Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad tampil berkongsi responsnya mengenai soalan ‘common’ yang tidak patut ditanya kepada ibu bersalin. Menerusi perkongsian di TikTok, Uyaina telah berkongsi senarai antara soalan-soalan yang popular itu hasil daripada sesi Q&A di Instagram Story (Igs) miliknya. Menurut Uyaina, dia tidak sangka dengan sikap sesetengah individu yang kurang sensitif ketika mengajukan soalan-soalan tersebut kepada ibu yang sedang berpantang. “Hari tu saya ada buat soalan dekat Igs saya. Saya tanya apa soaan yang tak patut tanya dekat ibu yang baru bersalin. Jadi, banyak gila respons dan ada sesetengah respons tu yang buat saya terkedu. “Tak percaya yang ada juga orang tanya soalan macam ni dekat lain apatah lagi ibu yang baru sahaja melahirkan. Jadi, saya nak share dengan korang antara soalan yang orang tanya dekat ibu yang bersalin,” katanya.
Dalam perkongsian tersebut, Uyaina turut meluahkan rasa musykil kenapa sesetengah individu suka bertanya kepada ibu yang baru bersalin itu sama ada secara normal atau pembedahan (czer). “Soalan yang paling popular, beranak normal ke czer? Saya tak faham kenapa soalan ni antara soalan yang orang suka sangat tanya dekat mak-mak yang baru bersalin? “Kenapa kalau beranak czer tu tak cukup melahirkan ke? tak sama hebat macam ibu yang beranak normal ke? Kenapa ambil epidural? nanti tak rasa la nikmat sakit bersalin? Nikmat opah kau!,” jelasnya. Uyaina turut meluahkan rasa kesal dengan sikap sesetengah pihak yang menormalisasikan face-shaming terhadap bayi yang baru lahir dek kerana warna kulit mereka yang berbeza dengan ibu bapanya. “Sejujurnya kan, soalan yang berkaitan dengan warna kulit anak ni yang paling tahi sebenarnya. Tak kisahlah anak tu gelap ke cerah ke warna kuning ke oren ke hijau sekali pun apa masalah you? “Tak payahlah nak body-shame baby tu. Baru lahir kot, sabarlah nanti warna dia akan bertukar. Tak fahamlah orang macam ni,” katanya. Sementara itu, Uyaina juga sempat berkongsi tentang pengalamannya apabila ada individu yang pertikaikan dirinya melahirkan anak keduanya di sebuah hospital kerajaan. “Bersalin dekat swasta ke kerajaan? Bersalin dekat mana tu tak jadi isu pun. Macam saya bagitahu haritu saya bersalin dekat Hospital Tuanku Mizan, orang kata, ‘wah, artis pun bersalin kat hospital kerajaan?’ “Saya macam, apa masalahnya saya nak bersalin dekat mana sekali pun? Ada mengganggu perancangan kehidupan you ke? Ingat saya tak bayar ke?,” ujarnya. Dalam perkongsian lain, Uyaina sempat menasihatkan orang ramai untuk menjadi lebih sensitif dalam percakapan dan penulisan supaya tidak meruntuhkan emosi ibu yang baru bersalin. “Diorang tak ada sensitiviti ke? Sejujurnya saya terima banyak lagi soalan yang saya tak boleh brain. Ada orang yang lain lebih-lebih lagi kepada ibu yang baru bersalin. Jadi saya buat conclusion ni, semua orang boleh kena penampar. “Kedua, kita ni tak boleh nak puaskan semua orang, apa yang kita buat ada je yang tak kena dengan selera orang lain. Jadi, tak payah fikir apa yang orang cakap, focus on you and yourself. “Yang ketiga, kita kena jaga lisan dan penulisan kita. Kalau benda tu tak mendatangkan kebaikan atau pun meruntuhkan emosi orang lain baik diam je. Keempat, belajar untuk tampar mulut orang jahat tu,” jelasnya. Sumber : xTra.com.my |
Lolalala replied at 21-6-2024 12:54 AM
Iolls suka tanya normal ke czer sebab dr soalan tu boleh laaa kita share tips penjagaan sepatutnya. ...
whimsicalmusic replied at 21-6-2024 12:31 AM
soalan czer or normal tu sensitip ke? iolls selaku mak2 pn selalu tnya soalan ni, sbb nk tao pengala ...
ADVERTISEMENT