CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

13 hari menabung, seorang wanita dapat simpan hampir RM20,000

23-6-2024 12:01 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9357| Komen: 44


PETALING JAYA – Seorang wanita yang berjaya mengumpul wang sebanyak RM19,290 dengan menabung selama 13 hari menggunakan duit lebihan perniagaan.

Menerusi perkongsian video TikTok oleh @indahsaloon, dia mengumpul beberapa keping duit kertas bernilai RM50 dan RM100 sehari dan menyimpan di dalam tiga bekas tabung.

Menurutnya, wang yang dikumpul itu adalah hasil duit lebihan bisnesnya dalam menjalankan perniagaan spa, salon dan jual beli emas.

Selain itu wanita berkenaan mengatakan tabungan ini adalah sekadar suka-suka kerana dia juga mempunyai akaun simpanan wang dalam bank yang dikhaskan untuk syarikatnya.

Sementara itu, wanita tersebut berkata, video yang dimuat naik adalah untuk menjadi inspirasi kepada orang lain dan bukan untuk menunjuk-nunjuk.

Meninjau di ruang komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi.

“Alhamdulillah, ini lah hasil orang yang suka menabung, ada untungnya. Benda yang boleh beri contoh kepada kita semua, terbaiklah awak,” komen @haniani.

“Aduhai, ini inspirasi untuk orang kaya sahaja, sekali simpan RM3,000 terus, orang macam kami sehari simpan RM5, 13 hari baru dapat RM65,” komen @eiqalavigne.

“Tak kisahlah kita dalam kategori T20 ke B40, janji ada sifat dalam diri untuk menabung, sikit-sikit lama-lama jadi bukit,” komen @husna20.



Sehingga kini video tersebut mendapat 2.6 juta tontonan, 90,000 tanda suka dan 8,500 perkongsian.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _kelly 22-6-2024 10:39 PM
inspirasi apa ni
Quote margo20 22-6-2024 10:41 PM
Ni inspirashit
Quote annehuda 22-6-2024 10:43 PM
Aku tak kira aku nak bersangka buruk gak. Ntah-ntah ni duit cuci kot sebab tu taknak simpan dlm bank
Quote Skuau 22-6-2024 10:49 PM
kalo dia kja kt spa urut b2b....logik letew
Quote primarikey 22-6-2024 11:52 PM
Sebenarnya nk menunjuk:lol
Quote Cyempaka 23-6-2024 12:04 AM
Ha tayangkan je semua benda.. kang kena rompak salahkan takdir
Quote KakRumiMenari 23-6-2024 12:24 AM
Semua duit baru.. kot ye nak membongak, campur2 la duit lama sikit.. padahal baru keluarkan cash lepas buat pinjaman bisnes kan kan kan
Quote sharlenetexas 23-6-2024 12:44 AM
Sekadar content.


Quote edayildiz 23-6-2024 01:03 AM
beli la tabung yg viral kt tiktok tu sis
i mcm nk beli jgk tgk kt tiktok..tp i mana pernah  ada cash .
Quote Tinot7 23-6-2024 01:29 AM
Skuau replied at 22-6-2024 10:49 PM
kalo dia kja kt spa urut b2b....logik letew

Baper bayaran b2b? Baper lama satu sesi?
Quote B40tastePosh 23-6-2024 01:35 AM
Inspirashit menabung sambil jual bughit kot
Quote gigahertz 23-6-2024 01:42 AM
Tinot7: Baper bayaran b2b? Baper lama satu sesi?

1 jam RM 180. harga tak termasuk olive oil.

Quote gigahertz 23-6-2024 01:46 AM

biasanya content macam ni
orang akan tanya " sis keje apa "
atau " sisi niaga apa "
masa ni dia akan cucuk jarum.
niaga sekian2 modal sekian untung sekian.
kalau untung tinggi akan ada berminat melabur.
atau sanggup nak bukak francais.
Quote ladybugz 23-6-2024 07:03 AM
ni bukan menabung. ni tempat letak duit. dah la baru brapa hari. menabung ni bg i satu perkara yg dijadikan tabiat. contoh menabung selama setahun, hasil sebanyak 1 billion.
Quote syamzana 23-6-2024 07:07 AM
byk betul cash dia sehari blh simpan byk tu, mmg berniaga pakai cash semata ke apa?
iols sejak wujudnya debit card, ewallet pelbagai ni pergi salon/spa tak pernah byr cash. beli emas lagi la...mmg transfer je.
Quote midori888 23-6-2024 07:13 AM
syamzana replied at 23-6-2024 07:07 AM
byk betul cash dia sehari blh simpan byk tu, mmg berniaga pakai cash semata ke apa?
iols sejak wujud ...

Kannn...byk org dah jarang guna cash skrg...termasuk meols...
Quote lightheaded67 23-6-2024 08:08 AM
bakalan founder kah buat konten gini
Quote isseliparjepun 23-6-2024 08:54 AM
Semoga tidak tergolong dalam golongan seperti anak ni.
Quote divalaura 23-6-2024 09:07 AM
13 hari..
hmmmmm
tak lah bangga pun sebab tu duit tepi bukan duit tabung..
cuma letak dalam tabung LOL

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.039107 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top