CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anggota ATM hilang ketika menyertai Op Ukur di sempadan Malaysia-Brunei

21-6-2024 10:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10143| Komen: 71

Description: PETALING JAYA – Seorang anggota daripada Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) yang berpengkalan di Kem Kidurong, Bintulu, Sarawak hilang ketika sedang bertugas dalam Op Ukur.


PETALING JAYA – Seorang anggota daripada Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) yang berpengkalan di Kem Kidurong, Bintulu, Sarawak hilang ketika sedang bertugas dalam Op Ukur.

Kehilangan anggota, Pbt. Muhammad Syafiq Hilmi Abd Halim dikesan pada Selasa lalu kira-kira pukul 12 tengah hari ketika bertugas bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan (Jupem) di Limbang, Sarawak.

Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat Malaysia berkata, mangsa dilaporkan hilang ketika ketua kumpulan mendapati anggota tiada diposisi belakang kumpulan.

Jelasnya, kejadian berlaku pada kedudukan dijarak dua kilometer di atas permatang sempadan Malaysia-Brunei dari tanda sempadan E500 menghala ke arah E600.

“Usaha mencari dan mengesan anggota telah segera dilaksanakan oleh kumpulan tersebut yang terdiri daripada dua anggota TDM dan lima anggota Jupem, namun gagal menemui anggota.

“Usaha pencarian juga telah dipergiatkan oleh TDM mulai Rabu lalu di kawasan tersebut
dengan melibatkan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta Agensi Awam lain yang dikoordinasikan oleh Majlis Keselamatan Negara bersama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM),”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) turut mengaturgerakan aset mereka dalam membantu usaha pencarian bersama TDM.

Op Ukur merupakan operasi yang dilaksanakan di bawah kawalan Markas 31 BrigedSempadan, yang melibatkan penempatan anggota TDM sebagai pengiring keselamatan kepada pasukan Jupem.

Pasukan tersebut sedang melaksanakan penandaan dan pengukuran sempadan Malaysia-Brunei Darussalam di kawasan pengukuran Ulu Tutong (E500) ke Bebuloh (E600), Limbang bermula 11 Jun hingga 2 September depan.

Sumber -KOSMO! ONLINE.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hanamunir 21-6-2024 11:07 PM
semoga selamat ditemui..
Quote sharlenetexas 22-6-2024 04:21 AM
Semoga dipermudahkan urusan.

Quote mawardia 22-6-2024 06:15 AM
What could have happened
Quote babynina30 22-6-2024 08:40 AM
I baca kt tt. Ramai gila their family members , anggota bertugas hilang. Ada tu dr 2017. Takjumpa till now

Ada lg few cases
Quote Ytee 22-6-2024 09:11 AM
semoga dipermudahkan
Quote edayildiz 22-6-2024 09:26 AM
semoga cpt jmpa..
Quote Perawankota 22-6-2024 01:29 PM
Ada kaitan dengan alam sebelah sana tak?
Quote polyx 22-6-2024 01:32 PM
Semoga dipermudahkan urusan
Quote B40tastePosh 22-6-2024 01:37 PM
Edited by B40tastePosh at 22-6-2024 01:39 PM
Perawankota replied at 22-6-2024 01:29 PM
Ada kaitan dengan alam sebelah sana tak?


Panglima Jalal, Acik Dewi dan anaknya akan menjalankan siasatan.
Quote Perawankota 22-6-2024 01:40 PM
B40tastePosh replied at 22-6-2024 01:37 PM
Panglima Jalal, Acik Dewi dan anaknya akan menjalankan siasatan.

Kikikiki…
Quote Skuau 22-6-2024 02:26 PM
kalo ilang msk gua cam citer DARK xpe la dia pi ke masa silam....
Quote Decaffeinated 22-6-2024 02:56 PM
Hilang atau menghilang?

Kejadian hari Selasa now dah Sabtu. Harap jumpa lah, stokin pun OK for now.
Quote AJENALI 22-6-2024 08:52 PM
Tak de berita yang terkini ke?
Quote isseliparjepun 22-6-2024 09:12 PM
ATM mesti katup tutup rapat cerita ni. Hoping for some insider info.
Quote supernaturalee 23-6-2024 01:04 AM
babynina30 replied at 22-6-2024 08:40 AM
I baca kt tt. Ramai gila their family members , anggota bertugas hilang. Ada tu dr 2017. Takjumpa ti ...

Serious ar
Dh tu idok ke deme ketatkan lg sop ms operasi ukur2 ni
Quote nolya 23-6-2024 01:19 AM
Dunia ni belum ada the real McGiver ke yg boleh cipta personal/body GPS bagi setiap individu pakai di badan.  Kalau ada kan senang boleh detec keberadaan seseorang di mana dia berada, maka taklah dianggap hilang.   
Quote babynina30 23-6-2024 08:30 AM
supernaturalee replied at 23-6-2024 01:04 AM
Serious ar
Dh tu idok ke deme ketatkan lg sop ms operasi ukur2 ni

Yep. Bersusun gila komen . I mcm huish betulke
Tkde dgr SAR besar2an pun

Tp bila tgk diorg share . Mmg tak sangka
Taktau mcmana terpisah dr team , or termasuk alam lain ke
Tp hilang kt utan lah
Quote sranua 23-6-2024 12:29 PM
Aku dulu serumah dgn kapten bersara... renjer. Dia cerita pernah terjadi tim ronda dalam hutan banat ni jumpak satu rumah comel je dalam hutan tu. Kelilig rumah ada pokok bunga, sebijik macam rumah kat kampung2. Tapi ni tengah hutan rimba.
Bila panggil2, penghuni rumah tak keluar pun. Nak hilangkan penat diorang duduk la depan rumah dgn harapan..kot ada tuan rumah nak hulur air ke makanan ke. Tim leader awal2 dah pesan jangan sorang pun masuk dalam rumah tu.
Tp ada sorang tu...agaknya tak makan saman..dia pergi masuk rumah tu..Pintu tertutup je terus senyap. Kawan2 melaung kat luar pun senyap je takde balasan.
Bila dah lama tunggu...akhirnya tim leader arah pergi check point lain...tinggalkan anggota tu.Isytihar MIA je lah.
Quote Bungatulip1171 23-6-2024 02:08 PM
Dah jumpa ke..semoga dipermudahkan urusan

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-7-2024 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.220358 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top