Harus diakui, kebanyakan jalan raya di Malaysia khususnya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sememangnya boleh mengelirukan pengguna. Ini kerana laluannya yang bersimpang siur menyukarkan pemandu khususnya buat mereka yang baru melalui jalan tersebut. Oleh sebab itu, ada segelintir pemandu yang tidak bertanggungjawab mengambil jalan mudah dengan menukar lorong secara tiba-tiba bagi memastikan mereka tidak terlepas simpang yang perlu dilalui. Tindakan ini bukan sahaja membahayakan pemandu itu sendiri bahkan turut membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Gara-gara tidak mahu terlepas simpang, sebuah Perodua Myvi dilihat selamba menukar laluan masuk ke lorong sebelah yang pada ketika itu sedang dilalui oleh sebuah treler.
Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @iyliahaidar, kelihatan Perodua Myvi berkenaan pada mulanya dilihat berada di laluan bersebelahan treler tersebut. Namun, pemandu kereta itu dilihat selamba memasuki laluan treler berkenaan hingga menyebabkan kenderaan besar itu terpaksa brek secara tiba-tiba. Malah, turut kelihatan kesan tayar kenderaan berat itu di atas jalan raya akibat daripada perbuatan brek mengejut itu. Walau bagaimanapun, kereta Perodua Myvi yang mendapat gelaran ‘king’ itu bernasib baik apabila pemandu lori tersebut sempat menekan brek dan kenderaannya itu tidak dilanggar oleh lori berkenaan. “Confidentnya kereta hitam itu potong treler begitu saja. Berasap la tayar nak brek. “Itu tadi kalau tak sempat brek, dengan kita-kita sekali kena, lepastu yang bestnya boleh sambung main phone lepas dah memandu dalam keadaan bahaya,” tulis pemilik video berkenaan. Mengintai ke ruangan komen, rata-rata pengguna Tiktok mengecam tindakan pemandu Perodua Myvi itu. Rata-rata geram dengan sikap mementingkan diri pemandu berkenaan yang dilihat boleh menyebabkan kemalangan jalan raya dan menyusahkan pengguna yang lain. Malah, ada yang turut berpendapat agar pemilik video berkenaan melaporkannya kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) tentang perbuatan pemandu Myvi itu. Ada juga yang berpendapat pemandu Perodua Myvi itu seharusnya meneruskan sahaja perjalanan dan membuat pusingan U (u-turn) sekiranya terlepas simpang. Berikut merupakan komen pengguna media sosial: Sumber : Buzzkini |
shernazz replied at 20-6-2024 09:35 PM
Ada satu video dashcam iols tengok..teksi dok kat trafic light berlawanan...
Pastu buat keras je..
A ...
kasibiman replied at 21-6-2024 04:02 AM
Kalau tengok Komen medsos boleh nampak betapa ramai bangang2 atas jalan raya.
Jenis undang2 ada d ...
shernazz replied at 21-6-2024 06:24 AM
Itu lah
Main sentimen mak ayah lah..diri sendiri lah...
Konon kalau kena kat diri sendiri mcmana
shernazz replied at 20-6-2024 01:35 PM
Ada satu video dashcam iols tengok..teksi dok kat trafic light berlawanan...
Pastu buat keras je..
A ...
asfaz replied at 21-6-2024 12:35 AM
Ni kalau accident,comfirm pemandu lori tu kena maki hamun. Macam kes kat Klang dlu,acik kertu bawak ...
CoffeeOverdose replied at 21-6-2024 09:14 AM
semakin hari semakin ramai org bangang memandu kereta atas jalan raya. knpla ummah sebegini tk pupus ...
CoffeeOverdose replied at 21-6-2024 09:14 AM
semakin hari semakin ramai org bangang memandu kereta atas jalan raya. knpla ummah sebegini tk pupus ...
wadiunong replied at 21-6-2024 09:52 AM
benar sistur. ada yg menghalalkan benda yg tak boleh. baru2 ni ada baca psl ramai suka psg lampu ...
supernaturalee replied at 21-6-2024 09:39 AM
that's why la nk ambik lesen skrg makin bnyk stage nye
plus, tempoh 1, 1 kelas tu pun panjang
tak ...
CoffeeOverdose replied at 21-6-2024 10:39 AM
semakin byk stage mcm semakin byk kes jalanraya. adakah attitude+ mentaliti atau mmg driver dari n ...
supernaturalee replied at 21-6-2024 10:46 AM
iol pilih attitude, + terpaling rider otr
Prickford replied at 21-6-2024 08:51 AM
Ingat lagi kes ni. Mmg mula2 netizen salahkan drebar lori kan. Last2 tgk acik (nenek budak2 tu ke? ...
ADVERTISEMENT