CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Puteri Sarah dedah Bella Astillah masih fasa terkejut -"Dia memang sedih, tentu dia sedih. Berbeza dengan saya, saya tak sedih sebab..."

20-6-2024 09:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5492| Komen: 45


PELAKON Puteri Sarah Liyana meluahkan kebimbangan mengenai keadaan sahabatnya iaitu Bella Astillah yang masih belum boleh menerima kenyataan sudah berpisah dengan Aliff Aziz.

Kata Puteri Sarah, 39, Bella memerlukan sokongan rakan-rakan dan kini sedang berusaha menyesuaikan diri memulakan hidup baharu tanpa suami.

"Masa hari raya haji tempoh hari saya memang jumpa Bella untuk beri sokongan dekat dia, saya tahu Bella pun masih dalam fasa terkejut.

"Bella masih tidak dapat menerima kenyataan tetapi dia mencuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang," katanya kepada mStar.

Sarah berkongsi perkara itu semasa ditemui di sidang media drama Polis Peronda yang berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor pada Khamis.

Untuk rekod, Bella dan pelakon Aliff Aziz bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 13 Jun lalu.


Sementara itu, Sarah memberitahu emosi sahabatnya itu sering terganggu kerana mengenangkan nasib dua anak yang masih kecil.

"Dia memang sedih, tentu dia sedih. Berbeza dengan saya, saya tak sedih sebab saya dah terlalu lama ‘move on’.

"Tapi apa yang buat dia paling sedih adalah memikirkan tentang anak-anak dialah," jelasnya.

Pada Isnin lalu, Puteri Sarah berkongsi foto dia meraikan hari raya Aidiladha bersama Bella di kediaman pelakon itu.

Bersimpati dengan nasib Bella, Puteri Sarah menjelaskan tujuan dia bertemu pelakon itu bagi memberikan sokongan dah semangat agar Bella dapat meneruskan kehidupan.

Malah sebagai sahabat, Puteri Sarah berjanji untuk sentiasa membantu dan berada di sisi sahabatnya itu dalam apa jua keadaan.

"Kebetulan masa hari raya haji, saya terus jumpa dia. Sebagai kawan, kita cuba untuk sokong dan bagi semangat untuk dia teruskan hidup dia.

"Saya beritahu dia yang saya selalu ada dengan dia, sekiranya dia perlukan bantuan jangan malu untuk beritahu saya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Puteri Sarah bakal membintangi sebuah drama bersiri kepolisan berjudul Polis Peronda bermula pada 28 Jun depan.

Membawakan watak Inspektor Sarah, Puteri Sarah akan menjanjikan wataknya itu akan menonjolkan sisi berbeza berbanding karakter yang pernah dilakonkan sebelum ini.

Drama terbitan Skop Production tersebut diarahkan Datuk Yusof Haslam dengan bantuan pengarah bersama iaitu Shafiq Yusof bakal menemui penonton di siaran TV3 sempena ulang tahun ke-40 stesen TV berkenaan.


Sumber : Mstar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote 8Queen8 20-6-2024 09:31 PM
Untung dia jadi x menantu Dato Haslam dapat peluang berlakun drama dibawah Skop Productions.
Quote amarakasih 21-6-2024 12:22 AM
Dah mula dah. Nak jugak bagitau dia terpaling move on…berharap kena tanya camner dia dengan hindon tu ke?
Quote annadonna 21-6-2024 12:27 AM
Terdudukkkk ira kazar ex madu masih kerja dgn mentua dan ipar
Quote Sendawg 21-6-2024 08:12 AM
So PS sekarang apa? Sex partner Bella utk tenangkan dia?
Quote tidak_kelihatan 21-6-2024 09:50 AM
Sendawg replied at 21-6-2024 08:12 AM
So PS sekarang apa? Sex partner Bella utk tenangkan dia?

tersembur air kopi aku tgh minum ni
Quote tidak_kelihatan 21-6-2024 09:50 AM
amarakasih replied at 21-6-2024 12:22 AM
Dah mula dah. Nak jugak bagitau dia terpaling move on…berharap kena tanya camner dia dengan hindon  ...

idola wanita teraniaya. jgn kutuk
Quote dewi_rina 21-6-2024 11:35 AM
Memang apa bella cakap kena ada ada jurucakap ke?
Quote Perawankota 21-6-2024 12:23 PM
Dasar masing2 terpaling victim.. dalam hidup ni, kita bkn sempurna mana pon. Jadi mesti Ada sikit sebanyak kita pon ada buat salah.. udah2lah
Quote cm_vungtau 21-6-2024 12:28 PM
Kalau jadi laki aku ok dengan Bella lagi dari PS. PS tu habis mertua2 side dia. Rasa tak patut la. Hidup ni bukan untuk berlawan. Kan anak sendiri pulak yang berjauh hati.
Quote _blackbird 21-6-2024 12:56 PM
Ratu terpaling move on skang dah jadi jurucakap untuk bekas2 bini retis yg cerai ke? Hope pas ni dia jd juru cakap utk nora danish pulak.
Quote whitecat 21-6-2024 01:28 PM
She’s annoying
Quote tidak_kelihatan 21-6-2024 01:50 PM
Perawankota replied at 21-6-2024 12:23 PM
Dasar masing2 terpaling victim.. dalam hidup ni, kita bkn sempurna mana pon. Jadi mesti Ada sikit se ...

bila suh muhasabah diri kang ada la yg berbunyi "don't victim blaming"

victim blaming apanya kalau dah play victim je manjang...
Quote sukanyanyi 21-6-2024 03:51 PM
apa ni? nak jugak tunjuk dia paling kuat.. oh lupa, presiden kan.. *roll eyes*
Quote cmf_blanco 21-6-2024 03:53 PM
_blackbird replied at 21-6-2024 12:56 PM
Ratu terpaling move on skang dah jadi jurucakap untuk bekas2 bini retis yg cerai ke? Hope pas ni dia ...

Jangan lah gitu..huhu..
Nanti ada retis cerai je muka dia muncul untuk bagi pendapat..
Sekarang ni pun dah naik muak..

Hopefully Nora wouldn't mingle with her..
Quote sukanyanyi 21-6-2024 03:59 PM
cm_vungtau replied at 21-6-2024 12:28 PM
Kalau jadi laki aku ok dengan Bella lagi dari PS. PS tu habis mertua2 side dia. Rasa tak patut la. H ...

samalah. walaupun iols nggak suka/minat bellah, tp jauh lagi takuwot dgn mulut ps. so tetiba bellah nampak ok. haks..
Quote Noraniza_Iblis 21-6-2024 04:28 PM
knp ko tknk jd juruckaap utk shungai skali PS?
Quote tidak_kelihatan 21-6-2024 04:40 PM
Noraniza_Iblis replied at 21-6-2024 04:28 PM
knp ko tknk jd juruckaap utk shungai skali PS?

kesian shungai kena prenzone
Quote noor2 21-6-2024 04:44 PM
Tunggu IK dan samsol muncul bersama semula...move on ke tak agaknya ..

Tp mungkin betul beliau dah move on
Quote Tiggybiru 21-6-2024 04:49 PM
Apo .. nk kena ada persatuan ka?

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.049409 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top