CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4293|Reply: 18

Jadikan Arif Aiman sebagai contoh, "Dia tidak memikirkan keseronokan di luar seperti teman wanita, hisap rokok dan sebagainya" - Hamidin

[Copy link]
Post time 20-6-2024 10:13 PM | Show all posts |Read mode




Kuala Lumpur: Pemain skuad Bawah 16 Tahun (B-16) negara disaran mengikut contoh ditunjukkan bintang bola sepak tanah air, Arif Aiman Hanapi yang kini bergelar jutawan meskipun baru berusia 22 tahun.


Kejayaan pemain sayap kebangsaan dan tonggak utama Johor Darul Ta'zim (JDT) itu yang bijak menggunakan bakat dianugerahkan Ilahi apabila dia berusaha bersungguh-sungguh selain pemilihan kelab disertainya membuatkan Arif Aiman berjaya sebagai seorang pemain bola sepak.


Perkara itu ditekan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin kepada barisan pemain B-16 negara yang akan mengibarkan cabaran Malaysia dalam saingan Kejuaraan B-16 Asean di Surakarta, Indonesia bermula Ahad ini.


Beliau percaya dalam kelompok pemain B-16 kendalian Javier Jorda Ribera itu, sudah pastinya ada bakat baharu seperti Arif Aiman yang boleh diketengahkan, namun mereka perlulah menjaga disiplin termasuk tidak memikirkan keseronokan di luar seperti teman wanita dan sebagainya.


"Arif Aiman pada awalnya terbiar di AMD (Akademi Mokhtar Dahari), tetapi dia dapat masuk ke pasukan yang baik (sertai akademi JDT) dan berjaya buktikan kemampuannya dan kini lihat di mana dia berada.


"Dia kini seorang jutawan kerana mempunyai skil dan semangat untuk bermain walaupun bertubuh kecil dan rendah.


"Saya percaya semua pemain dalam pasukan ini mempunyai skil yang bagus dan kamu hanya perlu fokus kepada bermain bola sepak sahaja.


"Dan tidak memikirkan keseronokan di luar seperti teman wanita, hisap rokok dan sebagainya. Tak ada bezapun awak dengan dia, tapi kena ikut macam dilakukan Arif Aiman," kata Hamidin pada majlis memperkenalkan barisan kejurulatihan dan senarai akhir pemain B-16 yang akan membawa cabaran negara nanti.


Arif Aiman sebelum menyertai JDT pada 2018 adalah produk AMD bersama beberapa pemain muda negara yang sedang meningkat naik termasuk Luqman Hakim Shamsudin, Sikh Izhan Nazrel, Harith Haiqal Adam Afkar dan ramai lagi.


Pemilihan ke JDT sememangnya tepat buat pemain kelahiran Kuantan, Pahang itu apabila prestasinya memuncak di bawah asuhan kelab itu yang kemudiannya memacu skuad Harimau Selatan menjuarai pelbagai kejuaraan serta dinobatkan Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan bagi tiga musim berturut-turut pada 2021, 2022 dan 2023.


Hamidin mengingatkan skuad B-16 agar tidak gentar dan takut apabila turun berhadapan pasukan terkuat di saingan AFF nanti dengan cuba memburu keputusan positif ke atas lawan seperti Thailand, Vietnam, Indonesia dan pasukan jemputan Australia.


"Ramai kata (pemerhati luar) pemain Malaysia ada teknik lebih baik tapi apa kelebihan mereka (pasukan lawan).


"Kelebihan mereka semangat juang mereka 500 peratus, ini yang kita kena tanamkan (dalam diri) adik-adik, kena ingat maknanya awak kena main dengan sebaiknya."


Malaysia bakal memulakan cabaran Kumpulan C dengan menentang Timor Leste pada 23 Jun sebelum bertemu Australia pada 26 Jun dan Thailand pada 29 Jun, dengan juara dan satu naib juara terbaik dari tiga kumpulan akan layak ke peringkat separuh akhir.


Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2024 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cm_vungtau at 20-6-2024 10:24 PM

Akak dari dulu dah cakap dik jauh lagi bagus awak ni dari pemain bola lain. Dulu pun peminat Edel marah akak dik akak cakap adik main bola helok aje takde pun kena bawak lari ke Siam nun dik. Tu beza striker dengan defender kot

Good job dik, main bola elok2, ada duit simpan. Agittew akak menasihati
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 10:27 PM | Show all posts
Kuala Lumpur: Pemain skuad Bawah 16 Tahun (B-16) negara disaran mengikut contoh ditunjukkan bintang bola sepak tanah air, Arif Aiman Hanapi yang kini bergelar jutawan meskipun baru berusia 22 tahun.


