SANDAKAN – Seorang kanak-kanak lelaki ditemui maut dipercayai dibaham buaya dalam kejadian di sungai Kampung Lembaga Batu 8, Jalan Datuk Tay, tengah hari tadi. Mangsa, Mohd Radhi Randi berusia sembilan tahun ditemui pada jarak kira-kira 500 meter oleh penduduk kampung dari lokasi dia dilaporkan dibaham buaya sewaktu mandi di sungai terbabit. Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 12.16 tengah hari. “11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Alan Ayuh digerakkan ke lokasi kejadian dan terus menjalanan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan kaedah surface rescue. “Mangsa ditemui penduduk kampung pada pukul 3.05 petang. Pemeriksaan dapati badan mangsa sempurna namun terdapat bekas gigitan buaya dibahagian rusuk dan lutut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
ADVERTISEMENT