Kuala Lumpur: Pemain skuad Bawah 16 Tahun (B-16) negara disaran mengikut contoh ditunjukkan bintang bola sepak tanah air, Arif Aiman Hanapi yang kini bergelar jutawan meskipun baru berusia 22 tahun. Kejayaan pemain sayap kebangsaan dan tonggak utama Johor Darul Ta'zim (JDT) itu yang bijak menggunakan bakat dianugerahkan Ilahi apabila dia berusaha bersungguh-sungguh selain pemilihan kelab disertainya membuatkan Arif Aiman berjaya sebagai seorang pemain bola sepak. Perkara itu ditekan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin kepada barisan pemain B-16 negara yang akan mengibarkan cabaran Malaysia dalam saingan Kejuaraan B-16 Asean di Surakarta, Indonesia bermula Ahad ini. Beliau percaya dalam kelompok pemain B-16 kendalian Javier Jorda Ribera itu, sudah pastinya ada bakat baharu seperti Arif Aiman yang boleh diketengahkan, namun mereka perlulah menjaga disiplin termasuk tidak memikirkan keseronokan di luar seperti teman wanita dan sebagainya.
"Arif Aiman pada awalnya terbiar di AMD (Akademi Mokhtar Dahari), tetapi dia dapat masuk ke pasukan yang baik (sertai akademi JDT) dan berjaya buktikan kemampuannya dan kini lihat di mana dia berada. "Dia kini seorang jutawan kerana mempunyai skil dan semangat untuk bermain walaupun bertubuh kecil dan rendah. "Saya percaya semua pemain dalam pasukan ini mempunyai skil yang bagus dan kamu hanya perlu fokus kepada bermain bola sepak sahaja. "Dan tidak memikirkan keseronokan di luar seperti teman wanita, hisap rokok dan sebagainya. Tak ada bezapun awak dengan dia, tapi kena ikut macam dilakukan Arif Aiman," kata Hamidin pada majlis memperkenalkan barisan kejurulatihan dan senarai akhir pemain B-16 yang akan membawa cabaran negara nanti. Arif Aiman sebelum menyertai JDT pada 2018 adalah produk AMD bersama beberapa pemain muda negara yang sedang meningkat naik termasuk Luqman Hakim Shamsudin, Sikh Izhan Nazrel, Harith Haiqal Adam Afkar dan ramai lagi. Pemilihan ke JDT sememangnya tepat buat pemain kelahiran Kuantan, Pahang itu apabila prestasinya memuncak di bawah asuhan kelab itu yang kemudiannya memacu skuad Harimau Selatan menjuarai pelbagai kejuaraan serta dinobatkan Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan bagi tiga musim berturut-turut pada 2021, 2022 dan 2023. Hamidin mengingatkan skuad B-16 agar tidak gentar dan takut apabila turun berhadapan pasukan terkuat di saingan AFF nanti dengan cuba memburu keputusan positif ke atas lawan seperti Thailand, Vietnam, Indonesia dan pasukan jemputan Australia. "Ramai kata (pemerhati luar) pemain Malaysia ada teknik lebih baik tapi apa kelebihan mereka (pasukan lawan). "Kelebihan mereka semangat juang mereka 500 peratus, ini yang kita kena tanamkan (dalam diri) adik-adik, kena ingat maknanya awak kena main dengan sebaiknya." Malaysia bakal memulakan cabaran Kumpulan C dengan menentang Timor Leste pada 23 Jun sebelum bertemu Australia pada 26 Jun dan Thailand pada 29 Jun, dengan juara dan satu naib juara terbaik dari tiga kumpulan akan layak ke peringkat separuh akhir. Sumber : Harian Metro |
Kuala Lumpur: Pemain skuad Bawah 16 Tahun (B-16) negara disaran mengikut contoh ditunjukkan bintang bola sepak tanah air, Arif Aiman Hanapi yang kini bergelar jutawan meskipun baru berusia 22 tahun.
cm_vungtau replied at 20-6-2024 10:22 PM
Akak dari dulu dah cakap dik jauh lagi bagus awak ni dari pemain bola lain. Dulu pun peminat Edel ma ...
Kurex replied at 21-6-2024 03:08 PM
jangan cari betina sundal sebagai gf atau interi.. ambikla kurex ni haaaaaa tak memandang kebendaan
always_typo replied at 21-6-2024 10:20 AM
boss cakap macam tu memberi indikasi macam ramai pulak pemain bola sepak di malaysia ni yang merokok ...
Decaffeinated replied at 21-6-2024 05:07 PM
Harap budak ni bila besar sikit nanti akan lebih pandai bercakap.
ADVERTISEMENT