan membimbangkan itu berlaku selepas insiden berbalas serangan berlaku hampir setiap hari di sempadan Lebanon dan utara Israel sejak perang Gaza tercetus pada Oktober tahun lalu. Keadaan bertambah buruk apabila Rejim Zionis dan Hizbollah saling mengeluarkan ancaman dan meningkatkan serangan masing-masing, menjadikan rantau tersebut berada di ambang perang. Kumpulan-kumpulan yang disokong Iran dari Lebanon, Iraq, Afghanistan dan Pakistan pernah berjuang bersama-sama dalam konflik di Syria selama 13 tahun. Pegawai kumpulan-kumpulan tersebut berkata, mereka boleh bergabung semula untuk menentang Israel. Pemimpin Hizbollah, Hassan Nasrallah berkata dalam ucapannya pada Rabu lalu bahawa pemimpin kumpulan dari Iran, Iraq, Syria, Yemen dan beberapa negara lain telah menawarkan untuk menghantar puluhan ribu pejuang bagi membantunya.
Namun, beliau berkata, pergerakan Hizbollah sudah mempunyai lebih 100,000 pejuang. “Kami mengucapkan terima kasih kepada mereka tetapi kami sudah mempunyai jumlah anggota yang mencukupi,” kata Nasrallah. Sementara itu, sebilangan pegawai daripada kumpulan militia Lebanon dan Iraq yang disokong Iran berkata, pejuang yang disokong Tehran dari seluruh rantau itu akan turut serta sekiranya perang meletus di sempadan Lebanon-Israel. Beberapa kumpulan bahkan telah melancarkan serangan ke atas Israel dan sekutunya sejak perang Israel-Hamas bermula pada 7 Oktober tahun lalu. Kumpulan yang digelar sebagai ‘paksi penentangan’ mengatakan, mereka menggunakan ‘strategi perpaduan arena’ dan akan hanya berhenti berperang apabila Israel menamatkan serangannya di Gaza. “Kami akan (bertempur) bahu ke bahu dengan Hizbollah jika perang berskala penuh meletus,” kata seorang pegawai kumpulan berkenaan kepada agensi berita Associated Press di Baghdad. Pegawai itu bersama seorang lagi pegawai Iraq berkata, beberapa penasihat dari Baghdad sudah berada di Lebanon. Seorang lagi pegawai kumpulan disokong Iran yang enggan namanya disiarkan berkata, pejuang Pasukan Mobilisasi Popular dari Iraq, Fatimiyoun dari Afghanistan, Zeinabiyoun dari Pakistan dan Houthi di Yemen boleh datang ke Lebanon untuk menyertai perang. Dalam pada itu, pakar Hizbollah, Qassim Qassir berkata, pertempuran semasa kebanyakannya berasaskan teknologi tinggi seperti menembak peluru berpandu dan tidak memerlukan jumlah pejuang yang ramai. Namun menurutnya, jika perang meletus dan berlarutan untuk tempoh yang lama, Hizbollah mungkin memerlukan sokongan dari luar Lebanon. “Mesej kami adalah strategi ini boleh digunakan dalam peperangan,” katanya. Sementara itu, bekas ketua perancangan dasar untuk Kementerian Luar Israel, Eran Etzion berkata, pihaknya menyedari kebarangkalian kemasukan pejuang asing dan perang dari berbilang arah. “Mungkin terdapat campur tangan oleh militia Houthi dan Iraq serta aliran masuk besar-besaran pejuang dari pelbagai negara termasuk Afghanistan dan Pakistan ke Lebanon dan ke kawasan Syria yang bersempadan dengan Israel,” katanya. – AGENSI |
Itzy replied at 25-6-2024 05:01 PM
Israel nak jajah seluruh arab hingga ke mesir mengikut peta terbaru israel, kau ingat iran bodoh tak ...
newyork replied at 27-6-2024 01:39 PM
Mmg jahat betul ah yahudi ni..patut la di benci sepanjang zaman..
pooh~key replied at 27-6-2024 04:35 PM
Akak sayang jah yahudi sissy. tapi don’t get me wrong yach akak bukan penganut yahudi sis. Aka ...
ADVERTISEMENT