CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tujuan Aliff Aziz Dan Ruhainies Hadir Ke Mahkamah Untuk Lanjut Bon Jamin Kes Khalwat

20-6-2024 09:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5883| Komen: 27



Pasangan pelakon kontroversi, Aliff Aziz dan Ruhainies hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini hari ini untuk lanjutan bon jamin membabitkan kes tangkapan khalwat pasangan itu di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Jurucakap Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (Japens) memaklumkan kes ditangguhkan manakala sebutan kes dan pertuduhan di Mahkamah Tinggi di sini pada tarikh akan datang.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Mohd Ajib Ismail memberitahu kertas siasatan kes khalwat membabitkan pasangan pelakon kontroversi itu sudah dihantar kepada Japens untuk tindakan selanjutnya.

Mohd Ajib berkata, tindakan susulan terserah kepada pihak pendakwaan selepas kertas siasatan diserahkan.

"Siasatan sudah selesai dan Jawi memberi kerjasama kepada Japens bagi melengkapkan siasatan itu. Kertas siasatan sudah diserahkan kepada pihak pendakwaan," katanya.


Sebentar tadi, Harian Metro melaporkan, Aliff Aziz dan Ruhainies dilihat hadir ke mahkamah syariah di sini, hari ini jam 8.40 pagi dan dilihat beredar jam 11.50 pagi.

Sumber berkata, kedua pelakon itu dibebaskan dengan jaminan mahkamah RM1,500 setiap seorang.

Menurutnya lagi, prosiding kes itu bakal berlangsung di Mahkamah Tinggi di sini pada 3 Julai ini.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan Aliff memohon orang ramai mendoakan kes khalwat membabitkan dirinya dengan Ruhainies menemui jalan penyelesaian terbaik.

Menurut Aliff, buat masa ini dia hanya menunggu tindakan selanjutnya selepas memberi sepenuh kerjasama kepada pihak Jawi.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kuyu 20-6-2024 09:27 PM
Jgn delay ... Masing-masing dah single, nikah je la...
Quote ohsoyaya 20-6-2024 11:05 PM
kuyu replied at 20-6-2024 09:27 PM
Jgn delay ... Masing-masing dah single, nikah je la...

Mana nk letak bpk gula dia. Kang xmerasa la dduk kondo mahal
Quote Acik2kepam 20-6-2024 11:15 PM
Kalau takda bon jamin dorang kena duk dlm ke?
Bosan la ye tangguh2 kes ni
Quote prince_marhaen 21-6-2024 09:23 AM
....Aliff memohon orang ramai mendoakan kes khalwat membabitkan dirinya dengan Ruhainies menemui jalan penyelesaian terbaik...


Dah kongkek kongkek, mintak doa pulak... memang lain ye otak si putik ni... ajaran mak lembu dia ke? ahahahhhahah
Quote Shayang 21-6-2024 09:42 AM
Dah knp netizen duk pakat komen suh dorang nikah?
Korang ingat ni mcm drama melayu yg merepek meraban tu ker?
Terus nikah sejam dua lepas kena tangkap basah.

Takda maknanya la haihhh terpulang pada dorang la nk nikah ke tak.
Takda kewajipan lepas kena tangkap basah kena menikah.
Drama melayu mmg merepek sbb saja la nak buat cerita, konon terpaksa kawen ngn lelaki yg dia tak kenal gara2 kena tangkap basah.
Mcm cite Adam dan Hawa tu laaa.
Quote pokokmeranti 21-6-2024 09:51 AM
ohsoyaya replied at 20-6-2024 11:05 PM
Mana nk letak bpk gula dia. Kang xmerasa la dduk kondo mahal

bapak gula dayus atau bodoh? dah berhabis duit sana sini tapi si anak gula berpoya2 dengan org lain? ke mmg konsep bapak gula tak kisah asalkan waktu dia nak 'main' si pompuan kena bersedia?
Quote sukanyanyi 21-6-2024 10:03 AM
dah agak dah tangguh.. court mesia kalo tak tangguh mmg tak sah eh?
Quote MadameOnion 21-6-2024 10:07 AM
ohsoyaya replied at 20-6-2024 11:05 PM
Mana nk letak bpk gula dia. Kang xmerasa la dduk kondo mahal

duduk jelah rumah flat kat singapore tu dengan mak mentua dari sorga tu
Quote sukanyanyi 21-6-2024 10:11 AM
Shayang replied at 21-6-2024 09:42 AM
Dah knp netizen duk pakat komen suh dorang nikah?
Korang ingat ni mcm drama melayu yg merepek meraba ...

