View: 7102|Reply: 76
|
Uyaina Arshad Kongsi Soalan ‘Common’ Yang Tak Patut Ditanya Kepada Ibu Bersalin – “Tak Fahamlah Orang Macam Ni!”
[Copy link]
|
|
Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad tampil berkongsi responsnya mengenai soalan ‘common’ yang tidak patut ditanya kepada ibu bersalin.
Menerusi perkongsian di TikTok, Uyaina telah berkongsi senarai antara soalan-soalan yang popular itu hasil daripada sesi Q&A di Instagram Story (Igs) miliknya.
Menurut Uyaina, dia tidak sangka dengan sikap sesetengah individu yang kurang sensitif ketika mengajukan soalan-soalan tersebut kepada ibu yang sedang berpantang.
“Hari tu saya ada buat soalan dekat Igs saya. Saya tanya apa soaan yang tak patut tanya dekat ibu yang baru bersalin. Jadi, banyak gila respons dan ada sesetengah respons tu yang buat saya terkedu.
“Tak percaya yang ada juga orang tanya soalan macam ni dekat lain apatah lagi ibu yang baru sahaja melahirkan. Jadi, saya nak share dengan korang antara soalan yang orang tanya dekat ibu yang bersalin,” katanya.
Dalam perkongsian tersebut, Uyaina turut meluahkan rasa musykil kenapa sesetengah individu suka bertanya kepada ibu yang baru bersalin itu sama ada secara normal atau pembedahan (czer).
“Soalan yang paling popular, beranak normal ke czer? Saya tak faham kenapa soalan ni antara soalan yang orang suka sangat tanya dekat mak-mak yang baru bersalin?
“Kenapa kalau beranak czer tu tak cukup melahirkan ke? tak sama hebat macam ibu yang beranak normal ke? Kenapa ambil epidural? nanti tak rasa la nikmat sakit bersalin? Nikmat opah kau!,” jelasnya.
Uyaina turut meluahkan rasa kesal dengan sikap sesetengah pihak yang menormalisasikan face-shaming terhadap bayi yang baru lahir dek kerana warna kulit mereka yang berbeza dengan ibu bapanya.
“Sejujurnya kan, soalan yang berkaitan dengan warna kulit anak ni yang paling tahi sebenarnya. Tak kisahlah anak tu gelap ke cerah ke warna kuning ke oren ke hijau sekali pun apa masalah you?
“Tak payahlah nak body-shame baby tu. Baru lahir kot, sabarlah nanti warna dia akan bertukar. Tak fahamlah orang macam ni,” katanya.
Sementara itu, Uyaina juga sempat berkongsi tentang pengalamannya apabila ada individu yang pertikaikan dirinya melahirkan anak keduanya di sebuah hospital kerajaan.
“Bersalin dekat swasta ke kerajaan? Bersalin dekat mana tu tak jadi isu pun. Macam saya bagitahu haritu saya bersalin dekat Hospital Tuanku Mizan, orang kata, ‘wah, artis pun bersalin kat hospital kerajaan?’
“Saya macam, apa masalahnya saya nak bersalin dekat mana sekali pun? Ada mengganggu perancangan kehidupan you ke? Ingat saya tak bayar ke?,” ujarnya.
Dalam perkongsian lain, Uyaina sempat menasihatkan orang ramai untuk menjadi lebih sensitif dalam percakapan dan penulisan supaya tidak meruntuhkan emosi ibu yang baru bersalin.
“Diorang tak ada sensitiviti ke? Sejujurnya saya terima banyak lagi soalan yang saya tak boleh brain. Ada orang yang lain lebih-lebih lagi kepada ibu yang baru bersalin. Jadi saya buat conclusion ni, semua orang boleh kena penampar.
“Kedua, kita ni tak boleh nak puaskan semua orang, apa yang kita buat ada je yang tak kena dengan selera orang lain. Jadi, tak payah fikir apa yang orang cakap, focus on you and yourself.
“Yang ketiga, kita kena jaga lisan dan penulisan kita. Kalau benda tu tak mendatangkan kebaikan atau pun meruntuhkan emosi orang lain baik diam je. Keempat, belajar untuk tampar mulut orang jahat tu,” jelasnya.
