CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ada Yang Cacat, Didakwa Bunuh Diri, Lebih 4,000 Askar Israel Alami Masalah Mental PTSD & Jumlah Dijangka Akan Meningkat

23-6-2024 12:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8404| Komen: 24


Ketika rejim Zionis mempertingkatkan operasi ketenteraan di Palestin, lebih 70,000 orang askar mereka dilaporkan hilang upaya fizikal.

Data Kementerian Hal Ehwal Tentera juga menunjukkan seramai 8,663 anggota turut cedera dalam Perang Gaza sejak 7 Oktober lalu.

Ia membuktikan bahawa rejim Zionis tidak menghiraukan keadaan semasa fizikal dan mental anggota mereka.

Kira-kira 35 peratus yang cedera dalam operasi ganas di Gaza kini bergelut dengan keadaan kesihatan mental. Laporan dikeluarkan bahagian pemulihan kementerian di Tel Aviv mendapati itu juga mendapati 21 peratus lagi mengalami kecederaan fizikal.


Bukan itu sahaja, mereka turut menjangkakan kemasukan sekurang-kurangnya 20,000 lagi askar yang cedera sejak operasi ketenteraan itu bermula sehingga akhir tahun ini.

Analisis pakar mendapati 40 peratus anggota yang masuk di pusat pemulihan itu bakal mengalami pelbagai tindak balas psikologi. Antaranya adalah kebimbangan melampau, kemurungan, tekanan pascatrauma, kesukaran berkomunikasi dan penyesuaian diri.

"Data itu menunjukkan lebih separuh daripada 9,539 anggota juga menderita gangguan tekanan selepas trauma (PTSD)."

Tel Aviv juga pernah mendedahkan lebih 1,000 veteran lelaki dan wanita mereka kini sedang menjalani rawatan pada setiap bulan dengan kira-kira 20 peratus menghidap penyakit mental.

Untuk rekod, pada 7 Jun lalu seorang anggota tentera Israel, Eliran Mizrahi disahkan mengalami PTSD serta dua kecederaan fizikal dan didakwa telah membunuh diri kerana dipanggil untuk kembali berperang. Kejadian itu menjadi bukti bahawa dia merupakan antara mangsa yang mengalami tekanan akibat operasi ketenteraan.

Dalam pada itu, kajian terbaru pada Mac tahun ini turut mendakwa kira-kira 500,000 penduduk Israel berisiko diserang PTSD selepas kempen pembunuhan ramai-ramai di Gaza.

SUMBER : Sinar Harian /Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annehuda 22-6-2024 10:59 PM
Bezanya, rakyat Israhell dipaksa masuk tentera, diorang bukan nak berperang pun. Beza ngan org palestin, rela berkorban demi mempertahankan tanah kelahiran. Aku penah baca, tu askar USA yang dipaksa pegi berperang kat negara orang mcm perang Vietnam, Iraq, Afghanistan, balik jadi la mcm ni , ptsd.
Quote piyek92 22-6-2024 11:07 PM
annehuda replied at 22-6-2024 10:59 PM
Bezanya, rakyat Israhell dipaksa masuk tentera, diorang bukan nak berperang pun. Beza ngan org pales ...

Ya kalau tak pergi kena penjara.ramai je mampos tapi tak dedahkan
Quote Decaffeinated 22-6-2024 11:34 PM
Siapa kata berperang tak stress. Kalau tidak masakan dengar sahaja PLKN memasing terus menggelupur.
Quote ultra78 22-6-2024 11:39 PM
Memang la mental. Yg pergi tu bukannya tentera terlatih pun. Rakyat dipaksa serve dalam IDF.
Quote sharlenetexas 23-6-2024 12:43 AM
La ye ke.

Quote Goodluckdontcry 23-6-2024 01:15 AM
Apalah sgt jumlah tu utk bangsa terpilih..sikit sgt tu dik... rileks sudah..
Quote SalenaGomez 23-6-2024 07:00 AM
annehuda replied at 22-6-2024 10:59 PM
Bezanya, rakyat Israhell dipaksa masuk tentera, diorang bukan nak berperang pun. Beza ngan org pales ...

Sbb tu depa tpaksa import askar upahan dr negara luar. Tu belum tmasuk janji manis pd seluruh darah berketurunan yahudi utk dtg ke palestin. Tapi bila dtg kesana, diorg pon kena racism pd darah bangsa depa sendiri esp kalau dtg dr yahudi asia dan yahudi afrika
Quote Dwdrum 23-6-2024 09:21 AM
Jika perang begitu lah.... Sebab tidak kena kepala sendiri... Sekarang ini banyak psych volunteer untuk colleteral damage perang  dari soldier sehingga kanak kanak perang ini... Psych bahagian trauma..
Quote Ytee 23-6-2024 10:16 AM
benda kena paksa.. mmg pun
Quote sranua 23-6-2024 10:44 AM
Takde hati nak berperang sbb dah tau takkan boleh menang dgn askar yg berani mati..sdgkan diorang takut mati.
Quote _blackbird 23-6-2024 10:55 AM
ok lah tu, lagi 20 thn rakyat israel majoriti oku.
Quote LautBiru52 23-6-2024 11:33 AM
bukan jiwa berperang sekali kena paksa. memang mental la jawabnya
Quote grouper 23-6-2024 11:58 AM
Dengan kelengkapan tentera yg paling canggih n modern lawan hamas yg serba kekurangan pun punya banyak tentera Israel yg cedera  n mati...lemah betul idf ni
Quote naina 23-6-2024 12:55 PM
Sedangkan latihan tentera pun yang olok2 PG bom bukit dan annual camp pun ramai tak tahan. Ini kan pula medan perang sebenar tanpa mental dan fizikal yang kuat dan bersedia.
Quote mimiQo 24-6-2024 08:23 AM
annehuda replied at 22-6-2024 10:59 PM
Bezanya, rakyat Israhell dipaksa masuk tentera, diorang bukan nak berperang pun. Beza ngan org pales ...

ooo..kiranya ni program PLKN versi dorg la...tp kena perang btol2...ptut la aneh2 tgk gelagat dorg...
Quote mimiQo 24-6-2024 08:25 AM
ultra78 replied at 22-6-2024 11:39 PM
Memang la mental. Yg pergi tu bukannya tentera terlatih pun. Rakyat dipaksa serve dalam IDF.

no wonder la..
Quote copy_paste 24-6-2024 11:11 AM
sranua replied at 23-6-2024 10:44 AM
Takde hati nak berperang sbb dah tau takkan boleh menang dgn askar yg berani mati..sdgkan diorang ta ...

diorg tahu hakikat sebenar yg diorg dtg utk membunuh org yg xbersalah,tu yg mental tu
Quote jebatmaspunyer 24-6-2024 11:20 AM
Bila berperang untuk pihak yang salah macam tu lah. Israel bukan setakat kejam kat orang Palestin, kat bangsa sendiri pun kejam jugak. Mmg sifat empati atau simpati tu dah x ada. X ada smgt patriotik sbb masing2 pun bukan asal tempat tu. Situ Palestine bukan Israel. Setanyahu pun asal US kan. Anak dia pun mana ada turun berperang.

Semua benda nak salahkan Hamas. Menyampah betul aku. Tentera dia yang buat tindakan brutal dan kejam, kat media pi petik Hamas y buat. Mmg celaka Israel ni.
Quote Burong_Hantuk 24-6-2024 11:35 AM
padan muka

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.044247 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top