CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azlee Senario dah tak buat ‘live’ TikTok sampai lewat malam, utamakan kesihatan - "Saya kena sentiasa cukup tidur dan kurangkan stres"

20-6-2024 09:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3087| Komen: 8



SELEPAS dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat serangan jantung pada awal Jun lepas, pelakon dan pelawak Azlee Senario kini lebih mengutamakan tahap kesihatan supaya keadaan itu tidak berulang dan menjadi lebih teruk.

Kata Azlee atau nama sebenarnya Muhammad Azlee Jaafar, 57, dia dinasihatkan untuk menjaga pemakanan dan tidak mengambil makanan berlemak dan berminyak.

Malah, Azri berkata dia juga akan mengurangkan aktiviti membuat siaran langsung di aplikasi Tiktok sehingga lewat malam bagi mendapatkan tidur yang mencukupi.

“Saya sudah empat minggu tidak buat ‘live’ (TikTok) sebab sibuk dengan kerja. Betul juga kata anda (kena kurangkan live TikTok) sebab saya perlu cukup tidur. Jangan stres dan jaga pemakanan seperti tidak makan yang berlemak dan berminyak kerana menyebabkan kolestrol tinggi.

“Saya kena sentiasa cukup tidur dan kurangkan stres kerana ia akan menyebabkan jantung berada dalam keadaan tidak baik,” katanya kepada mStar.



Dalam perkembangan lain, Azlee merupakan salah seorang pelakon di dalam filem komedi seram Saka Perawan arahan Dr Ahmad Idham yang bakal ditayangkan bermula 27 Jun ini.

Sumber : mStar



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 22-6-2024 03:11 PM
bila la ko nk move on biar rambut tu tumbuh elok.. suka nau pesen rambut cam tu..
Quote slyfynx 22-6-2024 08:35 PM
Sape la yang bersungguh bg gift kat diorang2 ni
Quote Ras_ 26-6-2024 03:45 PM
Bagus laaa dh insof
Quote ezacbee 26-6-2024 05:34 PM
pakwetizzaqyah replied at 22-6-2024 03:11 PM
bila la ko nk move on biar rambut tu tumbuh elok.. suka nau pesen rambut cam tu..

Teringat budak pengkid rambut camni tapi versi jagong.

Quote _kelly 26-6-2024 06:41 PM
tak pernah lawak
Quote anaktoyol 26-6-2024 07:01 PM
gigi pun dah x berapa nak ada... rambut tetap x berubah...
Quote pakwetizzaqyah 26-6-2024 07:28 PM
ezacbee replied at 26-6-2024 05:34 PM
Teringat budak pengkid rambut camni tapi versi jagong.

tiada mendung tiada mendung tiada mendung

hujan pun turun...

tapi pengkid tu buat video dengan awie mbr dia mcm malu2 segan2 lak

timbul naluri keperempuanannya..


Quote annadonna 26-6-2024 10:48 PM
Kenapa dorang tak boleh maintain muka biar elok sikit ya. Ramai je artis dah berumur tapi nampak segak. Roy azman, dato jalaluddin, ramli ms, amy search, etc semua segak segak lagi. Yg serabut kusut masai ni apsal ek. Mmg takde hati nak nampak elok ke. Rajin rajin sikit cuci muka, bersenam keluar peluh, jaga makan, bukan keluar duit beratus pun.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.033283 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top