CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9633|Reply: 14

Perang semakin hampir di Lebanon - “Kami akan (bertempur) bahu ke bahu dengan Hizbollah jika perang berskala penuh meletus,”

[Copy link]
Post time 25-6-2024 09:24 AM | Show all posts |Read mode



BEIRUT – Beribu-ribu pejuang kumpulan disokong Iran di Asia Barat bersiap sedia menuju ke Lebanon untuk berperang di samping kumpulan Hizbollah sekiranya konflik berskala penuh tercetus dengan Israel, lapor akhbar Arab News kelmarin.

Perkembangan membimbang­kan itu berlaku selepas insiden berbalas serangan berlaku hampir setiap hari di sempadan Lebanon dan utara Israel sejak perang Gaza tercetus pada Oktober tahun lalu.

Keadaan bertambah buruk apabila Rejim Zionis dan Hizbol­lah saling mengeluarkan ancaman dan meningkatkan sera­ng­an masing-masing, menjadikan rantau tersebut ber­ada di ambang perang.

Kumpulan-kumpulan yang disokong Iran dari Lebanon, Iraq, Afghanistan dan Pakistan pernah berjuang bersama-sama dalam konflik di Syria selama 13 tahun.

Pegawai kumpulan-kumpulan tersebut berkata, mereka boleh bergabung semula untuk menentang Israel.





Pemimpin Hizbollah, Hassan Nasrallah berkata dalam ucapannya pada Rabu lalu bahawa pemimpin kumpulan dari Iran, Iraq, Syria, Yemen dan beberapa negara lain telah menawarkan untuk menghantar puluhan ribu pejuang bagi membantunya.

Namun, beliau berkata, pergerakan Hizbollah sudah mempunyai lebih 100,000 pejuang.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada mereka tetapi ka­mi sudah mempunyai jumlah anggota yang mencukupi,” kata Nasrallah.

Sementara itu, sebilangan pe­gawai daripada kumpulan militia Lebanon dan Iraq yang disokong Iran berkata, pejuang yang di­sokong Tehran dari seluruh rantau itu akan turut serta sekiranya perang meletus di sempadan Lebanon-Israel.

Beberapa kumpulan bahkan telah melancarkan serangan ke atas Israel dan sekutunya sejak perang Israel-Hamas bermula pada 7 Oktober tahun lalu.

Kumpulan yang digelar sebagai ‘paksi penentangan’ me­ngatakan, mereka menggunakan ‘strategi perpaduan arena’ dan akan hanya berhenti berperang apabila Israel menamatkan sera­ngannya di Gaza.

“Kami akan (bertempur) bahu ke bahu dengan Hizbollah jika perang berskala penuh meletus,” kata seorang pegawai kumpulan berkenaan kepada agensi berita Associated Press di Baghdad.

Pegawai itu bersama seorang lagi pegawai Iraq berkata, beberapa penasihat dari Baghdad sudah berada di Lebanon.

Seorang lagi pegawai kumpulan disokong Iran yang enggan namanya disiarkan berkata, pejuang Pasukan Mobilisasi Po­pular dari Iraq, Fatimiyoun dari Afghanistan, Zeinabiyoun dari Pakistan dan Houthi di Ye­men boleh datang ke Lebanon untuk menyertai perang.

Dalam pada itu, pakar Hizbollah, Qassim Qassir berkata, pertempuran semasa kebanyakannya berasaskan teknologi tinggi seperti menembak peluru berpandu dan tidak memerlukan jumlah pejuang yang ramai.

Namun menurutnya, jika pe­rang meletus dan berlarutan untuk tempoh yang lama, Hizbollah mungkin memerlukan soko­ngan dari luar Lebanon.

“Mesej kami adalah strategi ini boleh digunakan dalam pepera­ngan,” katanya.

Sementara itu, bekas ketua pe­rancangan dasar untuk Kementerian Luar Israel, Eran Etzion berkata, pihaknya menyedari kebarangkalian kemasukan pejuang asing dan perang dari berbilang arah.

“Mungkin terdapat campur tangan oleh militia Houthi dan Iraq serta aliran masuk besar-besaran pejuang dari pelbagai negara termasuk Afghanistan dan Pakistan ke Lebanon dan ke kawasan Syria yang bersempadan dengan Israel,” katanya. – AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2024 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg jadi mangsa rakyat ko
Mati dan Kebuluran
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 01:28 PM | Show all posts
hezbullah ni bukan syiah Iran ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Israel nak jajah seluruh arab hingga ke mesir mengikut peta terbaru israel, kau ingat iran bodoh tak nak melawan? Esok lusa negara dia juga kena, malaysia pun akan kena tempiasnya sebab yahudi zionist selagi tak bunuh umat islam selagi tu hati dia tak puas, maklumlah keturunan dajjal.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 25-6-2024 05:04 PM

Tak buleh duk dendiam je ke hidup aman damai...

Puak lebai ni asik jihad  jihad pertumpahan darah

Jihad jinakkan kotey taknak pulak????


Ni lah bak kata UAI... berkopiah tp telanjang..

Suka plak aku petik peribahasa religion rider ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas tu sakit mental ramai2.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2024 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok la perang kasi hantam itu israel. Itu je cara nk ajar israel. Rabbi diorg pun panik curse of 8th decade semakin jadi kenyataan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 12:34 PM | Show all posts
syiah vs yahudi
sunni deol tepuk tangan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2024 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Itzy replied at 25-6-2024 05:01 PM
Israel nak jajah seluruh arab hingga ke mesir mengikut peta terbaru israel, kau ingat iran bodoh tak ...

skrg pn ekonomi msia dh bgantung ngn yahoodi serael....blackrock tu dh lama btapak kt msia...dorg dh lama merancang...kita je yg x sedar
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg jahat betul ah yahudi ni..patut la di benci sepanjang zaman..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman skrg perang guna teknologi. Tentera rmi x menjanjikan kemenangan. Sekali Amerika hantar b2 dia, askar ratus2 ribu tu semua selamat.

Bkn nak sokong Israel. Tp umat Islam sendiri majoritinya pembeli teknologi, bkn pembuat.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 04:26 PM | Show all posts
kita doakan supaya perang ni berlaku secepat mungkin...israel tidak boleh dibiarkan wujud
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
newyork replied at 27-6-2024 01:39 PM
Mmg jahat betul ah yahudi ni..patut la di benci sepanjang zaman..

Akak sayang jah yahudi sissy. tapi don’t get me wrong yach akak bukan penganut yahudi sis. Akak masih maintain etis yach sissy.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 06:06 PM | Show all posts
Ada dok mesian recruitted in hezbollah
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 27-6-2024 04:35 PM
Akak sayang jah yahudi sissy.  tapi don’t get me wrong yach akak bukan penganut yahudi sis. Aka ...

Jah hudi tak sayang ke?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.270096 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list