"Tidak bermakna saya belum bernikah lagi, saya masih menantikan dia. Saya tidak menunggu sesiapa pun." Demikian kata pelakon Fauziah Ahmad Daud mengenai keputusannya tidak lagi aktif melakukan siaran langsung di TikTok selepas menerima pelbagai komen daripada pengguna akaun itu yang masih mengharapkan dia dan bekas suaminya, Eman Manan kembali bersama. Fauziah atau mesra disapa Ogy berkata, dia kini sudah menemui jalan kehidupan yang indah dan memiliki prioriti untuk membesarkan anak perempuannya, Nur Aminah Aishah, 16. "Jujur saya sudah jarang 'live' di TikTok. Saya tak gemar apabila mereka tak habis-habis bercerita mengenai bekas suami saya. Itu kehidupan saya dan mereka tiada hak untuk menentukan siapa jodoh saya. "Saya tak suka apabila di ruangan komen ada soalan-soalan fitnah mengenai saya akan bersama semula dengan dia. Itu semua fitnah.
"kalau Allah takdirkan saya untuk bernikah lagi, saya akan maklumkan supaya hal ini tidak timbul fitnah. "Kalau orang tanya sama ada saya nak berkahwin lagi, saya tidak fikir ke arah itu tapi soal jodoh ini adalah kerja Tuhan,"katanya kepada Harian Metro. Dalam masa sama, Ogy juga kurang selesa apabila setiap kali dia melakukan siaran langsung di TikTok bagi menjual produk makanannya, ramai yang memanggilnya dengan nama watak yang dilakonkan dalam filem. "Benar filem-filem yang saya bintangi sangat ikonik dan saya bersyukur ramai yang masih menonton filem itu. "Tetapi saya juga manusia biasa dan tak suka orang memanggil saya dengan nama lain. Nama saya Fauziah, jadi janganlah panggil Azura atau Asmidar. Nama saya ini adalah pemberian kedua ibu bapa saya. "Jadi tolong hormat. Saya tidak akan menyahut soalan mereka apabila memanggil saya dengan panggilan nama watak yang saya bintangi. "Saya menghargainya tetapi saya nak teruskan hidup sebagai individu yang bernama Fauziah. Mereka tak boleh samakan watak itu dengan diri saya kerana ia sangat berbeza,"katanya. Untuk rekod Ogy berkahwin dengan Eman Manan pada 1990. Mereka bernikah ketika masing-masing berada di puncak kerjaya mereka. Bagaimanapun tugu cinta yang dibina atas dasar cinta hanya bertahan selama 12 tahun apabila Eman melafazkan cerai pada 2 Julai 2003 di Mahkamah Syariah, Kuala Lumpur. Sumber : Harian Metro |
sharlenetexas replied at 20-6-2024 10:04 PM
Masa berlakon suara kekasih tu apa nama watak dia?
belilies replied at 20-6-2024 10:04 PM
Hutang dah bayar habis tak, fauziah?
Whitney72 replied at 20-6-2024 10:07 PM
Ayu..tp lakonan dia mmg best dlm filem SK...mnjadi
sharlenetexas replied at 20-6-2024 10:09 PM
Berlakon jd diri sendiri. Ada yg kata scene connie marah2 tu mcm ajemi. Suka tgk kebaya labuh mak ...
Barebow77 replied at 20-6-2024 10:59 PM
Tapi masa SK tue lawa sungguh makcik ogy..lawa yang asli xde cocok sana sini..
Whitney72 replied at 20-6-2024 10:09 PM
Dah habis dah..bayar berperingkat peringkat...respect jugalah dia ni...usaha sungguh2 nk byar huta ...
belilies replied at 21-6-2024 06:26 AM
Iols tak respek sheols ni, bingit! Makan masa juga sheols bayar hutang tu dulu mayb iols lupa. Iol ...
ADVERTISEMENT