a'ah tula, irl takde maknanya mcmtu. iols penah kenal 2 kapel yg kena cekupan masa study. takdenya kawen, dah bawak haluan masing2..

benda tu lg romantik dlm drama. memula iols hoping jgk lip n runes kawen utk tebus maruah, terpengaruh ngan drama la gak. skang rasa tak perlu pon; dua2 nampak boleh survive dgn caci makian masyarakat. n mcm tak sweet pon kapel ni.
Quote CoffeeOverdose 21-6-2024 02:18 PM
AA semekin. mana ruhanat nak nikah dgn dia. cuba AA ni jutawan, konfem ruhanat terus ajak nikah utk jaga maruah kata nyer.
Quote kakakpositifker 21-6-2024 02:33 PM
ohsoyaya replied at 20-6-2024 11:05 PM
Mana nk letak bpk gula dia. Kang xmerasa la dduk kondo mahal

Siapa bapa gula dia? tak baik fitnah nok. tah2 memang dia banyak duit atau family jenis kaya
Quote Zeatyisaac 21-6-2024 08:40 PM
Shayang: Dah knp netizen duk pakat kome ...


Boleh je taknak nikah, tapi kena naik mahkamah. Selalunya orang nikah selepas tangkap basah sebab nak mengelakkan naik mahkamah. Kalau dah naik mahkamah, nama dan muka terpampang kat tabloid. Mengelakkan malu, tu sebab kahwin. Tapi, diaorang ni, celebrities, so memang semua orang dah tahu kes mereka, so naik mahkamah je lah, since taknak kahwin.
Quote sharlenetexas 21-6-2024 08:42 PM
Takde rasa nak kawin ke? Dapat tempat tinggal free, kereta free.


Quote sharlenetexas 21-6-2024 08:42 PM
kakakpositifker replied at 21-6-2024 02:33 PM
Siapa bapa gula dia? tak baik fitnah nok. tah2 memang dia banyak duit atau family jenis kaya

Family dia biasa2 kat penang tu.


Quote telracs 22-6-2024 05:36 PM
Dah masuk mahkamah atau belum...
Dah tak mengikuti pulak kes diorang ni...
Quote kakakpositifker 24-6-2024 09:17 AM
sharlenetexas replied at 21-6-2024 08:42 PM
Family dia biasa2 kat penang tu.

yelah nok. dari dulu orang kata ada sugar daddy. tapi siapa tak tahu sokmo. diam aje. takut fitnah aje nok. kaka teringin tahu siapa je. hahaha
Quote laksmanabentan 24-6-2024 09:24 AM
kakakpositifker replied at 21-6-2024 02:33 PM
Siapa bapa gula dia? tak baik fitnah nok. tah2 memang dia banyak duit atau family jenis kaya

kannnn... tak baik fitnoh....
dia mmg da kaya da lahir kan...
then job dia masyuk2 semua, popular pulak tuh...
job berlakon la...
job iklan la...
tak putus2 kannn...
sebab tu dia mewah dan layak duduk kat Pavillion tu kannn...
Quote bedahmenjuyah 24-6-2024 09:30 AM
Koser nak doa ko. Perangai haramjad, ko doa la senirik. Seniri cari pasal nak heret netz dlm drama ko. Poodah!
Quote bedahmenjuyah 24-6-2024 09:30 AM
laksmanabentan replied at 24-6-2024 09:24 AM
kannnn... tak baik fitnoh....
dia mmg da kaya da lahir kan...
then job dia masyuk2 semua, popular  ...

Hakak ni sarkastik ke? Tp iols pun heran cam na ruru dpt jd heroin. Berlakon kayu sudahlah tak lawa pun.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.047766 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top