Sumber : xTra.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
Cuti lama2 cikit yach... Boleh nak melayan whi seaman-amannyah |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana dia ni boleh femes? knp WHI yg lain x femes? apa kelebihan org yg bermuka siku ni? |
|
|
|
|
|
|
|
aku dari dulu menyampah dengan dia ni.
apa2 isu pun mesti dia yang terpaling
dah lah tak lawa, acah bagus pulak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Boring..takda sapa kisah pun dgn soklan macik bawang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sori sis.. tetek kau tak lawa.. spesis tetek mak2, labuh... So sila pakai tudung menutup dada ... Rengsekk tengok |
|
|
|
|
|
|
|
Uikk semcm jer dia ni...mcm ada isu dalamam..Tunjuk garang ..laserr nye siap ajar org bg penampar plak
|
|
|
|
|
|
|
|
Org tanya jawab je la. Ni bebel apa. Jawab je czer ke normal ke. Pastu lantakkan la dorang nak ckp apa. Over la dia ni. Org tanya je pun. Tak nak jawab dah |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak nya pantang larang... Orang melayu kaya budi kaya bahasa ... Kalu xtanya soalan2 gitu nak tanya ape |
|
|
|
|
|
|
|
soalan czer or normal tu sensitip ke? iolls selaku mak2 pn selalu tnya soalan ni, sbb nk tao pengalaman masing2. xpernah terlintas niat nak downgrade mana2. bg iolls both sakit |
|
|
|
|
|
|
|
Dia mmg pakai tudung nampak dada ek.. Igt muslimah sejati... |
|
|
|
|
|
|
|
Iolls suka tanya normal ke czer sebab dr soalan tu boleh laaa kita share tips penjagaan sepatutnya. Kadang 1st time mommy ni langgar je pantang. Apa kita tahu, kita bagi tahu. Bukan nak judge mak terpaling normal ke czer. |
|
|
|
|
|
|
|
Lolalala replied at 21-6-2024 12:54 AM
Iolls suka tanya normal ke czer sebab dr soalan tu boleh laaa kita share tips penjagaan sepatutnya. ...
tu lah. rasanya normal je 1st soalan of course akan tanya normal / czer. tak terpikir pulak nak downgrade ibu beranak czer. |
|
|
|
|
|
|
|
Iolls suka bila org cakap baby sebiji bapaknya....sebab memang sah² laaa tu bapak dia. Bapaknya kena igt tanggungjawab sendiri bila dah ada anak.. anak pulak sebiji muka sendiri. Yg mak mmg dah sakit kan so rasa sayang dan tanggungjawab tu mmg dah dtg semulajadi. Tapi x paham juga bila ada yg sentap bila org kata muka anak macam bapaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Puii..kenapa nak sentap?? Iols dulu masa belum beranak bila nk melawat org br lepas beranak jenuh la pikir nk sembang apa..last2 tanya tu jela..beranak normal ke czer..pengalaman bersalin..ko dh kenapa nk sentappppppppp |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin persekitaran dia yang toxic, tone tu xkena ke waktu tanya.. orang lain rileks je terima soalan sembang just untuk lepak lepak takde modal kot |
|
|
|
|
|
|
|
standard la tnye soalan czer ke normal. klu czer tu optional ke apa complication mcm breach ke high risk mother ke or mmg nk czer ke..
comel ikut muka sesiapa tu x kisah la..
xkn la lps ni dtg melawat ibu bersalin nk senyap sepi je. kau ni yg red flag agknye. nsb pndi ngaji dlm apa ntah yg spontan2 ngaji tu |
|
|
|
|
|
|
|
whimsicalmusic replied at 21-6-2024 12:31 AM
soalan czer or normal tu sensitip ke? iolls selaku mak2 pn selalu tnya soalan ni, sbb nk tao pengala ...
Soalan ni kalau tanya nada biasa bagi iols okay je..
Selalunya mmg orang akan tanya gitu kat mak mak dalam pantang.
Yang tak bagusnya ada yang suka compare..akan cakap sengaja cser sebab taknak koyak poen atau taknak sakit...
Dan orang2 ni mcm PA tuhan untuk tentukan mak cser ni tak masuk sorga gitchuuu...
Hahaha...
Ada tau orang gini.. |
|
|
|
|
|
|
|
bingit lah dia ni
terpaling ada anak |
|
|
|
|
|
|
| |
|