CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Kembali’ Bersama PDRM, Soffwany Yusoff Tak Kekok Bekerja Dengan Suami

24-6-2024 08:31 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11844| Komen: 21



Pelakon dan penyanyi, Soffwany Yusoff tidak kekok dan bersikap profesional apabila bergandingan dengan suami, Raja Afiq dalam drama Polis Peronda terbitan Skop Production.

Ketika ditemui OhBulan!, Soffwany Yusoff atau nama lengkapnya Fairuzziha Hazwany Mohamad Yusoff akui selesa dan tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang penggambaran bersama suami dan barisan pelakon yang lain.

"Bagi saya bekerja dengan suami, tidaklah beban atau malu tapi saya rasa bersyukur dalam bekerjasama dengan dia. Ini merupakan penampilan pertama saya dalam lakonan, jadi saya banyak bertanya. Alhamdulillah saya sangat beruntung kerana dia banyak mengajar saya dari segi lakonan."

"Barisan pelakon pun banyak bantu saya semasa penggambaran."

Meskipun pernah bekerja sebagai anggota PDRM selama 15 tahun, namun Soffwany akui masih membuat rujukan dengan menonton beberapa drama kepolisan bagi membantu dirinya mendalami watak yang sebagai Inspektor Elly.


"Saya pernah bekerja dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 15 tahun. Jadi untuk watak dalam Polis Peronda ni sebenarnya saya tak pernah bertugas dalam unit MPV. Saya bertugas di unit pancaragam sebagai penyanyi PDRM dan unit udara. Jadi watak ini adalah benda yang baru bagi saya."

Jelas Soffwany, dia kini sedang ‘berehat’ dari kerjayanya sebagai pramugari kerana mahu memberi sepenuh fokus kepada penggambaran drama Polis Peronda.

Selain Soffwany, drama tersebut turut dibarisi Puteri Sarah, Shah Iskandar, Ali Reza, Raja Afiq dan ramai lagi. Drama terbitan Skop Productions itu akan ditayangkan di TV3 bermula pada 28 Jun sempenaulang tahun ke-40 stesen TV berkenaan.

Sekadar info, Soffwany dan Raja Afiq mendirikan rumah tangga pada 19 September 2020.

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mimiQo 24-6-2024 08:34 AM
knp aku x knl? aku dh tua kee?
Quote slyfynx 24-6-2024 08:42 AM
Raja Afiq ni kenal la jgk sikit2.
Sofwany ni penyanyi mana la plak
Quote MisXoXo 24-6-2024 09:09 AM
Sofwany ni penyanyi pdrm dan keje kt unit udara.dia benti polis dan jd pramugari.now dia sambil2 berlakon.org lawoo..xpelah..kt pdrm bkn inspektor..dlm laakonan inspektor
Quote Perils 24-6-2024 09:17 AM
I kenot la kalau raja afiq nk brlakon nanges....fake sungguh...
Quote bedahmenjuyah 24-6-2024 09:23 AM
Polis penyanyi jadi pramugari pastu pelakon wah muda lg mcm2 kerjaya. Walaupun iols tak kenal chuols dah la laki pun pelakon sendu, iols ucapkan good luck ya!
Quote kakakgarang 24-6-2024 09:26 AM
iolls baru go thru ig sheolls.. mcm ponen ye bila freehair.. maybe dekat gmba je la kot nmpk mcm ponen

depan2 cantik la kot..

sheolls lagi cantik pakai tudung... bertudung nmpk aura
Quote Kurex 24-6-2024 10:35 AM
ingatkan laki dia dah tak berlakon dah
Quote Carcosa 24-6-2024 11:31 AM
Aku ingat random police officers.
Sekali tgk, ohhh retis.
Aku ni asal Konoha ke, apsal aku tak kenal deme ni retis?
Quote lea_kdo 24-6-2024 11:55 AM
rezeki laki bini..

dulu laki dia ada masalah jugak.. kesian kena buatan org ke ape, now alhamdulillah dah dua2 boleh bekerja...
Quote Maroon_nerds 24-6-2024 01:43 PM
Laki dia ni masa berlakon Kapten Mukhriz, aku punya la suka. Nampak smart & cool je. Itu je la kot drama dia yg meletup pun. Pastu sendu sesendunya. Skrg ni tgk pun nampak cam low sangat.
Quote supernaturalee 24-6-2024 02:23 PM
glemer keje kau jahhh
from police cum singer to stewardess to actress
sok2 klu sendu berlakon ko balik jd stewardess

untung muka lawo pandai bwk diri

btw 15 thn servis dlm polis tu dan tak pencen
gitu kesah plk psl pencen org

Quote bottombikini 24-6-2024 03:54 PM
lah apsal benti jadi stewardess
Quote sudirmanistas 24-6-2024 03:57 PM
Kurex replied at 24-6-2024 10:35 AM
ingatkan laki dia dah tak berlakon dah

Mungkin itu hari xde job kot. ada statement dia buat food delivery servis rsenye.
Quote Shahman86 24-6-2024 03:58 PM
bottombikini replied at 24-6-2024 03:54 PM
lah apsal benti jadi stewardess

Mcm sherry ibrahim mati2 ingatkan dia berhenti dari qatar rupa kena buang dari qatar.mesti adalah tu masalah displin yg dia buat.
Quote belacan_gurl 24-6-2024 03:59 PM
kakakgarang replied at 24-6-2024 09:26 AM
iolls baru go thru ig sheolls.. mcm ponen ye bila freehair.. maybe dekat gmba je la kot nmpk mcm pon ...

Wani nih sgt2 cantik bila kita tgk depan2....masa kecik dulu mcm anak patung
Quote sharlenetexas 24-6-2024 04:40 PM
Tgk iklan amboi akak2 peronda meronda lipstick merahnya mak ngah.


Quote kakakgarang 24-6-2024 04:45 PM
belacan_gurl replied at 24-6-2024 03:59 PM
Wani nih sgt2 cantik bila kita tgk depan2....masa kecik dulu mcm anak patung

wani buat gigi mentos ke? iolls tnya je.. iolls dpt rasa wani cantik depan2.. maybe sheolls tak mkn gmba...
Quote makihamis 24-6-2024 05:28 PM
benti stewardes jadi pelakon. sat lagi takde job pelakon, jadi balik stewardes
Quote bottombikini 24-6-2024 06:37 PM
Shahman86 replied at 24-6-2024 03:58 PM
Mcm sherry ibrahim mati2 ingatkan dia berhenti dari qatar rupa kena buang dari qatar.mesti adalah  ...

ohhhh kesahnye
cite la penuh2 ape cer

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.084134 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top