Aku jaki betul la tahap pemikiran org kita. Contoh je mesti yang kaya. Asal idola je mesti yang byk duit.
Ce la highlight kan yang aspek lain dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Jagalah diri tu. Jangan sibuk dgn duniawi melekakan
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 07:44 AM | Show all posts
Dah kaya ada la yang menepek..free hair, clubbing, hisap vape pakai Mustang. Lepas tu jahanam, lutut lembik (faham2 sendiri), duit habis. Karier KO lepas tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 07:55 AM | Show all posts
Beli emas dik buat aset.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2024 07:59 AM | Show all posts
semoga usia tua nanti xde pula berita 'bekas pemain kebangsaan Malaysia' hidup melarat. duit byk belum tentu bijak menguruskan kewangan. beberapa tahun lepas dia 'tunjuk' beli merc kan? dari situ dah boleh agak apa akan terjadi bila bersara. bekas pemain selatan pun dah ada yg kantoi hisap dadah dan geng merompak. fikir2 kan
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiba2 up kisah JDT akak rasa macam tak patut dan tak proper gayyyytuh sissy. Mengenangkan faisal halim sissy.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2024 10:14 AM | Show all posts
citer kt bdk2 b16 tu direct je
xyah canang 1 msia
jauh lg perjalanan adek ni

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
cm_vungtau replied at 20-6-2024 10:22 PM
Akak dari dulu dah cakap dik jauh lagi bagus awak ni dari pemain bola lain. Dulu pun peminat Edel ma ...

Ada ke peminat edel? Cam sendu je sbg pemain bola
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 10:20 AM | Show all posts
boss cakap macam tu memberi indikasi macam ramai pulak pemain bola sepak di malaysia ni yang merokok (atau vape) ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 03:08 PM | Show all posts
jangan cari betina sundal sebagai gf atau interi.. ambikla kurex ni haaaaaa tak memandang kebendaan
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 21-6-2024 03:08 PM
jangan cari betina sundal sebagai gf atau interi.. ambikla kurex ni haaaaaa tak memandang kebendaan

Sissy kurek pandang apa tu sisss…?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap budak ni bila besar sikit nanti akan lebih pandai bercakap.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 05:10 PM | Show all posts
always_typo replied at 21-6-2024 10:20 AM
boss cakap macam tu memberi indikasi macam ramai pulak pemain bola sepak di malaysia ni yang merokok ...

budak bola sekolah selalu ramai yang merokok senyak senyak

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 05:15 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 21-6-2024 05:07 PM
Harap budak ni bila besar sikit nanti akan lebih pandai bercakap.

Tak pandai cakap pun tapi kalau performance makin bagus pun takpe..
Tapi itu semua masing2 la... karekter dan pembawaan diri masing2..
Aku doakan agar Arif Aiman ni sentiasa fokus pada kerjaya dia dan takde pengaruh2 luar yang bagi bad influence kat dia.. so far mmg nampak dia ni mcm very humble dan fokus pada bola..

takde issue pun kalau dia nak berbelanja beli kete sport ke apa ke, dia yang penat keje kot.. yang paling penting kena pandai pengurusan kewangan.. gaji partly simpan / invest / spend.. mintak2 benda2 mcm ni kat kelab JDT tu ada lah financial planner yang bagi diorang ni exposure dan khidmat nasihat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2024 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa kalau budak yang helok kejadiannya selalunya mak bapak pantau. Harap pandai la jaga diri, jangan conteng arang ke muka mak bapak. Yang ada anak lelaki pandai2 la jaga anak lelaki jadi berkualiti. Nak main bola ke, nak jadi doktor ke, tak kisah apa pun career choice, tapi must be the best, bak kata Ronaldo kepada anaknya
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 06:07 PM | Show all posts
Oo jutawan ye, tkde gf ye
Kejap lagi ada la retis menghimpit
Jaga2
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 21-6-2024 04:38 PM
Sissy kurek pandang apa tu sisss…?

memandang kote….
kalau besar jari kelingking, baik kurex isap jari sendiri je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.050393 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list