Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat meluahkan rasa sedih apabila perlu berkorban waktu tidur dengan dua anaknya kerana sibuk menjalani latihan untuk rancangan The Hardest Singing Show (THSS). Memetik Astro Gempak, Ayda berkata dia sudah beberapa hari tidak tidur bersama anak-anaknya berikutan perlu menjalani latihan sehingga lewat pagi demi memastikan persembahan berjalan lancar. “Kalau nak ikutkan saya dah beberapa hari tak tidur dengan anak saya. Sebab saya punya latihan balik lambat sampai pukul 5/6 pagi. Jadi bila nak buat satu persembahan yang flawless itu memang perlukan latihan yang banyak,” katanya. Sementara itu, Ayda meluahkan rasa syukur kerana mempunyai keluarga yang memahami dan membantu ketika dia terlibat dalam program berkenaan. “Saya rasa sangat teruk, tapi Alhamdulillah saya ada keluarga yang boleh tengokkan mereka. Sebab bila saya bangun tidur pun ada lagi perkara lain yang saya perlu buat, sebenarnya ini yang paling hardest untuk saya lakukan,” katanya.
SUMBER: Astro Gempak/Rotikaya |
princessmiang replied at 21-6-2024 01:51 PM
Pompuan ni over betul dalam rancangan the hardest tu..melebih2 sampai malas nak tengok sebab terlamp ...
Lavender_Violet replied at 21-6-2024 02:21 PM
Tak tengok rancangan ni so tak tau
Rancangan ni pasal nyanyian atau lakonan sis Princess?
princessmiang replied at 21-6-2024 03:00 PM
Dia nyanyian tp kena ada stunt mcm ala2 aisha retno buat masa AJL ritu..tp lagi extreme la..kena i ...

ADVERTISEMENT