CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sepanyol pasukan terbaik di dunia

21-6-2024 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7663| Komen: 1

 

GELSENKIRCHE: Sepanyol menunjukkan kualiti sebagai pencabar kejuaraan Euro 2024 selepas mengatasi juara bertahan, Itali 1-0 dengan pengurus skuad La Roja, Luis de la Fuente menyifatkan ia persembahan terbaik sepanjang mengendalikan pasukan itu.

Sepanyol mungkin boleh meraih kemenangan lebih besar jika bukan kerana persembahan cemerlang daripada penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma seperti yang diakui jurulatih skuad itu, Luciano Spalletti.

Spalletti menyifatkan jurang persembahan kedua-dua pasukan berpunca daripada kekurangan kecergasan pemain, namun De la Fuente merasakan bahawa analisis tidak memberikan kredit yang cukup kepada Sepanyol.

"Bola sepak bukan sahaja mengenai kesegaran dan tahap kecergasan, tetapi juga taktik dan teknik," katanya. "Saya fikir kami lebih hebat dari sudut pandangan bola sepak.

"Mungkin Itali kelihatan bermain teruk, tetapi ia kerana kami bermain dengan baik. Itali memenangi Euro tiga tahun lalu. Kami masih jauh untuk memenangi Kejuaraan Eropah."


Prestasi yang dipamerkan Sepanyol itu bagaimanapun belum dapat menjawab persoalan sama ada mereka boleh memenangi gelaran Euro 2024.

"Saya berasa kami adalah yang terbaik di dunia dari segi mentafsir pelbagai situasi perlawanan," kata De la Fuente.

"Sudah tentu, ia akan terbukti apabila anda memenangi piala. Namun, saya fikir ia penting untuk menggariskan kualiti generasi pemain."

De la Fuente sedar mengenai perjalanan panjang skuadnya ke Berlin dan trofi tidak akan dimenangani hanya dengan persembahan cemerlang di peringkat kumpulan.

"Pada asasnya, kami masih belum mencapai apa-apa," katanya. "Kami memenangi beberapa perlawanan penting dan kami mempunyai prospek yang bagus.

"Namun, bola sepak juga boleh menjadi sangat kejam. Kami perlu berhati-hati dan merendah diri. Kami perlu menunjukkan rasa hormat. Jika mereka (pemain) dapat memahami, semuanya akan menjadi lebih baik." - REUTERS

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote piyek92 22-6-2024 11:33 PM
Boring layan eurocup sekarang,best lagi copa amerika

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.432761 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top