CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pelakon Cilik Alyssa Dezek Peroleh 100% Subjek Akaun, Netizen Puji – “Nampak Sopan, ‘Beauty With Brain'”

24-6-2024 09:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9121| Komen: 109



Pelakon dan penyanyi cilik Alyssa Dezek memaklumkan dia telah memperoleh keputusan cemerlang 100 markah untuk ujian diagnostik bagi subjek Prinsip Perakaunan.

Berita gembira itu dikongsikan Alyssa di mana dia berusaha keras bagi membolehkan dirinya memasuki aliran perakaunan.


"Alhamdulillah, memang benar, saya dapat markah penuh untuk ujian diagnostik bagi subjek Prinsip Perakaunan. Sebelum boleh menyertai mana-mana aliran, pelajar tingkatan empat harus menjawab ujian diagnostik."

"Sebelum ujian itu memang saya berusaha bersungguh-sungguh, saya tak memilih untuk belajar aliran sains sebab agak sukar, maka pilihan saya adalah aliran perakaunan."


Alyssa yang juga ikon kepada satu jenama pendidikan berkata dia menyertai tuisyen yang dianjurkan jenama itu dan memperoleh markah penuh.

"Saya kini belajar di sekolah swasta. Sejujurnya, kadang-kadang saya ‘lost’ kerana tuntutan kerja, saya tak dapat menghadirkan diri ke sekolah. Tetapi apabila saya berada di rumah dan mempunyai masa lapang, saya akan belajar semula dan saya juga menyertai tuisyen PTTI."

Pelakon itu juga menyimpan harapan untuk cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia kelak.


Sekadar info, Alyssa Dezek pernah membintangi drama seperti Skuad Detektif KBAT, Cinta Untuk Sekali Lagi, Jodoh-Jodoh Annisa.

Alyssa juga turut mempunyai single lagu seperti Lagu Untuk Kamu, Duniaku, Bintang, Let It Flow dan Faham Tak.

Sumber : Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 24-6-2024 09:50 PM
Kalau dulu yg glamer pusat tuisyen kasturi.

Quote DeLuna85 24-6-2024 09:51 PM
Muka dia mcm muka makcik yg selalu fyp di tiktok tu. Mesti makcik tu cantik masa muda.
Quote fattymah 24-6-2024 10:07 PM
Jiran ladycarefree
Quote HappyGumbira 24-6-2024 10:11 PM
Bagus dik, chuols duta pusat tuition, chuols dpt markah skor memang tepat sekali job yg u buat & pilihan pusat tuition ambik chuols as duta
Quote makita 24-6-2024 10:18 PM
HappyGumbira replied at 24-6-2024 10:11 PM
Bagus dik, chuols duta pusat tuition, chuols dpt markah skor memang tepat sekali job yg u buat & pil ...

Tapi tokti lg haibat. Baru je dilantaik sebagai Pakar di Pusat Pendidikan Berterusan UM
Quote TMZ.com 24-6-2024 10:20 PM
Teringat haritu baca komen dekat tiktok org ckp muka dekni mcm kak liza. Mak dia reply nak amik tindakan huhu
Quote intan244 24-6-2024 11:23 PM
comel dia ni. ada vibe mckenna grace
Quote pocongkiutss 25-6-2024 12:04 AM
Aiols suka dia ni..umur berapa dh dia? Tlgla bila dh period jgn berubah perangai mcm qistina resah tu
Quote I.K.A888990 25-6-2024 12:26 AM
muka dia mcm pelakon indo caitlin halderman
ramai gak followers dia kan okaylah amik dia ni jadi ikon ni
Quote nallepooh 25-6-2024 01:16 AM
dia ni mixed ke?
Quote offwhite 25-6-2024 04:47 AM
Beauty with brain..tp cannot brain ctot jd pakar pusat pendidikan UM..dr aswara ke university terulung kat mesia..
Quote orkid_amani 25-6-2024 07:15 AM
Bagus dik kau aim utk cemerlang SPM..suara sedap..muka lawa..lagu pun best. Dressing & makeup sesuai utk 16y sweet as teens. Acik love pembawakan AD dlm industry
Quote amyza 25-6-2024 08:09 AM
sharlenetexas replied at 24-6-2024 09:50 PM
Kalau dulu yg glamer pusat tuisyen kasturi.

Ye. Banyak cawangan dia dulu. Iols tuisyen ni kat petaling street tu. Haha

Cantik alyssa, bergaya sesuai usia. Jgn jadi mcm anak retis dok asyik makeup sampai nampak tua dari usia. Ikut mak jadi pokok krismas  
Quote pauliza 25-6-2024 08:32 AM
Edited by pauliza at 25-6-2024 09:10 AM
TMZ.com replied at 24-6-2024 10:20 PM
Teringat haritu baca komen dekat tiktok org ckp muka dekni mcm kak liza. Mak dia reply nak amik tind ...


Huhu Wei masa Iols tgk gambar ni terus terdetik muka dia nampak familiar .Lps tu baca komen uols .Betul memang seiras dgn Kak Liza tu.Kak Liza tu memang cantik lah rupa dia walaupun mcm tu .
Quote lasagna 25-6-2024 08:42 AM
amyza replied at 25-6-2024 08:09 AM
Ye. Banyak cawangan dia dulu. Iols tuisyen ni kat petaling street tu. Haha

Cantik alyssa, bergaya ...

iols cwgan pudu uols! sbb dekat dgn skolah.
ada cwgan petaling street kaa?

btw, iols tak kenai alyssa ni, tp pandai sungguh dia ek?
Quote chandrahusin 25-6-2024 08:54 AM
bagus belajar pandai2
Quote elnor_81 25-6-2024 09:05 AM
offwhite replied at 25-6-2024 04:47 AM
Beauty with brain..tp cannot brain ctot jd pakar pusat pendidikan UM..dr aswara ke university terulu ...

Ramai lecturer doktor2 rengsa weh! Btul ckp dorg, ad lg org bijak pandai. Ni amik org spm je...
Quote TMZ.com 25-6-2024 09:07 AM
pauliza replied at 25-6-2024 08:32 AM
Huhu Wei masa Iols tgk gambar ni terus terdetik muka dia nampak familiar .Lps tu baca komen Iols . ...

Ada org komen gitu. Mak nye reply jgn komen mcm tu nanti mak nye nak amik tindakan.

Apa buruk ke kak liza tu? Kak liza tu lawa kot. Cuma tu la dia tingtong sikit. Nak amik tindakan sebab apa tah.

Lps kena kecaman netizen ckp mak dia over mak nye terus off komen
Quote zuriey 25-6-2024 10:27 AM
Dia ni yg pandai main ukulele tu kan..
Dah besar cantik juga

Lihat semua komen(109)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.183698 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top